Bilangan Pengunjung:

Wednesday, October 28, 2009

Bicara Politik PAS

Kebebasan Media Memberi Impak Negatif Pada PAS?
Oleh: yieMEGA

KEBEBASAN media pula dikatakan menjadi punca kepada berlakunya 'ribut' di dalam PAS beberapa hari yang lalu. Ribut yang boleh dikategorikan sebagai ribut taufan mini itu bermula atau 'kepala ribut' yang telah berjaya membuat keadaan di dalam PAS 'tunggang langang' buat seketika ialah artikel atau kenyataan yang dibuat oleh sarjana dari UIAM Dr. Aziz Bari, dari sinilah 'kepala ribut' berasal namun ribut itu bertukar semakin kencang apabila ianya turut diulas oleh Tok Guru Nik Aziz di dalam blognya.

Kecanggihan dunia teknologi tanpa sempadan sekarang ini, memungkin banyak perkara yang berlaku, perubahan demi perubahan berlaku, begitu juga dengan iklim politik negara. Sentiasa berubah jika dahulu kebanyakkan rakyat Malaysia bergantung kepada berita-berita arus perdana kini mereka sudah beralih arah kepada media-media alternatif terutamanya yang menggunakan 'medium' internet atau kita boleh istilahkan sebagai media dalam talian.

Pilihan Raya Umum Ke 12 menyaksikan satu perubahan dalam fenomena politik tanah air apabila media alternatif dalam talian menjadi rujukan utama rakyat Malaysia dan bertitik-tolak daripada itulah berlakunya perubahan dalam landskap politik negara dan tidak keterlaluan kalau penulis katakan ia menjadi 'senjata utama' Pakatan Rakyat dapat menguasai beberapa buah negeri yang dahulunya diterajui oleh Barisan Nasional.

Kini apabila Media tanpa tapisan ini pula dijadikan 'alasan' kenapa berlakunya kecelaruan di dalam PAS, adakah ini bermakna 'senjata makan tuan' ataupun ia hanya sekadar alasan seperti mana orang tak tahu menari disalahkan tanah tu tinggi ke rendah. Jawapanya hanya Allah dan mereka sahaja yang tahu....

No comments:

Blog Widget by LinkWithin