Bilangan Pengunjung:

Wednesday, October 21, 2009

Rintihan Rakyat Marhaen

Rakyat Didahulukan: Kerajaan Perlu Bela Nasib Peniaga Kecil Taman Pelancongan Kuantan
Oleh: yieMEGA

KUANTAN merupakan satu bandar yang termaju di Pantai Timur kalau nak dibandingkan dengan bandar-bandar lain di Pantai Timur seperti Kota Bharu mahupun Kuala Terengganu. Jolokkan "Gerbang Pantai Timur" juga sudah serasi dengan sebuah bandar yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur itu.

Penulis mendapati bahawa kerajaan negeri Pahang kurang memberi perhatian kepada beberapa masalah rakyat marhaen, antaranya masalah yang dialami oleh peniaga Taman Pelancongan Kuantan seperti mana yang di dakwa oleh Sayuti Omar melalui blognya Merah Tinta MSO melalui artikel yang bertajuk "Ini Cerita: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan Di Kuantan!".

Antara rintihan rakyat Marhaen yang menyentuh hati penulis sebagai manusia biasa ialah mengenai keluhan seorang peniaga yang berkata bahawa mereka di arah pindah tetapi mereka tidak tahu ke mana hendak pindah. Benar-benar menyayat hati, apa yang menghairankan penulis kenapa Kerajaan Negeri Pahang mengarahkan pindah tetapi tiada tempat yang disediakan untuk menjadi tapak perniagaan baru bagi peniaga-peniaga TPK?

Ke mana perginya Adnan Yaakob? Adakah Adnan Yaakob lupa dengan ikrar "Rakyat Didahulukan" ataupun masalah rakyat marhaen ini tidak sampai ke pengetahuan Adnan Yaakob kerana laporan rakyat hanya sampai dekat orang tertentu sahaja dan orang tertentu itu memilih untuk berdiam diri, jawapanya hanya ada pada manusia bernama Adnan Yaakob.

Pada Perhimpunan Agung Khas UMNO baru-baru ini, ikrar sudah dibuat di mana semua ahli-ahli dan pembesar-pembesar UMNO mahu berubah, namun apa yang terjadi di Kuantan ini satu yang mendukacitakan, adakah UMNO Pahang tidak serius untuk berubah? ataupun ia sekadar sekali bah sekali pasir berubah.

Jangan biarkan rakyat Menghukum anda untuk kali kedua, kerana peluang kedua hanyalah sekali tiada tiga, tiada empat, ambil peduli nasib peniaga-peniaga TPK ini demi mengikut slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin