Bilangan Pengunjung:

Sunday, October 18, 2009

Anak Haram Semakin Bercambah....

Anak Haram Semakin Bercambah....
Oleh: yieMEGA

PENULIS telah terbaca satu laporan dari sebuah Akhbar kompak yang begitu popular tak lain tak bukan ia adalah Mingguan Metro (sebab hari ahad) tapi hari lain ianya adalah Harian Metro. Laporan itu menggunakan tajuk Anak Haram Bercambah.

Memang benar statistik anak haram di Malaysia semakin meningkat dari hari ke hari, lihat sahaja dalam tempoh sebulan terdekat ni sudah berapa kes buang bayi dilaporkan. Kenyataanya kelahiran anak haram di Malaysia semakin meningkat. Perlu ditekankan di sini, anak haram itu tidak salah, mereka tidak meminta untuk dilahirkan sebagai anak haram.

Biasanya ada orang memilih untuk menyalahkan kerajaan berhubung peningkatan kes-kes kelahiran anak haram ini, ada juga yang menyalahkan ibu-bapa dalam kes ini, tetapi tak kurang pula yang menyalahkan si anak (bukan anak haram) iaitu remaja kita lah. Namun, penulis memilih untuk memperkatakan semua yang salah tak kiralah kerajaan ke, pembangkang ke, ibu bapa ke, remaja itu sendiri tu ke, yang tak salah adalah anak haram.

Kenapa penulis berpendirian sedemikian? Pertamanya kerajaan salah kerana tidak melipat gandakan usaha-usaha untuk membendung atau mencegah kehamilan luar nikah seperti program-program untuk mencegah seks luar nikah juga kurang malah matapelajaran yang membina moral kurang diberi penekanan oleh kerajaan.

Begitu juga dengan kurangnya pemantauan di kafe-kafe siber seluruh Malaysia sehinggakan ada Kafe Siber yang membenarkan pengguna melayari laman web lucah dan video lucah dalam talian secara meluas. Sebagai contoh, mengikut kajian yang penulis pernah jalankan di Kota Bharu, Kelantan mendapati kanak-kanak seawal darjah tiga sudah terdedah dengan laman web lucah dan juga video dalam talian lucah, dan rata-ratanya mendapat pengalaman itu dari kafe siber di kawasan dalam Bandaraya Kota Bharu ini.

Terbuktilah kurangnya pemantauan terhadap kafe-kafe siber menyebabkan kanak-kanak mudah terpengaruh dengan adegan-adegan yang disiarkan di dalam laman web tersebut.

Keduanya, ibu-bapa juga perlu dipersalahkan kerana gagal memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak mereka, paling menyedihkan ada ibu-bapa yang beragama Islam dalam kawasan Kota Bharu ini yang langsung tidak menunaikan Solat bagaimana mereka nak jadi role model untuk anak-anak mereka.

Begitu juga dengan ibu-bapa yang sibuk dengan tugas sampai mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak mereka, anak-anak mereka bebas untuk keluar dan balik tanpa mengira waktu walaupun waktu dah melebihi 12:00 tengah malam.

Ketiganya pembangkang juga harus dipersalahkan kerana mereka hanya pentingkan kuasa politik semata-mata dan bukan ikhlas untuk turut sama membendung kelahiran anak luar nikah ini. Mereka lebih kepada bercakap berdegar-degar sahaja tetapi tiada tindakan ke arah untuk membendung kelahiran anak luar nikah ini.

Selain itu, remaja kita juga turut boleh dipersalahkan, pertamanya kalau yang perempuan cepat percaya dengan lelaki kerana cinta sehinggakan sanggup menggadaikan mahkota suci mereka demi lelaki, inilah perangkap cinta palsu, ia sebenarnya lebih kepada cinta kepada nafsu syahwat mereka sahaja. Manakala remaja lelaki pula, begitu cepat mahukan apa yang dimahukan oleh nafsu serakah mereka, sedangkan mereka sepatunya berkahwin terlebih dahulu.
Reblog this post [with Zemanta]

2 comments:

nur ad'din said...

salam...
sy kurang setuju pendapat anda...

sepatutnya kerajaan Umno/BN tukarkan saja undang2 penjajah lord reid kepada Undang2 Hudud...
sesungguhnya Undang2 Allah lebih berkesan dari Undang2 ciptaan manusia...wallahhualam.

nur ad'din said...

salam...
sy kurang setuju pendapat anda...

sepatutnya kerajaan Umno/BN tukarkan saja undang2 penjajah lord reid kepada Undang2 Hudud...
sesungguhnya Undang2 Allah lebih berkesan dari Undang2 ciptaan manusia...wallahhualam.

Blog Widget by LinkWithin