Bilangan Pengunjung:

Wednesday, October 14, 2009

UMNO Perlu Betul-Betul Berubah...

Official logo of United Malays National Organi...Image via Wikipedia

UMNO Perlu Betul-Betul Berubah...
Oleh: yieMEGA

KELMARIN bermulalah Perhimpunan Agung Khas UMNO di mana tujuan utamanya adalah untuk meminda perlembagaan UMNO. Di sinilah bermulanya janji-janji di mana UMNO ingin berubah. Syukur juga UMNO dah mulai sedar, namun ia tidak cukup sekadar berjanji ingin berubah sudah menjadi kelaziman janji mesti di kota.

Teringat penulis mengenai satu kata-kata pembakar semangat "Kalau nak buat, buat betul-betul, Buat Biar Betul, Betul-Betul Buat pastikan kita Betul" penulis rasakan kata-kata ini kita boleh hubungkan dengan janji-janji UMNO untuk berubah.

Pada penulis perubahan yang UMNO perlu lakukan bukan setakat 'rebranding' semata-mata. Malah juga bukan setakat perubahan perlembagaan tetapi perubahan sikap ahli UMNO dan pembesar UMNO itu sendiri perlu dititikberatkan.

Adalah lebih elok UMNO bersifat 'Parti Kampung' daripada bersifat 'Parti Korperat'. Hari ini ramai golongan korperat menyertai UMNO tetapi bukanya kerana perjuangan UMNO ia lebih kepada 'perjuangan poket sendiri' seperti mengharapkan projek-projek tertentu daripada Kerajaan. Golongan inilah yang menjadi perosak dalam UMNO atau dengan kata lain mereka ini adalah 'parasit' di dalam UMNO.

Penulis tidak bermaksud menghalang golongan korporat untuk menyertai UMNO, tetapi niat mereka hendaklah dibetulkan biar mereka benar-benar ikhlas untuk berjuang di dalam UMNO. Bukan tak dapat projek dah mula nak jadi 'ular air'.

Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan juga Pengerusi JKKK di negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO. Sebagai rakyat Marhaen penulis sudah tidak lagi mendengar rungutan daripada penduduk kampung apabila adanya JKKK yang hanya mementingkan kaum keluarga mereka sahaja. Secara tidak langsung ia memberikan imej yang buruk buat UMNO. Jadi jika UMNO bersedia untuk berubah, golongan ini pun perlu bersedia untuk berubah, pengagihan sebarang bantuan perlulah adil dan saksama dan diberikan kepada semua tak mengira warna dan lambang parti bersesuaian dengan matlamat 1Malaysia.

Para ADUN dan Ahli Parlimen UMNO juga perlu berubah, rungutan yang sering kita dengar ialah ADUN dan Ahli Parlimen sukar ditemui oleh rakyat, malah bukan setakat itu 'muka dan batang hidungnya' hanya boleh dilihat apabila tibanya pilihan raya. Perkara ini telah membuat sentimen kebencian rakyat terhadap UMNO menjadi meningkat, oleh itu selaras dengan kesediaan UMNO untuk berubah, pemimpin-pemimpin ini juga perlu berubah kalau boleh singgah di setiap kedai kopi di kawasan mereka untuk mengambil tahu permasalaahan rakyat terutamanya kedai kopi yang menjadi 'Dewan Rakyat' di mana rakyat-rakyat marhaen bersidang.



Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin