Oleh: yieMEGA
Salahuddin Ayub (jangan salah sebut dia ni bukan Salahuddin Al-Ayubi tapi mungkin Salahudin Al-Lupali), wah mendengar ucapan Salahuddin Ayub ni yang berdegar-degar memang membuatkan kita bersemangat untuk mendengarnya.
Ini nak dikisahkan sewaktu Salahuddin Ayub berceramah semasa kempen Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang berlangsung. Dengan bersungguhnya beliau mendakwa bahawa Port Dikson bandar adalah Bandar Pembiakan Lalat, kesian kat lalat, tak pasal-pasal jadi bahan kempen maklum sahajalah Kelantan kan bebas daripada Lalat.
Paling menjatuhkan air muka orang Port Dikson apabila Salahuddin Ayub ni kata, guna lalat buat jadi maskot bandar Port Dikson. Amboi tak sayang mulut nampak, dalam keghairahan untuk memancing undi sampai mengabaikan perasaan orang Port Dikson, mungkin kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini menyebabkan PAS menjadi semakin sombong dan berlagak. Sampai tergamak menghina orang Port Dikson.
Penulis nak nasihatkan sikit kat Salahuddin Ayub tu, sebelum anta menjaga negeri orang, cuba balik tengok sendiri dulu. Pertamanya di Pasar Siti Khatijah, di mana disitu bukan sahaja ada pembiakkan lalat malah tikus gergasi sebesar kucing pun boleh dijumpai di sana. Tak taulah apa kerja adun-adun yang ada kat sini, mungkin kerjanya cukup bulan terima duit gaji je kot.
Keduanya cuba pergi lihat di Medan Selera Buluh Kubu yang juga dikenali dengan nama Padang Bas, memang menjijikkan dah lah kotor, lepas tu bau busuk pulak tu, bagus betul perancangan bandar Kerajaan Pas ini, menikmati makan malam sambil menghidu aroma sampah, memang mengasyikkan.
Inilah yang dinamakan mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Begitu syok sekali berhujah mengenai keadaan di negeri orang, sedangkan negeri sendiri pun lebih teruk daripada itu. Betul lah kata peribahasa "Gajah di depan mata tak nampak, tapi kuman di seberang lautan nampak dengan jelas pulak"
Akhir kalam, sebelum berhujah pastikan yang ianya tak akan jadi mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih, ingat satu jari kita tunjuk ke arah orang, sembilan jari ditunjukkan ke arah kita sendiri, fahamilah kata-kata ini sedalam-dalamnya.

1 comment:
haha..hakikat yg anda nyatakan 2 berlaku long2 time ago..skrg ni pasar siti khadijah bukan main bersih lg beb..padang bas yg hampa bgtau 2 dh hmpr 5 tahun digantikan dgn mall baru..kita skrg berada di era it so pandang2 la jgk bila nk bg kenyataan 2..
Post a Comment