Bilangan Pengunjung:

Friday, October 2, 2009

Milik Siapakah Bagan Pinang Itu...

Milik Siapakah Bagan Pinang Itu...
Oleh: yieMEGA

ESOK 'mood' Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang akan bermula apabila penamaan calon dilakukan untuk menentukan siapakah calon-calon yang disahkan SPR untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang. Buat masa ini diwar-warkan bahawa Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Isa Samad sebagai Calon BN, manakala Zulkefli Omar pula mewakili PAS. Petang tadi disebut-sebut pula Bekas Ketua Penaja PKR DUN Lukut dan juga merupakan AJK PKR Teluk Kemang yang baru sahaja mengisytiharkan keluar parti turut menyatakan kesediaanya untuk bertanding sebagai calon BEBAS di Bagan Pinang.

Berdasarkan keadaan ini penulis meramalkan akan berlaku pertandingan tiga penjuru di Bagan Pinang, menyaksikan BN Vs PAS Vs BEBAS. Kehadiran calon bebas menyebabkan undi mungkin berpecah tiga sekaligus mengurangkan sedikit undian terhadap BN dan PAS, kelazimanya BEBAS sukar untuk menang ia hanyalah sekadar pemecah undi sahaja atau dengan kata lain 'pengacau' kerana mungkin kerana PAS atau BN hilang satu undi pun boleh tewas dek kerana pengacau ini.

Ramai yang meramalkan BN mempunyai peluang cerah di Bagan Pinang ini berdasarkan Bagan Pinang dikatakan Kubu Kuat BN dan juga wujudnya banyak kem tentera di Kawasan ini. Namun penulis kurang bersetuju dengan ramalan ini.

Pertamanya jika dikatakan Bagan Pinang 'Kubu Kuat BN' tidak semestinya ia tak dapat ditembusi oleh Skuad Kempen PAS atau Pakatan Rakyat. Cuba kita lihat Selangor yang dahulunya dikatakan Kubu Kuat BN akhirnya tersungkur pada Pilihan Raya Umum Ke 12 yang lalu, jadi dalam politik tiada yang mustahil, dan tidak mustahil kerusi DUN Bagan Pinang terlepas kepada PAS.

Keduanya faktor Kem Tentera yang banyak terdapat di kawasan DUN ini juga tidak menjamin ia akan menjana kemenangan mudah buat BN. Ini adalah kerana kebanyakkan Tentera berani bersuara kerana sifirnya amat mudah, ditukar ke kawasan hulu mana pun mereka boleh hidup, ye lah, tentera dengan hutan sudah sinonim jadi tak ada masalah bagi mereka. Tidak mustahil mereka mengundi PAS sebagai tanda protes terutamanya ramai anggota tentera yang terkilan kerana Pendapatan Mereka lebih rendah daripada Polis, seolah-olah kerajaan menganggap tentera ni tidak begitu penting...itulah apa yang penulis dengari dari salah seorang anggota tentera. Jadi tugas kerajaan memperbaiki situasi ini jangan wujudkan jurang yang amat jauh antara tentera dengan Polis.

Penulis teringat dengan satu ayat pembakar semangat yang berbunyi "Berjuang untuk mendapatkan sesuatu yang ada adalah lebih mudah daripada berjuang untuk mempertahankan sesuatu yang ada". Dengan kata lain mempertahankan kemenangan adalah lebih susah daripada untuk mendapatkan kemenangan. Ini bermakna petugas-petugas BN perlukan usaha yang berganda-ganda bagi memastikan kerusi ini tidak terjatuh ke tangan Pembangkang.

Akhir kalam penulis akhiri dengan mutiara kata yang berbunyi "Setiap benda yang naik ke atas pasti akan turun ke bawah contohnya kapal terbang setinggi mana kapal terbang itu terbang tetapi ia tetap akan turun ke bawah". Jadi dengan mutiara kata ini fikir-fikirkanlah dan mungkin Bagan Pinang bukan Milik BN lagi.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin