Bilangan Pengunjung:

Saturday, October 24, 2009

Lintah Bulan PAS...

Parasit Dalam PAS Perlu Dibuang Segera

DALAM artikel penulis terdahulu penulis mempesoaalkan tindakan Mursyidul Am PAS mengeluarkan kenyataan mencadangkan EGM Khas PAS untuk membuang pemimpin-pemimpin PAS yang dikatakan Pro-UMNO, sebenarnya cadangan ini bertitik-tolak daripada artikel Prof Dr Aziz Baru yang melabelkan pemimpin pas tertentu sebagai Pro-UMNO, penulis pun tak tahu siapa sebenarnya Prof Aziz Bari yang nak menyibuk hal PAS, mungkin alat orang tertentu untuk mencapai misi peribadi dalam PAS ataupun Prof Aziz Bari sendiri berminat untuk menjadi Presiden PAS.

Bagi penulis tindakan 'mengundurkan' Presiden PAS sedia ada iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS sekarang iaitu Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bukanlah satu tindakan yang bijak, sekiranya mereka ini diketepikan bagaimana pula perasaan para penyokongnya, adakah mereka akan hanya berdiam diri dan menerima keputusan itu dengan hati terbuka?.

Sebenarnya tindakan 'mengusir' pemimpin-pemimpin tersebut lebih kepada mengalakkan tumbesaran barah di dalam PAS, dan secara tidak langsung ia akan memberikan tempoh hayat yang singkat pada PAS.

Penulis melihat masalah yang berlaku di dalam PAS sekarang bukan berpunca daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Nasharuddin Mat Isa, Hassan Ali mahupun Mustafa Ali. Permasalahan ini berpunca daripada seorang individu yang juga pemimpin PAS yang merupakan 'Orang Harapan' TG Nik Aziz, dialah 'parasit' sebenar di dalam PAS malah tidak keterlaluan kalau penulis labelkan dia ni sebagai 'lintah bulan' di dalam PAS.

Sebagai 'Lintah Bulan' beliau telah berjaya memporak-perandakan PAS dengan berjaya mempengaruhi TG Nik Aziz 'menari' mengikut impian peribadinya, beliau juga digelar si baju petak-petak merah oleh MSO. Setiap hari dia menghisap darah PAS, beliau tidak akan lepas selagi masih belum kenyang.

Begitu juga liciknya lintah bulan ini, menyebabkan ahli PAS sendiri sukar untuk mencari di mana lintah bulan ini. Itulah sepertimana mana lintah bulan yang bertindak dalam diam, seperti itulah beliau bertindak sehinggakan tak seorang pun yang berjaya 'menghidu' kelicikkan pemimpin ini.

Kalau pembaca masih ingat dengan gandingan Tiga Abdul yang menjadi penasihat kepada TG Nik Aziz dulu, 'lintah bulan' ini lebih hebat daripada 'Tiga Abdul' itu. Bagi penulis tiba masanya 'lintah bulan' ini dibuang dari PAS, kerana beliaulah yang banyak mempengaruhi TG Nik Aziz dan cuba buatkan TG Nik Aziz 'menari' mengikut rentaknya.

Lintah Bulan ini disebut-sebut sebagai Penganti TG Nik Aziz, tak kurang pula yang ada 'tukang kipasnya' mengatakan bahawa dia ni lebih hebat daripada TG Nik Aziz kerana beliau berlatar belakangkan profesional, mungkin selepas ini 'golongan ulama' di dalam PAS akan 'dipupuskan' oleh beliau.

Penulis dengan rendah dirinya mencadangkan agar beliau dibuang segera di dalam PAS, kerana selagi beliau ada di dalam PAS, ia akan memberikan masalah kepada PAS, dan orang ini juga mungkin akan memesongkan perjuangan PAS dan akan sentiasa mengikut telunjuk Anwar.

Mungkin bekas PA-PA 'lintah bulan' ini ada menyimpan 'rahsia besar' yang mungkin tidak kita ketahui buat masa ini, penulis juga meminta bekas-bekas PA 'lintah bulan' ini mendedahkan sekiranya 'lintah bulan' ini ada 'rahsia besar'.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin