Bilangan Pengunjung:

Wednesday, November 4, 2009

Wang Ihsan Untuk Kelantan

Wang Ihsan Untuk Kelantan
Oleh: yieMEGA

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan di Parlimen bahawa Royalti Minyak untuk Kelantan akan dibayar menggunakan pendekatan Wang Ihsan sepertimana amalan yang sama untuk Terengganu pada satu masa dulu. Berita itu walaupun tidak mengembirakan pemimpin-pemimpin PAS Kelantan, tetapi penulis percaya rakyat Kelantan tetap gembira daripada tak dapat langsung, ada baiknya dapat juga.

Penulis tidak mahu mempersoalkan adakah wajar atau tidak pembayaran dibuat dalam bentuk Wang Ihsan kerana penulis menghormati keputusan Kerajaan Persekutuan itu. Cuma apa yang penulis harapkan pembahagian Wang Ehsan kepada biarlah benar-benar telus dan adil lagi saksama.

Berkenaan dengan Projek Pembangunan yang akan dibangunkan menggunakan duit Wang Ihsan Kerajaan Persekutuan hendaklah memastikan projek itu benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat Kelantan, jangan buat projek-projek yang hanya memberi kekayaan kepada orang tertentu sahaja, sebagai contoh jika nak dibangunkan kawasan perniagaan pastikan kawasan itu mempunyai kemudahan asas seperti Sekolah, Masjid, Perumahan Rakyat dan Pusat Pendidikan yang lain kerana ia akan menyumbang kepada kemajuan perniagaan di sekitarnya.

Penulis juga ingin mencadangkan agar pemberian Wang Ihsan khas kepada Rakyat Kelantan secara tahunan mungkin boleh dibuat terus kepada rakyat sepertimana Wang Ihsan Terengganu dulu tanpa mengira lambang parti.

Kerajaan Persekutuan juga hendaklah memastikan agar tidak berlaku kebocoran dana ataupun ketidak adilan dalam pembahagian Wang Ehsan untuk rakyat di Kelantan. Satu perkara lagi semua sektor di Kelantan termasuk sukan seperti Bola Sepak turut mendapat manfaat daripada Pembayaran Wang Ihsan tersebut.

Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin