Bilangan Pengunjung:

Monday, December 14, 2009

Isu Bazaar Tok Guru di Kelantan

Isu Bazaar Tok Guru di Kelantan
Oleh: yieMEGA

BAZAAR Tok Guru merupakan salah satu projek pembinaan yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Mengikut maklumat yang penulis terima peniaga-peniaga daripada Pasar Lambak Arked UDA akan ditempatkan di Bazaar berkenaan dan juga mereka dinjanjikan tingkat bawah oleh Kerajaan Negeri.

Namun akhirnya Bazaar Tok Guru itu tiba-tiba sahaja bertukar menjadi isu apabila seorang blogawan yang mengelarkan dirinya sebagai Kickdefella menerbitkan artikel terbaru di dalam blognya yang bertajuk "Dari Bazaar Tok Guru Menjadi Busut Almentantunya".

Penulis mendapati daripada isu tersebut seolah-olah kickdefella cuba mengaitkan isu ini dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan iaitu Ahmad Yaakob yang juga dikenali oleh orang tempatan dengan nama "Ustaz Mat". Penulis tidak tahu apakah motif sebenar yang cuba dilakukan oleh kickdefella ataupun syed azidi tersebut.

Cuma seingat penulis, sebelum ini diwar-warkan bahawa Ustaz Mat ini sesuai menjadi pengganti Tok Guru Nik Aziz, adakah artikel kickdefella itu dipengaruhi oleh sesiapa penulis tidak mahu membuat spekulasi mengenainya kerana Allah itu Maha Mengetahui.

Pembinaan Bazaar Tok Guru akhirnya menerima pertikaian antara peniaga Pasar Lambak Uda dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Untuk rekod, Ustaz Mat baru sahaja mengambil tanggungjawab mengenai Bazaar Tok Guru ini daripada seorang yang melepaskan tanggungjawabnya kepada Ustaz Mat. Pertikaian itu timbul kerana tidak peniaga tidak puas hati apabila Kerajaan Negeri Mungkir janji yang telah dibuat dengan mereka di mana sepatutnya mereka diberi hak untuk menyewa tingkat bawah Bazaar berkenaan, namun di dalam perjanjian antara Sensa Timur meletakkan tingkat bawah di bawah penguasaanya sebagai syarat di dalam perjanjian.

Secara tak semena-mena, Ustaz Mat yang baru sahaja diamanahkan untuk memikul tugas berkenaan menjadi mangsa keadaan dengan isu ini. Penulis curiga dengan kenyataan
Syed Azidi bahawa Ustaz Mat telah memaki hamun peniaga yang datang berjumpanya dengan perkataan yang tidak sepatutnya seperti "Bodoh".

Setahu penulis Ustaz Mat ini seorang yang pendiam dan payah melenting orangnya dan agak mustahil perkataan "Bodoh" itu keluar daripada mulutnya. Penulis juga bersetuju dengan artikel blog MSO yang bertajuk "Betulkah Ustaz Mat Bodohkan Peniaga?". Penulis juga ingin menyatakan pendirian penulis yang ragu-ragu tentang artikel yang diterbitkan oleh Kickdefella tersebut.

Penulis musykil bagaimana pula Ustaz baru mengambil tanggungjawap ini terus di hujani pelbagai kritikan oleh peniaga yang seakan-akan sudah mengetahui bahawa Ustaz Mat yang dipertanggungjawabkan berkenaan projek ini. Adakah ada orang tertentu sudah membocorkanya ataupun ia adalah sebahagian daripada rancangan orang tertentu untuk menjatuhkan kredibiliti Ustaz Mat? Hanya Allah tuhan seru sekian alam sahaja yang mengetahuinya.

Sekiranya ialah perancangan daripada orang tertentu maknanya sudah ada Musuh Dalam Selimut menyelinap ke dalam PAS. Oleh yang demikian semua pemimpin parti berkenaan haruslah berhati-hati tambahan pula "Musuh Kita Adalah Kawan Kita" juga perlu diberi perhatian kerana kawan kita kadang-kadang lebih berbahaya daripada musuh kita.

Dengan tercetuskan Isu Bazaar Tok Guru ini ia sebenarnya mendatangkan keraguan pada penulis sekiranya Ditakdirkan Kerajaan Persekutuan menukar keputusan daripada memberikan Wang Ihsan kepada Royalti yang dibayar terus kepada Kerajaan Negeri adakah ia akan berakhir dengan isu seumpama ini juga. Kalau begitu nanti royalti dapat tetapi rakyat merempat tiada gunanya jika royalti dibayar tetapi rakyat tidak mendapat nikmat.

Berkenaan dengan Isu Tuntutan royalti penulis akan memberikan cadangan khas penulis kepada Perdana Menteri bagi menyelasaikan isu tuntutan royalti ini, ia sekadar cadangan namun terpulang kepada PM untuk menerimanya atau tidak dalam artikel blog penulis yang akan datang.

Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin