Bilangan Pengunjung:

Saturday, December 19, 2009

Teguran Untuk Blogger Pembela Negara...

Khairy Jamaluddin, Deputy Youth Chief of Baris...Image via Wikipedia

Teguran Untuk Blogger Pembela Negara...
Oleh: yieMEGA

KEWUJUDAN Blogger Pembela Negara mungkin telah banyak membantu para blogger atau blogawan yang menjadi 'pembela kepada negara'. Namun penulis setakat ini tidak mahu menjadi Ahli Blogger Pembela Negara kerana lebih suka menjadi Blogawan Bebas tanpa menurut rentak sesuatu persatuan blogger seperti BPN.

Walaupun penulis bukan ahli BPN tetapi tidak ada salahnya penulis menegur BPN kerana itulah tugas kita sesama manusia, yang salah kita cuba betulkan tetapi terpulang BPN untuk menerima atau tidak teguran ini, penulis berjanji akan cuba memberikan teguran yang bercorak membina dan bukanya emosional serta tanpa auta.

Merujuk kepada kenyataan YDP Majlis Tertinggi BPN yang bertajuk "Edisi Khas: Resolusi BPN Boikot Blogger Biadap terhadap Pemimpin Pilihan Rakyat". Penulis bersetuju dengan beberapa resolusi tetapi untuk Resolusi bernombor 2 penulis sukar untuk bersetuju dengan BPN. Sebagai rujukan penulis menyertakan resolusi nombor 2 tersebut di bawah ini:

2. BPN telah mengenalpasti ada blogger yang menzahirkan sokongannya kepada Kerajaan/BN namun masih mengamalkan budaya 'kotor' dalam menjadi seorang blogger. Termasuklah mengugut PM jika melantik individu tertentu menjadi anggota kabinet dan mengutuk Ketua Pemuda UMNO yang telah dipilih oleh perwakilan sehingga menimbulkan polemik sesama blogger yang berjuang membela negara.


Terlebih dahulu sebenarnya penulis kurang faham apa yang cuba dimaksudkan oleh resolusi nombor dua ini. Adakah ianya bermaksud kita tidak boleh mengkritik Ketua Pemuda UMNO ataupun hanya tidak boleh mengutuk Ketua Pemuda UMNO semata-mata? Kalau mengutuk dengan perkataan-perkataan kesat memang penulis bersetuju tetapi bagaiamana dengan yang mengkritik dengan menggunakan perkataan-perkataan yang lebih berilmiah, adakah mereka akan dikenakan tindakan juga, jika ya penulis tidak bersetuju dengan resolusi ini?

Kalau apa yang saya andaikan benar, maknanya ahli-ahli Blogger Pembela Negara tidak boleh mengkritik Ketua Pemuda UMNO dan juga Perdana Menteri kalaupun mereka melakukan kesilapan. Bagi penulis ahli-ahli BPN berhak mengkritik apa-apa tindakan yang salah, tambahan pula ia adalah salah satu cara untuk membela negara, mereka mengkritik pun kerana sayangkan negara bukan kerana membenci negara.

Merujuk kepada Ketua Pemuda UMNO, mungkin BPN telah terlupa ataupun sengaja buat-buat lupa yang salah satu sebab kejatuhan beberapa negeri BN ke Pakatan Rakyat adalah bencinya rakyat terhadap Khairy Jamaluddin, sekali lagi penulis tidak faham kenapa BPN meistilahkan KJ ini sebagai Pemimpin Pilihan Rakyat, sedangkan kemenangan beliau di Parlimen Rembau pun kerana nasib menyebelahi beliau dan hampir-hampir tersungkur, bermakna beliau bukan menjadi pilihan rakyat. Jadi merasakan tindakan blogger mengkritik beliau kena dengan tempatnya.

Ingatlah sehebat mana pun kita, berjalan di dalam gelab kita tetap memerlukan bantuan lampu. Begitu juga sehebat mana pun pemimpin kita, tetapi dia tetap memerlukan pertolongan rakyat dan mengkritik adalah salah satu caranya.

Jangan pula artikel penulis ini disalah ertikan oleh orang tertentu untuk menyekat Khairy Jamaluddin daripada menjadi anggota kabinet, bagi penulis ini bukan masa yang sesuai untuk Khairy dilantik menganggotai kabinet, mungkin selepas tiba waktu yang sesuai barulah beliau boleh dilantik menggaggotai kabinet.

Bukan niat penulis untuk menyekat rezeki mana-mana orang mahupun pemimpin, tetapi yang terbaik itulah harapan daripada penulis. Dalam pada itu, penulis juga tidak gemar orang yang mengkritik pemimpin dengan gaya yang terlampau-lampau seperti menggunakan perkataan yang tak sepatutnya kerana itu bukan budaya kita.

Tiada salahnya mengkritik asalkan tidak bertentangan dengan norma-norma masyarakat kita, tidak mengandungi tingkah laku bi lazim dan juga kritikan itu perlulah membina dan tidak emosional serta berlandaskan fakta dan bukanya auta.


Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin