Bilangan Pengunjung:

Friday, December 25, 2009

Jangan Politikkan Ulamak....


Jangan Politikkan Ulamak....
Oleh: yieMEGA

KEBELAKANGAN ini ramai juga ulamak-ulamak yang terjun ke dalam arena Politik itu tak mengapa, tapi paling memeranjatkan apabila ulamak ini diperdagangkan oleh pihak tertentu dan menjadikan Ulama' itu sebagai isu politik.

Baru-baru ini keluar berita bahawa Yusof Qardhawi Rujuk Penangguhan Kes Qazaf Anwar Ibrahim ke Perhatian Dunia Islam. Jangan pula artikel penulis ini disalahertikan kononya penulis tidak bersetuju dengan ulama tersohor itu. Sebaliknya, apa yang dibimbangi penulis apabila 'kenyataan seorang ulama' diperdagangkan dan dijaja sesuka hati untuk meraih sokongan itu perkara yang tidak wajar dan bakal membuatkan Ulama' itu akan dihina oleh masyarakat.

Penulis percaya Yusof Qardhawi bukan dengan sendirinya atau automatiknya mengeluarkan kenyataan tersebut, berkemungkinan besar ada orang ketiga yang cuba mempergunakan kedudukanya sebagai ulama' untuk meraih sokongan.

Kalau pembaca tertanya-tanya kenapa penulis tidak bersetuju apabila Ulama' dipolitikkan. Jawapanya ialah apabila sesuatu perkara ada benda hidup dijadikan isu politik, pasti dia akan menjadi bahan cacian dan kutukkan, tahu sajalah ramai yang berada di dalam dunia politik negara kita ni suka membuat kenyataan-kenyataan yang berbaur emosional dan bukanya profesional, jadi macam-macam akan diberikan gelaran atau jolokkan oleh orang yang tidak senang dengan kenyataanya itu, malah penulis percaya orang yang tak senang dengan kenyataanya itu bakal memberikan hujah-hujah yang emosional dan sekaligus berlaku penghinaan terhadap Ulama' di sini. Tidakkah terfikir bahawa kaum kafir akan bertepuk tangan sekiranya umat Islam sendiri yang menghina Ulama' kerana agenda mereka memecah belahkan Islam telah tercapai.

Perlu dijelaskan di sini, kenyataan Yusuf Qardhawi itu tidak sesekali membuat penulis merasa tidak senang, cuma apa yang penulis bimbangkan yang beliau beliau akan menjadi bahan ejekkan, cacian apabila kenyataan beliau dipolitikkan orang-orang yang tertentu. Apa yang penulis kesal ialah 'orang yang mempergunakan beliau dan mempolitikkan kenyataan beliau.

Mungkin ada segelintir pembaca yang memandang remeh hal ini, tapi penulis tidak. Perkara ini bukan boleh dibuat main-main. Janganlah kita memperdagankan dan mempolitikkan ulama untuk kepentingan politik kita, kelak Ulama' kita juga yang disakiti.

Penulis merasakan tidak sesuai kenyataan Ulama' dipolitikkan hanya kerana untuk meraih sokongan politik kelak merana juga Ulama' itu, sedangkan orang yang mempergunakan beliau tersenyum girang dapat meraih sokongan dengan menggunakan kenyataan beliau.

Penulis percaya dengan kenyataan Yusof Qardhawi itu telah berjaya dipolitikkan, maka berlambaklah artikel-artikel yang menghina Yusof Qardhawi itu. Tat kala itu juga kaum kafir berhilai tawa, dan bertepuk tangan kerana telah berjaya melaga-lagakan kita.

"Walau siapa pun kita janganlah sesekali meletakkan Ulama' di tempat yang hina" dan "Seorang orang sesat boleh menyesatkan seribu orang alim" kata-kata ini memang berguna untuk difikirkan oleh semua.

Reblog this post [with Zemanta]

1 comment:

Fazli Salleh said...

Apa salahnya Ulama berpolitik? Adakah Ulama hanya perlu duduk di masjid memegang tasbih dan membaca al-Quran sahaja? Sedangkan Nabi Besar Muhammad juga seorang ahli politik.

Suka tidak suka bukannya dari keterlibatan Ulama dalam politik. Memang resam manusia. Nabi dulu pun dihina dan dicerca. Memang pahit mengatakan yang benar.

Ulama hanya dihina bagi orang yang jauh dari agama. Mengapa perlu dihina sedangkan perselisihan pendapat adalah perkara biasa.

Mufti yang dipecat kerana melarang gadis melayu masuk pertandingan ratu cantik, Ulama yang digam kerana tak sehaluan, Tok Guru yang diputar belitkan setiap ucapannya. Mana lebih hina?

Ulama bebas untuk memilih pegangan ideologi politik mereka serta percaya dengan apa yang mereka yakini. Adakah kerana Ulama tidak memihak kita, perlu ada cacian dan makian?

Jika kita tak bersetuju dengan Ulama, jalan yang terbaik adalah diam kerana Ulama adalah pewaris nabi.

Blog Widget by LinkWithin