Bilangan Pengunjung:

Tuesday, December 15, 2009

Dividen Amanah Saham Bumiputra (ASB) 2009

Dividen Amanah Saham Bumiputra (ASB) 2009
Oleh: yieMEGA

SEMALAM telah diumumkan kadar dividen yang akan diagihkan kepada pelabur-pelabur Amanah Saham Bumiputra (ASB) yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad. Kadar dividen yang diumumkan ialah 7.30 Sen bagi seunit dan kadar bonus pula ditetapkan 1.25 sen seunit ia menjadikan kesuluruhan pendapatan pelabur ialah 8.55 sen bagi seunit.

Penulis mendapati berdasarkan rekod-rekod pengagihan yang tiga tahun lepas, kebanyakkanya pendapatan pelabur daripada pelaburan itu di bawah 10.00 sen seunit dan tidak pernah melepasinya sepanjang tiga tahun lalu termasuk juga pada tahun ini.

Nampaknya pulangan ASB ini amat sedikit jika dibandingkan dengan pulangan bagi pelabur-pelabur di pelaburan-pelaburan lain. PNB selaku entiti yang berkait langsung dengan Kerajaan perlu di nilai semula oleh Kerajaan.

Hasil maklumbalas awal yang penulis terima daripada para pelabur ASB, rata-rata daripada mereka melahirkan rasa kecewa dengan pulangan yang tidak kompetitif sejak tiga tahun kebelakangan ini. Lebih-lebih mereka yang membuat pelaburan secara pinjaman daripada beberapa institusi perbankkan tempatan kerana mereka terpaksa membayar faedah pinjaman yang agak tinggi kepada bank.

Kerajaan perlu membuat sesuatu dengan Aset yang begitu besar dimiliki oleh PNB, tidak kah mereka mampu untuk membayar dividen keseluruhan termasuk bonus sebanyak 10.00 sen seunit ataupun lebih.

Mengikut pengetahuan penulis ada sebuah Bank yang mampu memberikan pulangan sebanyak 20% kepada-kepada pelabur-pelaburnya, kenapa tidak PNB? Begitu juga dengan pinjaman untuk Pelaburan ASB, penulis akan menyarankan kerajaan menurunkan kadar faedah untuk pinjaman tersebut kerana kadar faedah semasa amat membebankan pelabur.

Slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan hendaklah direalisasikan dalam bentuk yang benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat. Bukan PNB yang mengaut untung berganda-ganda, pelabur pula yang dapat hasil 'lekat di celah gigi' sahaja.
Reblog this post [with Zemanta]

2 comments:

Zaharuddin said...

Salam, sepatutnya dividen dan bonus ASB adalah lebih tinggi dari yg diumumkan oleh PNB kerana sebenarnya mereka mampu utk memberi kadar yg lebih tinggi kpd pelabur2 spt saya..
Sekiranya tidak mampu, kenapakah bonus kakitangan PNB paling sedikit adalah sekitar 5-6 bulan?
Adakah ini adil buat pelabur2 yg telah setia melabur didlm ASB sejak dari dulu lagi?

Micky said...

Hi... bank mana yang dapat pulangan 20%? Mungkin nk tukar pelaburan kalau ASB tetap macam ni

Blog Widget by LinkWithin