Menjawab Komen Fazli Salleh
Oleh: yieMEGA
TERLEBIH dahulu penulis ucapkan terima kasih kepada Fazli Salleh kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk memberikan komen beliau di blog ini. Komen beliau amatlah penulis alu-alukan kerana sudah menjadi lumrah kehidupan yang betul kita sahkan, yang salah kita salahkan.
Keratan Komen Saudara Fazli Salleh di bawah:
Jawapan Penulis adalah sepertimana di bawah:
Saudara Fazli Salleh, mohon maaf mungkin saudara telah keliru dengan artikel saya, saya dah jelaskan di awal artikel lagi bahawa saya bukanya menghalang mana-mana ulamak untuk menyertai politik, apa yang saya cuba kata melalui artikel penulis ialah tidak mahu kenyataan ulamak dipolitikkan, di tokok-tambah semata-mata untuk meraih sokongan kerana yang mendapat aniaya ialah Ulama itu sendiri yang akan dihamburkan dengan kata-kata yang tak sepatutnya dan artikel penulis bukan ditujukan kepada Ulamak tetapi ditujukan kepada sesiapa yang cuba mempolitikkan kenyataan ulama' dan menambah dengan 'perisa' mengikut selera politik masing-masing sahaja, jadi dengan kenyataan ini harap saudara Fazli Salleh dapat memahaminya.
Penulis juga faham bahawa nabi dahulu pun dihina dan dicerca, bukan setakat faham malah menulis memang dah lama mengetahuinya. Cuma satu soalan penulis kepada Fazli Salleh, adakah pada masa itu ada tak Nabi dihina oleh umat Islam sendiri?
Ya betul Ulama hanya dihina oleh orang yang jauh dari agama, memang penulis tak bersetuju sekiranya Ulama dihina, itulah tujuan sebenar artikel penulis sebelum ini. Ulama memang bebas memilih fahaman dan laluan politik masing-masing, dan tak semestinya mesti duduk di Masjid memegang tasbih dan membaca al-quran semata-mata.
Penulis juga bersetuju bahawa apabila Ulama tidak memihak kepada kita tidak perlulah dihamburkan kata-kata yang tak sepatunya dilemparkan kepada insan yang bergelar Ulama. Penulis pun berharap sekiranya Ulama yang tak memihak kepada Fazli Salleh tidak dicerca oleh Fazli Salleh, jangan ada double standard di dalam membela Ulama.
Bercakap cercaan terhadap Ulama' penulis masih teringat dengan kejadian di mana Bekas Mufti Perlis (Dr Mohd Asri Zainul Abidin) pernah dilabelkan "Bapak Setan" oleh Penceramah PAS, apa pula pendapat saudara Fazli Salleh dalam hal ini?
Namun penulis tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan bahawa Ulama adalah perwaris nabi, jika tidak bersetuju dengan Ulama jalan terbaik ialah diam. Mungkin saudara dah tersasar sedikit, Ya betul Ulama itu perwaris nabi tetapi Nabi tu maksum, tetapi Ulama' tidak maksum jadi maknanya tak semestinya Ulama' itu tidak akan melakukan kesalahan. Diam bukanlah cara yang sesuai, bukankah kita kena menyampaikanya, cuba saudara lihat dalam Solat Berjemaah, kan boleh Makmum menegur Bacaan Imam sekiranya bacaanya tidak betul asalkan dengan teknik yang betul. begitu juga dengan Ulama selagi menggunakan cara yang betul tidak ada salahnya untuk kita menegur kesilapan Ulama.
Penulis berharap saudara Fazli Salleh memahami apa yang cuba disampaikan melalui kenyataan ini. Mohon maaf sekiranya kenyataan ini membuatkan saudara Fazli Salleh marah ataupun sakit hati, bukan niat penulis untuk menyakiti hati Fazli Salleh malah penulis sudah berusaha sedaya upaya agar, kenyataan penulis ini tidak akan menyakiti hati saudara Fazli Salleh, tetapi kalau terjadi juga, apakan daya penulis pun manusia biasa yang tak lepas daripada melakukan kesalahan, Yang Baik datangnya dari Allah, Yang Buruk datangnya dari penulis, Wallahualam.

Apa salahnya Ulama berpolitik? Adakah Ulama hanya perlu duduk di masjid memegang tasbih dan membaca al-Quran sahaja? Sedangkan Nabi Besar Muhammad juga seorang ahli politik.
Suka tidak suka bukannya dari keterlibatan Ulama dalam politik. Memang resam manusia. Nabi dulu pun dihina dan dicerca. Memang pahit mengatakan yang benar.
Ulama hanya dihina bagi orang yang jauh dari agama. Mengapa perlu dihina sedangkan perselisihan pendapat adalah perkara biasa.
Mufti yang dipecat kerana melarang gadis melayu masuk pertandingan ratu cantik, Ulama yang digam kerana tak sehaluan, Tok Guru yang diputar belitkan setiap ucapannya. Mana lebih hina?
Ulama bebas untuk memilih pegangan ideologi politik mereka serta percaya dengan apa yang mereka yakini. Adakah kerana Ulama tidak memihak kita, perlu ada cacian dan makian?
Jika kita tak bersetuju dengan Ulama, jalan yang terbaik adalah diam kerana Ulama adalah pewaris nabi.
Jawapan Penulis adalah sepertimana di bawah:
Saudara Fazli Salleh, mohon maaf mungkin saudara telah keliru dengan artikel saya, saya dah jelaskan di awal artikel lagi bahawa saya bukanya menghalang mana-mana ulamak untuk menyertai politik, apa yang saya cuba kata melalui artikel penulis ialah tidak mahu kenyataan ulamak dipolitikkan, di tokok-tambah semata-mata untuk meraih sokongan kerana yang mendapat aniaya ialah Ulama itu sendiri yang akan dihamburkan dengan kata-kata yang tak sepatutnya dan artikel penulis bukan ditujukan kepada Ulamak tetapi ditujukan kepada sesiapa yang cuba mempolitikkan kenyataan ulama' dan menambah dengan 'perisa' mengikut selera politik masing-masing sahaja, jadi dengan kenyataan ini harap saudara Fazli Salleh dapat memahaminya.
Penulis juga faham bahawa nabi dahulu pun dihina dan dicerca, bukan setakat faham malah menulis memang dah lama mengetahuinya. Cuma satu soalan penulis kepada Fazli Salleh, adakah pada masa itu ada tak Nabi dihina oleh umat Islam sendiri?
Ya betul Ulama hanya dihina oleh orang yang jauh dari agama, memang penulis tak bersetuju sekiranya Ulama dihina, itulah tujuan sebenar artikel penulis sebelum ini. Ulama memang bebas memilih fahaman dan laluan politik masing-masing, dan tak semestinya mesti duduk di Masjid memegang tasbih dan membaca al-quran semata-mata.
Penulis juga bersetuju bahawa apabila Ulama tidak memihak kepada kita tidak perlulah dihamburkan kata-kata yang tak sepatunya dilemparkan kepada insan yang bergelar Ulama. Penulis pun berharap sekiranya Ulama yang tak memihak kepada Fazli Salleh tidak dicerca oleh Fazli Salleh, jangan ada double standard di dalam membela Ulama.
Bercakap cercaan terhadap Ulama' penulis masih teringat dengan kejadian di mana Bekas Mufti Perlis (Dr Mohd Asri Zainul Abidin) pernah dilabelkan "Bapak Setan" oleh Penceramah PAS, apa pula pendapat saudara Fazli Salleh dalam hal ini?
Namun penulis tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan bahawa Ulama adalah perwaris nabi, jika tidak bersetuju dengan Ulama jalan terbaik ialah diam. Mungkin saudara dah tersasar sedikit, Ya betul Ulama itu perwaris nabi tetapi Nabi tu maksum, tetapi Ulama' tidak maksum jadi maknanya tak semestinya Ulama' itu tidak akan melakukan kesalahan. Diam bukanlah cara yang sesuai, bukankah kita kena menyampaikanya, cuba saudara lihat dalam Solat Berjemaah, kan boleh Makmum menegur Bacaan Imam sekiranya bacaanya tidak betul asalkan dengan teknik yang betul. begitu juga dengan Ulama selagi menggunakan cara yang betul tidak ada salahnya untuk kita menegur kesilapan Ulama.
Penulis berharap saudara Fazli Salleh memahami apa yang cuba disampaikan melalui kenyataan ini. Mohon maaf sekiranya kenyataan ini membuatkan saudara Fazli Salleh marah ataupun sakit hati, bukan niat penulis untuk menyakiti hati Fazli Salleh malah penulis sudah berusaha sedaya upaya agar, kenyataan penulis ini tidak akan menyakiti hati saudara Fazli Salleh, tetapi kalau terjadi juga, apakan daya penulis pun manusia biasa yang tak lepas daripada melakukan kesalahan, Yang Baik datangnya dari Allah, Yang Buruk datangnya dari penulis, Wallahualam.
1 comment:
Salam..
Saya berasa bangga dan berterima kasih atas kesudian saudara melayan komen saya. Jauh dari merasa apa-apa yang tidak baik malah sungguh berterima kasih.
Saya bersetuju dengan saudara iaitu jangan "mempergunakan Ulama untuk kepentingan peribadi". Tetapi saya tidak bersetuju bahawa Ulama tidak boleh memilih siapa yang disokongnya atau siapa yang ditolaknya.
Ulama bebas memiliki pandangan mereka sendiri. Imam Ahmad Hambal pernah mengatakan bahawa Khalifah Yazid ialah orang yang dilaknat Allah sedangkan banyak Ulama lain yang memiliki pandangan lain. Sifat kelainan fkiranlah yang membuatkan kita matang dan maju kedepan.
Tidak salah menegur Ulama tetapi biarlah perkara yang kita ahli kepadanya. Jika Ulama kata 5 + 5 = 9, tidak salahnya kita membetulkan kerana memang kita tahu jawapannya. Yang saya maksudkan dengan diam ialah apabia sesuatu itu bersifat pandangan atau hukum-hakam Islam. Jika kita katakan bahawa pandangan seseorang Ulama itu salah, maka kita memerlukan ilmu yang setaraf dengannya untuk menghukumnya.
Untuk pengetahuan saudara, Dr Badrul Amin bukanlah seorang penceramah mahupun ahli PAS. Beliau adalah ahli PKR. Saya juga tidak bersetuju dengan beliau kerana ucapannya mampu meruntuhkan rasa hormat orang ramai kepada orang yang tinggi ilmu agamanya.
Memang Ulama tidak maksum tetapi sifat Ulama ialah tidak bersekongkol untuk melakukan kemaksiatan serta terdinding(rasa takut) untuk melakukan dosa-dosa besar dan dosa kecil yang berturutan. Nabi juga pernah ditegur oleh Allah dalam surah Abasa dan isu minum susu di rumah Aishah.
Bagaimana kita hendak menghukum bahawa Ulama itu dipolitikkan sedangkan ucapan tersebut dibuat atas kehendaknya sendiri bukannya menjawab soalan wartawan bagi mengomen isu-isu sensitif.
Maksud mempolitikkan Ulama pada pandangan saya ialah memutarbelitkan ucapannya dengan menokok tambah mana yang sesuai dengan kita serta membuang mana yang tidak disukai dan membuatkan orang ramai ragu dengan ciri ke"Ulama"kannya dengan dihebah keburukan Ulama tersebut menerusi corong TV dan radio supaya Ulama tersebut dihina oleh orang ramai serta orang yang tinggi kedudukannya di mata masyarakat serta diperkecilkan kewibawaannya dan meragui kewarakkanya. Inilah yang lebih buruk dari Ulama Masuk Politik.
Seribu penghargaan kepada saudara. Terima kasih.
p/s saya bukanlah orang yang pandai sangat dalam segala hal, cuma sekadar berkongsi pandangan. harap tiada yang menyinggung.
Post a Comment