Bilangan Pengunjung:

Friday, May 30, 2008

Tun Keluaq Ezam Masuk

Lama jugak Pak Cu tak bagi pendapat. Bukan apa kalut sikit. Dalam masa tu macam-macam hal belaku dalam UMNO. Makin caca marba. Habis semua jadi kalut dan haru hara. Dalam dok kalah teruk tu, pemimpin UMNO masih lagi tak jumpa cermin habuan nak cermin diri.

Kalau tok Pak Cu masih hidup, nak tau apa dia nak suruh? Dia akan suruh depa kencing dalam tempurung lepas tu tengok muka depa dalam tempurung tu kalau dah susah sangat nak cari cermin. Antara isu yang paling menarik, bila Tun umum keluaq UMNO. Dalam hal nie Pak Cu rasa ada elok jugak.
Tapi jangan pulak sapa yang tak bekenan kat Pak Lah habih pakat keluaq. Bukan apa, nanti yang tinggai masa pemilihan UMNO, orang yang kerja dok ampu Pak Lah. Tak dak sapa berani nak ajaq Pak Lah anak beranak. Masa tu mula la depa pakat kata, orang UMNO masih sayang kat Pak Lah.

Hakikatnya yang tak bekenan dengan Pak Lah dah habih pakat keluaq parti. Haaaa..., masa tu betoi-betoi UMNO akan hancoq dan tak boleh dipulihkan lagi. Tindakan Tun tu elok. Biaq Tun bagi tekanan dari luaq. Mana yang masih ahli UMNO tu, bagi tekanan dari dalam. Kalau Pak Lah masih tak sedaq diri lagi, sampai time pemilihan nanti kita ajaq dia cukup-cukup. Sapa yang dok ampu Pak Lah, kita jangan bagi muka. Kita pakat tolak depa. Biaq depa tak dak tempat walaupun peringkat cawangan. Nie dalam masa dua tiga hari nie, UMNO pimpinan Pak Lah anak beranak dapat hero baru. Sapa lagi kalau bukan si Ezam.

Konon-kononnya masuk nak memerangi rasuah. Piiirahhh...tak dan dua hari masuk UMNO dah dok aim Ketua Pemuda. Benda macam nie pun tak leh nampak ka? Kalau betoi la si Ezam tu boleh bantu bagi UMNO kuat, pasai apa PKR jadi lagi kuat sejak dia keluaq? Hakikatnya UMNO tak perlu musang bebulu ayam. Nie semua kerja Khairy.

Dia tau kalau dia lawan post Ketua Pemuda, mesti dia kalah awai-awai lagi. Dia tau pengaruh Datuk Mukriz terlalu kuat. So, dia ambik si Ezam jadi kambing hitam. Nak harap geng-geng dia yang dalam UMNO, lagi tak dak masa depan. Jadi akhir kata, Pak Cu sebagai orang tua nak nasihat la disini. Mesyuarat cawangan dengan bahagian dah nak mula. Jom kita pakat tolak sesiapa yang dok ampu Pak Lah. Sebab kalau tak dibetulkan dari peringkat cawangan dan bahagian, UMNO sukar untuk dipulihkan.

dipetik dari:
http://www.mykmu.net

2 comments:

redbox said...

memang betul...ezam tu main wayang kulit je..kalau betul dia ikhlas drp sblm Tun klua parti dia dah masuk..betul kata Tun.."saya kluaq..dia masuk" takut la pulak dia ni ejen anuar..plg takut skali kalau "anwar+paklah+kj+ezam" ada pakatan..ka x haru...

Dirahsiakan said...

skrang ni anak tun lagi satu iaitu Datuk Mokhzani plak menjadi mangsa percaturan politik orang kaki ampu UMNO..

Tunggu je la kesudahan nya..

Hidup Tun...

Blog Widget by LinkWithin