Baru 72 Jam mantan Perdana Menteri membuat pengumuman yang mengejutkan negara, kita digemparkan pula dengan berita bekas orang kuat Parti Keadilan Rakyat atau Keadilan Nasional pada masa itu iaitu Ezam Mohd Noor yang ingin menyertai UMNO.
Memang benar tiada sekatan untuk sesiapa sahaja menyertai UMNO asalkan ia seorang berketurunan Melayu tetapi kenapa beliau ingin sertai UMNO selepas Tun Dr. Mahathir keluar UMNO? Sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena denganya. Penulis ada beberapa teori kenapa Ezam memilih menyertai UMNO sedangkan PKR melalui Pakatan Rakyat sudah hampir menguasai Malaysia. Ini sudah tentu ada yang tidak kena.
Teori Pertama
Kemungkinan kemasukkan Ezam Mohd Noor ke dalam UMNO dirancang oleh Khairy Jamaluddin untuk dijadikan 'alat politik' atau 'political tools' untuk menumbangkan sesiapa sahaja yang ingin melawan beliau sebagai calon Ketua Pemuda UMNO dan sekaligus beliau mungkin akan menggunakan 'taktik kotor' atau 'Dirty Tactic' untuk memastikan jawatan Ketua Pemuda UMNO adalah miliknya dan bukan milik Mukhriz mahupun Dr. Khir Toyo. Sekaligus akan membuatkan beliau muncul Ketua Pemuda yang menang tanpa bertanding. Menurut skuad perisik penulis cubaan membawa masuk Ezam ini di dalangi Datuk Norza Zakaria yang merupakan orang kuat Khairy Jamaluddin. Norza juga orang yang sama mempertemukan Khairy Jamaluddin dengan Anwar Ibrahim di dalam usaha beliau memberikan passport kepada Anwar Ibrahim. Jadi penulis boleh katakan kemasukkan Ezam ini adalah salah satu strategi Khairy Jamaluddin untuk mempertahankan kedudukanya yang sedang 'terancam' pada masa ini.
Teori Kedua
Bagi menjaga kedudukan bapa mertua Khairy yakni Abdullah Haji Ahmad yang terkenal dengan nama Ayah Lah ini yang pada dasarnya akar umbi sudah tidak berminat dengan kepimpinan Ayah Lah terutamanya di negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang dan BN sudah menjadi pembangkang di sana. Sebenarnya pada masa ini kedudukan Abdullah Haji Ahmad atau Ayah Lah ini sudah 'terancam' jadi mungkin Khairy Jamaluddin sudah memikirkan strategi untuk mempertahankan kedudukan Bapa Mertuanya iaitu Ayah Lah sudah tentu 'taktik kotor' juga digunakan untuk menjatuhkan populariti sesiapa sahaja yang ingin melawan ayanda mertuanya itu. Jadi tidak mustahil dengan cara ini kepimpinan Abdullah Haji Ahmad akan diteruskan selepas Pemilihan Agung UMNO pada Disember ini.
Teori Ketiga
Satu Pilihan Raya Kecil mungkin akan berlaku di dalam jangkamasa terdekat ini memandangkan Parti Keadilan Rakyat akan membawa masuk Anwar Ibrahim ke Parlimen melalui satu pilihan raya kecil. Jadi siapa calon terbaik untuk menentang Anwar Ibrahim pada fikiran Parti Abdullah Haji Ahmad. Sudah tentu Ezam akan dipertanggungjawabkan untuk berperang dengan Anwar Ibrahim dan sekiranya ini terjadi penyokong-penyokong BN dan juga penyokong-penyokong PKR akan menjadi "Diluah mati mak, ditelan mati bapak" contohnya bagi penyokong BN mereka akan menjadi serba salah kalau tak undi Ezam nanti Anwar Ibrahim jadi Ahli Parlimen jadi nak atau tak nak kemungkinan besar mereka akan mengundi Ezam, bagi pihak Parti Keadilan Rakyat pula sudah tentu dia memikirkan 'ada yang tidak kena' dengan Anwar Ibrahim sehinggakan pejuang beliau sudah menderhakai beliau jadi ia juga meletakkan penyokong PKR didalam keadaan serba salah jadi ada kemungkinan penyokong PKR yang pro Ezam akan mengundi Ezam. Itulah antara strategi licik Khairy Jamaluddin untuk mengekalkan kekuasaan Kerajaan Tiga Beranak.
Teori Keempat - Pintu Kedua untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Kemungkinan Khairy Jamaluddin akan mempergunakan Ezam untuk membawa masuk semula Anwar Ibrahim ke dalam UMNO dan secara tidak langsung membuka pintu kedua untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr. Mahathir meninggalkan UMNO, pintu ini lebih mudah jika dibandingkan tawaran royalti minyak 20% untuk Kerajaan Negeri kerana cuba bayangkan kalau masing sekiranya Sabah mendapat royalti minyak 20% sudah tentu negeri-negeri lain yang mempunyai hasil minyak seperti Terengganu dan Sabah menuntut 20% royalti minyak juga jadi ia akan menjadikan jumlah semuanya 60% jadi adakah cukup baki 40% ini untuk menampung perbelanjaan Kerajaan Persekutuan? Jika Anwar Ibrahim memilih pintu melalui UMNO sudah tentu cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri yang terkubur seketika akan menjadi kenyataan sekiranya dan lebih mudah jika melalui Parti Abdullah Haji Ahmad. Jadi kemungkinan Parti Keadilan Rakyat akan dibubarkan dan perlu ingat Politik ini sejuta kemungkinan jadi tiada perkara yang mustahil di dalam politik.
Itulah diantara teori-teori yang penulis rasakan mungkin akan terjadi selepas kemasukkan Ezam Mohd Noor ke dalam Parti Abdullah Haji Ahmad. Jadi ahli-ahli Parti Abdullah Haji Ahmad hendaklah bersedia daripada sekarang dan jangan mudah tertipu dengan tuduhan yang akan dicipta kepada sesiapa sahaja yang berniat untuk melawan Presiden Parti Abdullah Haji Ahmad ini. Fikir-Fikirkanlah kerana walaupun Esok masih ada kita belum tahu Esok milik siapa.

No comments:
Post a Comment