Bilangan Pengunjung:

Monday, January 18, 2010

Undang-Undang Sarang Labah-Labah


Undang-Undang Sarang Labah-Labah
Oleh: yieMEGA

SETELAH sekian lama penulis tidak menulis di blog ini kerana disebabkan pertamanya gangguan internet dan yang keduanya disebabkan komputer penulis mengalami kerosakkan, Alhamdulillah akhirnya dapat juga penulis mengemaskini blog ini.

Artikel penulis pada kali ini ingin memperkatakan tentang apa yang dikatakan undang-undang sarang labah-labah. Kita selalu dengar perkataan atau ungkapan Undang-undang rimba tetapi jarang sekali kita dengar perkataan undang-undang sarang labah-labah.

Hendak dijadikan cerita petang tadi penulis sempat berbual bicara dengan seorang teman penulis di Kota Bharu, Kelantan, dia lah yang menerangkan kepada penulis apa itu undang-undang sarang labah-labah.

Teman penulis yang penulis kenali dengan namanya Nik Din mengungkapkan kalau PM yakni DS Najib Tun Razak menerusi BN hendak mencapai kejayaan hendaklah dipastikan bahawa undang-undang negara kita bukan undang-undang sarang labah-labah.

Untuk penulis lebih memahami apa yang dimaksudkan dengan undang-undang sarang labah-labah itu penulis segera bertanya pada teman penulis itu. Teman penulis pun berkata cuba lihat kat sarang labah-labah tu, ada tak harimau ke kambing ke kucing ke yang terlekat pada sarang labah-labah tu, penulis segera berkata mana mungkin kucing ataupun harimau boleh terlekat kat sarang labah-labah tu, kalau serangga adalah. Teman penulis itu berkata "itulah jawapanya".

Setelah berfikir, akhirnya barulah penulis tahu apakah yang dimaksudkan dengan undang-undang sarang labah-labah itu. Sebenarnya, ia simbolik kepada undang-undang yang hanya akan menghukum golongan kecil ataupun marhaen sahaja yang membuat salah tetapi kerap kali golongan berdarjat tinggi seperti pemimpin terlepas dari hukuman daripada kesalahanya.

Ada benarnya juga kata teman penulis itu, ye lah kalau undang-undang yang hanya menghukum orang golongan marhaen atau rakyat biasa tetapi OB(Orang Besar) semacam boleh melindungi kesalahan mereka, ini sudah wujud ketidakadilan dan ketidaksamarataan.

Oleh yang demikian, penulis mencadangkan agar DS Najib Tun Razak berusaha untuk memastikan bahawa undang-undang negara kita bukan undang-undang sarang labah-labah seperti yang di dakwa ramai. Berusahalah untuk menjadikan undang-undang negara bukan undang-undang sarang labah-labah.

Hapuskan undang-undang sarang labah-labah demi Agama, Bangsa dan Negara.
Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin