Revolusi UMNO/BN
Oleh: yieMEGA
Oleh: yieMEGA
HARI ini Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN Malaysia telah meletakkan jawatan berkuat-kuasa serta merta ekoran daripada Kekalahan Teruk Barisan Nasional di dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 hingga mengakibatkan Barisan Nasional gagal mempertahankan Putrajaya kerana Keputusan PRU14 ternyata tidak memihak kepada Barisan Nasional sehinggakan Pakatan Harapan (sebelum ini Pembangkang) membentuk Kerajaan Malaysia.
Bukan itu sahaja, beberapa negeri yang sebelum ini dalam penguasaan Barisan Nasional terlepas ke tangan Pakatan Harapan dan Satu negeri terlepas menjadi negeri Jajahan PAS. Di samping PAS mengekalkan penjajahanya di Kelantan. Penjajahan PAS di Terengganu mengembalikan semula pemerintahan mereka yang hanya mampu bertahan selama satu penggal pada tahun 1999.
Berbalik kita kepada topik utama, dengan berundurnya Najib Razak walaupun agak terlambat namun ia mungkin boleh dikira langkah terbaik kerana selagi Najib Razak memimpin UMNO selagi itulah kedudukan UMNO menjadi parah. Namun, penulis juga berpandangan bahawa Naib Presiden yang menjalankan Tugas Timbalan Presiden juga perlu mengambil langkah yang sama iaitu berundur dari jawatan tersebut dan memberikan jawatan-jawatan tersebut kepada mereka yang lebih berpengalaman di dalam parti.
Sesuai dengan keadaan semasa, UMNO/BN kini parti pembangkang jadi ia memerlukan mereka yang berpengalaman menjadi pembangkang yang bertindak sebagai Ketua Pembangkang. Penulis melihat calon yang paling layak menjadi Presiden dan Pengerusi BN Malaysia ialah YBM Tengku Razaleigh Hamzah kerana dia seorang yang berpengalaman luas dan pernah menjadi pembangkang.
Perjuangan Alif, Ba, Ta yang kini sudah dilupakan UMNO sepatutnya digerakkan semula, perjuangan projek menggapai kekayaan diri hendaklah dihentikan. Tambahan pula kini BN sudah menjadi pembangkang sudah tentu kewangan mereka juga menjadi terhad jadi berhentilah mencari kekayaan dengan UMNO.
Penulis percaya YBM Ku Li mempunyai 'cara tersendiri' untuk memulihkan UMNO dan mengembalikan teras perjuangan UMNO yang sebenar yakni Alif untuk Agama, Ba untuk Bangsa, Ta untuk Tanah Air yakni Malaysia, segerakan pemilihan UMNO dan pemilih pucuk pimpinan perlulah dibuat terus oleh akar umbi sendiri bukan melalui Ketua Bahagian mahupun Perwakilan sebaliknya adalah lebih bagus demokrasi di dalam UMNO dikembalikan di mana setiap ahli parti mempunyai hak individu untuk memilih kepimpinan baru ke arah menuju UMNO baru yang benar-benar berjuang untuk rakyat.
Semua jawatan-jawatan di dalam UMNO hendaklah dikosongkan terlebih dahulu dan beri kuasa kepada ahli akar umbi untuk memilih pemimpin secara terus dan bukan lagi melalui ketua bahagian mahupun perwakilan. Kembalikan hak ahli akar umbi UMNO bagi membolehkan Revolusi UMNO di adadakan.
Ini adalah cara terbaik bagi memulihkan UMNO, YBM Ku Li pada pandangan penulis mampu melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan UMNO terus wujud di bumi bertuah negaraku Malaysia ini. Jangan sia-siakan orang yang berpengalaman untuk membuat revolusi pada UMNO tolong jangan angkuh dan sombong lagi buatlah perubahan demi kesinambungan parti keramat UMNO ini.
Akhir kalam, YBM Ku Li adalah pilihan terbaik bagi menjayakan revolusi UMNO ini agar perjuangan mereka tidak sekadar terhenti di sini.
No comments:
Post a Comment