Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1439
Oleh: yieMEGA
HARI ini merupakan malam pertama Ramadhan, di mana pada malam ini jugalah Solat Sunat Terawikh dimulakan di masjid-masjid bukan sahaja di seluruh Malaysia malahan di seluruh dunia. Di Kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak bulan yang penuh keberkatan ini semoga Ramadhan Kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang telah berlalu pergi.
Di kesempatan ini juga penulis ingin memohon maaf kepada semua pembaca-pembaca setia blog penulis yang tak seberapa ini, sekiranya sepanjang penulis mengendalikan blog ini ada kesalahan-kesalahan yang secara sengaja mahupun tidak sengaja yang penulis lakukan. Sekiranya ada harap dimaafkan kerana penulis juga manusia biasa yang tak lekang daripada melakukan salah dan silap itulah lumrah bagi seorang manusia biasa yang tak lepas dari dosa dan pahala.
Penulis berharap Ramadhan kali ini terus memberi penulis keupayaan untuk mempertingkan lagi amal ibadat ke hadrat Allah Tuhan Seru Sekian Alam. Di harap juga Malaysia baru ini benar-benar memberi kenikmatan yang asli kepada rakyat marhaen dan bukanya harapan palsu yang hanya diberi untuk mendapat kuasa, dan juga diharap kuasa yang didapati itu tidak akan mengubah pemimpin-pemimpin Malaysia baru.
Di harap juga Malaysia Baru masih mengekalkan Hak Istimewa Melayu yang sedia termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 153(1) dan Perkara 153(2) dan juga Perkara 160. Sebarang tindakan termasuk mengurangkan perbelanjaan untuk agensi-agensi berkaitan Bumiputera adalah akan ditentang sekeras-sekerasnya oleh penulis dan juga tindakan-tindakan pemimpin yang boleh mendatangkan kemurkaan raja-raja Melayu penulis akan menentangnya habis-habisan. Itulah ikrar dan janji penulis pada artikel kali ini.
Dalam pada itu, penulis juga berharap umat-umat Islam di seluruh Malaysia dapat menjayakan bulan mengandakan ibadah ini sebaik mungkin dan semoga anda semua dirahmati Allah Tuhan Seru Sekian Alam. Kepada yang bukan Islam diminta menghormati Umat Islam yang berpuasa pada bulan ini dengan tidak makan atau minum di hadapan mereka.
No comments:
Post a Comment