Bilangan Pengunjung:

Saturday, June 30, 2018

Mengembalikan Teras Perjuangan UMNO 1946

Mengembalikan Teras Perjuangan UMNO 1946
Oleh: yieMEGA

PILIHAN RAYA UMUM 14 sudah hampir dua bulan berlalu, di mana pada Pilihan Raya tersebut menyaksikan pertama dalam sejarah Barisan Nasional yang diketuai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau dalam Bahasa Inggerisnya United Malay National Organizations (UMNO) telah kehilangan kuasa dan kini mereka adalah pembangkang di negaraku Malaysia ini. 

Berbagai-bagai isu yang timbul membuatkan rakyat Malaysia menghukum parti yang tertua di Malaysia itu. Antara isu yang paling popular ialah isu 1MDB, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Kenaikkan sara hidup rakyat dan juga pemimpin-pemimpin tersebut yang lebih bersifat elitis. Kebanyakkan isu ini gagal ditangani oleh pimpinan UMNO yang terdahulu sehinggakan ia menjadi punca rakyat menghukum Barisan Nasional amnya dan UMNO khasnya. 

Sejak akhir-akhir ini sebelum berlakunya Pilihan Raya Umum Ke 14, BN atau UMNO dilihat sudah tidak lagi berpaksikan kepada teras perjuangan UMNO yang ditubuhkan 72 tahun yang lalu yakni 1946. Teras Perjuangan UMNO sebenar yang ditubuhkan pada tahun 1946 ialah tiga teras utama yakni Alif, Ba, Ta. Di mana Alif mewakili Agama, Ba mewakili Bangsa yakni Melayu, Ta mewakili Tanah Air yakni Negaraku Malaysia. 



Setelah begitu lama di dalam tampuk kuasa pemerintahan teras perjuangan tersebut telah terabai, bertambah parah lagi apabila berlakunya banyak kemasukkan ahli-ahli baru yang boleh dikategorikan sebagai 'pelobi projek' yang sebenarnya kemasukkan mereka adalah disebabkan "Ada udang di sebalik Mi" bukanya ikhlas untuk berjuang. Malah mereka lebih bersifat "lalang" apabila UMNO tidak lagi dapat memberi 'projek' pada mereka, akhirnya mereka berpaling tadah. 

Budaya "Wang Adalah Raja" menjadi salah satu sebab BN amnya atau UMNO khasnya ditolak rakyat. Budaya wang adalah raja ini menyebabkan merebaknya Politik Wang sehinggakan UMNO tersungkur menyembah bumi pada PRU14.

Mungkin pada masa akan datang UMNO perlu membuat perubahan bagi pemilihan kepimpinan UMNO adalah lebih baik setiap ahli akar umbi diberi hak untuk memilih Kepimpinan UMNO yakni setiap seorang Ahli UMNO mewakili satu undi, kerana pendekatan ini membolehkan UMNO lebih demokratik disamping ia akan menyesuaikan dengan senario pilihan raya negara di mana seorang pengundi berdaftar mempunyai 1 undi untuk parlimen dan satu undi untuk dewan undangan negeri. Sudah tiba UMNO perlu menggunakan konsep ini di dalam pemilihan mereka, ini secara tidak langsung ia mampu mengelakkan Presiden daripada bertindak sesuka hati mereka sehinggakan mengabaikan kredibiliti, keihklasan dan kejujuran dan juga ahli akar umbi UMNO. 

Pemilihan Kepimpinan UMNO akan dimuktamadkan esok hari, dimana ia melengkapkan kesemua jawatan-jawatan yang ada di dalam UMNO yang dipertandingkan di dalam pemilihan UMNO kali ini. 

Bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Bekas Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden. Merupakan calon Presiden UMNO No 3, YBM Tengku Razaleigh Hamzah merupakan Calon Presiden UMNO No 1, mankala bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang pernah menjadi isu semasa era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang digelar budak tingkat 4 juga menawarkan untuk menjadi Presiden UMNO No 3. 


Memang benar, ketiga-tiga calon tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, namun selepas PRU14 penulis merasakan Teras Perjuangan UMNO sewaktu ia ditubuhkan pada 72 tahun yang lalu iaitu pada 1946, Konsep Alif, Ba, Ta perlu dikembalikan di mana Alif mewakili Agama, Ba mewakili Bangsa dan Ta mewakili tanah air yakni negaraku Malaysia. 

Penulis melihat, hanya seorang sahaja calon Presiden UMNO yang mampu mengembalikan teras perjuangan UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 atau 72 tahun yang lalu yang kini sudah dipadang sepi kepimpinan UMNO khasnya pemimpin UMNO di era Pra PRU14. Bagi penulis hanya YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang ada kebolehkan untuk mengembalikan semula semangat UMNO 1946.

Walaupun kini UMNO sudah bergelar pembangkang namun tak mustahil kita akam kembali menjadi kerajaan. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin