Bilangan Pengunjung:

Thursday, August 2, 2018

MALAYSIA DI ERA PENJAJAHAN PAKATAN HARAPAN

MALAYSIA DI ERA PENJAJAHAN PAKATAN HARAPAN
Oleh: yieMEGA

HARI ini merupakan masuk hari kelima penjajah Pakatan Harapan telah berjaya menjajah Malaysia menerusi Pilihan Raya Umum yang berlanngsung pada 9 Mei 2018 yang lalu menyaksikan Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional yang pada masa itu diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang terpalit dengan bermacam-macam isu dan skandal. Kegagalan Kerajaan Barisan Nasional pada masa itu mengendalikan isu-isu dan skandal-skandal yang berbagai itu telah membuatkan rakyat terpengaruh dengan janji-janji yang dibuat oleh Penjajah Pakatan Harapan. Tambahan pula mereka diyakinkan dengan isu-isu yang berkaitan dengan pemimpin tertinggi BN itu oleh Penjajah Pakatan Harapan sehinggakan mendatangkan kemarahan mereka kepada Kerajaan Pemerintah pada masa itu yakni Barisan Nasional sehingga menyaksikan Pemerintahan hampir 60 tahun Barisan Nasional akhirnya terkubur dan Penjajah Pakatan Harapan pun berjaya membentuk Kerajaan, di mana bilangan kerusi yang dikuasai DAP adalah kedua tertinggi, tambahan pula walaupun PKR mendapat bilangan kerusi tertinggi di dalam Pakatan Harapan kebanyakkan ahli parlimenya lebih mengikut telunjuk DAP. 

Tidak keterlaluan sekiranya berdasarkan bilangan kerusi yang terdapat di dalam Pakatan Harapan, jelas sekali Penjajah Pakatan Harapan ini sebenar-benarnya dikuasai oleh DAP, di mana sebarang keputusan kerajaan perlu mendapat persetujuan DAP sebelum diputuskan sesuatu perkara. DAP juga dilihat telah cuba menyerapkan dasar Malaysia untuk Malaysia di dalam pemerintahan Penjajah Pakatan Harapan. Ini disahkan lagi dengan beberapa keputusan kerajaan sebelum ini seperti perlantikkan Peguam Negara, Perlantikan Ketua Hakim Negara dan bermacam-macam lagi sehinggakan ada menteri yang berani mengeluarkan kenyataan bahawa Bangsa Melayu adalah Bangsa Pendatang di negaraku Malaysia ini. 

Mungkin, Allah sengaja memberikan kemenangan kepada Penjajah Pakatan Harapan ini bagi menunjukkan apa yang musibah yang akan menimpa Umat Islam sekiranya Penjajah Pakatan Harapan berjaya memerintah negaraku Malaysia ini. Allah nak tunjuk siapa sebenarnya Pakatan Harapan ini agar umat Islam di seluruh negara sedar dan kembali merapatkan Ukhuwah demi perpaduan Ummah, sejarah membuktikan jika Umat Melayu Islam Bersatu bangsa lain mulai takut  untuk menafikan apa yang dikatakan hak istimewa Melayu yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

Mungkin ramai yang bertanya kenapa penulis menggunakan Istilah 'Penjajah' yang merujuk kepada Pakatan Harapan ini. Sebenarnya, kalau mengikut Kamus Dewan Pakatan ini bermaksud Pakatan yang bermaksud jahat, di samping itu Amerika Syarikat bersunguh-sungguh mahukan Pakatan Harapan membentuk Kerajaan di Malaysia yang boleh diragui apakah tujuan sebenar mereka memberi sokongan kepada Pakatan Harapan. Pendek kata, Amerika memang sangat gembira Penjajah Pakatan Harapan membentuk kerajaan. Dengan erti kata lain, negaraku Malaysia kini ialah talibarut Amerika Syarikat.


Kini walaupun hampir sudah 85 hari Penjajah Pakatan Harapan menjajah Malaysia tidak nampak dengan jelas janji-janji mereka untuk 100 hari pertama penjajahan mereka akan ditunaikan atau sebaliknya tetapi Penjajah Pakatan Harapan mengambil pendekatan menyalahkan Pemerintahan terdahulu kerana kegagalan mereka menunaikan janji. Mereka mendakwa mereka tidak menyangka Kerajaan Terdahulu meninggalkan hutang yang begitu banyak sehinggakan mereka sukar untuk melaksanakan janji-janji mereka yang terdapat di dalam manifesto mereka tambahan pula mereka berkata Manifesto bukan kitab suci walaupun kalau menurut Islam sesiapa sahaja yang apabila bernjanji ia mungkiri ia adalah ciri orang munafik, jadi jelas sekali Kerajaan Pakatan Harapan yang menjajah negara kita kini adalah Kerajaan Munafik, diketuai oleh Perdana Menteri Munafik, Timbalan Perdana Menteri Munafik, Menteri-Menteri Munarik dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang munafik. Kesimpulanya kita sebagai  rakyat marhaen perlu menentang Kerajaan yang Munafik ini agar kemunafikan mereka tidak akan memunafikkan kita. Tidakah kegagalan diri sendiri disalahkan orang lain ini boleh disamakan dengan tindakan budak tadika yang hingusnya masih mengalir keluar mengikut hidungnya. Teringat penulis kepada satu pepatah yang berbunyi "Tidak tahu menari, disalahkan tanah pula tinggi rendah". Tak payah berdalih untuk tipu rakyat lagi, janji tetap janji, kalau tak mampu tunaikan janji baik tak payah berjanji. 

Para Menteri penjajah Pakatan Harapan juga tidak menunjukkan prestasi yang baik, beberapa perubahan yang cuba dibuat yang kononya untuk reform langsung tidak ada mengena dengan reform. lebih kepada nak menunjuk-nunjuk kononya mereka lebih baik daripada menteri dari kerajaan dahulu walaupun pada dasarnya kebanyakkan Menteri yang ada pada hari ini boleh dikatakan "buat menghabiskan beras sahaja" ada tindakan mereka yang diumpakan sebagai "Tikus membaiki labu" terutamanya Menteri Belia dan Sukan dan juga Menteri Pendidikan. Beberapa tindakan Menteri Beliau dan Sukan yang baru ini tidak mecerminkan dia seorang menteri tetapi lebih kepada kanak-kanak riang ribena. Ini bukan menteri tetapi sampah yang dikutip untuk dikitar semula menjadi menteri. Beberapa perubahan yang cuba dibuat oleh Menteri Pendidikan juga boleh diibaratkan sebagai "Tikus Membaiki Labu" lebih bersifat syok sendiri nak menonjolkan kononya beliau menteri pendidikan yang hebat walhal ia kelihatan beberapa tindakan beliau tidak mengambarkan kelayakkan beliau. Seolah-olah kelayakkan yang ada pada beliau dibeli bukanya didapatkan menerusi cara yang sah. Cukup-cukuplah memperbodohkan rakyat, kalau tak dapatkan menjalankan tugas yang baik letak jawatan segera, jangan bazirkan duit rakyat, jangan menambah negara dan jangan jadikan negaraku Malaysia sebagai negara pengemis sepertimana sekarang ini. 

Ayuh rakyat Malaysia di seluruh negara, marilah bersama-sama penulis di dalam bagi memperjuangkan Revolusi bagi menentang habis-habisan penjajahan Kerajaan Munafik Pakatan Harapan. Penulis akan berusaha untuk menubuhkan sebuah parti baru untuk dijadikan wadah perjuangan rakyat marhaen menentang Kemunafikan Kerajaan Munafik Pakatan Harapan. Parti Revolusi Rakyat Malaysia akan penulis tubuhkan dan marilah bersama-sama kita menjadi Pejuang Revolusi di negaraku Malaysia ini kerana Malaysia adalah milik rakyat bukan milik pemimpin biarkan rakyat menjadi pemimpin bukanya pemimpin menjadi pemimpin. Hidup rakyat Marhaen, Hidup Revolusi dan Harapnya Pakatan Harapan akan tenggelam bersama kemunafikkan mereka.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin