Bilangan Pengunjung:

Monday, July 10, 2017

Malaysia Sudah Selamat, Betul Ke Bohong???

Malaysia Sudah Selamat, Betul Ke Bohong???
Oleh: yieMEGA

PERDANA MENTERI Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendakwa bahawa tiada apa pun yang perlu diselamatkan kerana semuanya sudah selamat dengan matlamat cuba menyelar tindakan pembangkang di dalam gerakkan mereka di dalam misi untuk menyelamatkan Malaysia. Malaysia sudah selamat? Betul ke bohong ni?.

Tidak dinafikan pada masa kini Malaysia berada di dalam keadaan aman damai, namun ianya tidak bermakna negara kita sudah pun selamat, hanya orang tidak waras sahaja yang akan berkata begitu. Jikalau yang berfikiran waras akan faham bahawa Malaysia masih belum selamat. 

Kapitalis-kapitalis yang berada di luar sana akan cuba bermacam cara untuk membuatkan Malaysia menjadi tidak selamat. Salah satu contoh ialah tindakan Kerajaan Negeri Sarawak yang merujuk syarikat guaman di United Kingdom (UK) berkenaan Perjanjian Malaysia (Malaysia Agreement 1963) berhubung hak negeri dalam konteks Sabah dan Sarawak membayangkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak sendiri kurang yakin Jabatan Peguam Negara mampu memberi penafsiran yang bebas dan adil sehinggakan mereka lebih percayakan orang luar daripada orang dari dalam negara mereka sendiri. Ini akan meletakkan Malaysia dalam keadaan 'bahaya' ia berkemungkinan akan mengudang campur tangan asing dalam menyelesaikan isu ini. Sila rujuk laporan Sinar Harian di sini

Penubuhan syarikat minyak milik Kerajaan Negeri Sarawak, PETRAS sudah membayangkan mereka sudah kurang yakin dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia. Ini berkemungkinan tanda-tanda awal mereka sudah tidak mahu bernaung di bawah Kerajaan Persekutuan Malaysia nanti. 


Tindakan Kerajaan Barisan Nasional yang sebelum ini membuat Sarawak dan Sabah seperti anak emas mereka kini membawa padah apabila akibat terlampau dimanjakan mereka pun sudah mula angkuh dan tamak sehinggakan mereka sanggup membelakangkan Kerajaan Persekutuan dan cuba membawa masuk campur tangan asing dengan menggunakan khidmat guaman daripada United Kingdom. 

Berbalik kita kepada Malaysia sudah selamat, betul ke bohong? Penulis tidak mahu menyatakan samaada ianya betul ataupun pun bohong ia terpulang kepada pembaca, cuma apa yang penulis hendak katakan di sini ialah tindakan 'kurang cerdik' kerajaan Pimpinan Najib Razak melepaskan tambatan nilai ringgit akhirnya telah membawa padah, kini kedudukan nilai ringgit sudah tidak begitu kukuh malah boleh dikatakan jatuh teruk, memang pada awalnya nilai matawang kita mencanak naik namun kini ia sudah menjunam kerana tindakan melepaskan tambatan nilai ringgit itu membuatkan spekulator matawang berminat untuk memanipulasi kedudukan mata wang negara kita.

Bagaimana kita boleh mengatakan kedudukan ekonomi kita semakin mengukuh sedangkan kedudukan mata wang kita sendiri terjunam. Sifirnya mudah, kalau kita kekurangan wang mana mungkin kita mampu menjana ekonomi negara kita menjadi lebih kukuh kerana Ekonomi dan wang adalah perkara yang saling berkaitan dan saling memerlukan. 

Peningkatan kes-kes jenayah sejak akhir-akhir ini juga telah menunjukkan Malaysia sudah semakin tidak selamat, macamana kita nak kata negara kita sudah pun selamat sedangkan kes jenayah terus bertambah. Saban hari, ada sahaja kes jenayah yang dilaporkan jadi fikir-fikirkanlah adakah Malaysia sudah selamat, betul ke bohong.

Malaysia Agreement 1963 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin