Bilangan Pengunjung:

Wednesday, July 5, 2017

Kelonggaran Syarat Pekerja Kontrak UD41 Kementerian Kesihatan Malaysia Tidak Wajar

Kelonggaran Syarat Pekerja Kontrak UD41 Kementerian Kesihatan Malaysia Tidak Wajar
Oleh: yieMEGA

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia beberapa hari lalu telah membuat pengumuman mengenai kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM yang bakal diberikan kepada graduan perubatan untuk dilantik secara kontrak sebagai Pegawai Perubatan Gred UD41. Perkara ini telah mendapat bantahan banyak pihak termasuk Perkasa seperti mana yang dikatakan oleh Presiden Perkasa. 

Kelonggaran syarat ini penulis pun sependapat dengan mereka, apa perlu kita melonggarkan syarat sedangkan syarat tersebut sudah bersesuaian dengan perlembagaan negara kita jadi tak ada apa syarat yang perlu diubah lagi. 

Penulis tidak faham kenapa Kementerian Kesihatan mahu melonggarkan syarat sedemikian, adakah disebabkan ramai graduan perubatan yang tidak lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM ke apa sebabnya. Setahu penulis salah satu syarat untuk mengambil jurusan perubatan di mana-mana institusi pengajian tinggi memerlekukan seseorang calon itu lulus Bahasa Melayu. Tak tahulah pula penulis kalau ada sesiapa yang tidak lulus Bahasa Melayu yang dapat mengambil jurusan perubatan. Kalau ada pun mungkin yang guna 'orang dalam'. 

Bercakap mengenai "Orang Dalam" ini, adakah kelonggaran ini dapat membantu sesiapa sahaja yang mempunyai orang dalam untuk mendapatkan pekerjaan sebagai Pegawai Perubatan walaupun secara kontrak. Kalau ini yang terjadi bermakna ia tidak memberi sebarang keuntungan kepada negara malah ia akan memberikan kerugian kepada negara memandangkan kita mengambil orang yang tidak berkelayakkan untuk bekerja dan kita ambil mereka atas dasar mereka ada "Orang Dalam". Perkara seperti ini hendaklah dielakkan demi kebaikkan negara kita. 


Mungkin juga kerajaan mengambil pendekatan ini untuk memberi peluang sama rata kepada bangsa-bangsa yang ada di negara kita atas semangat 1Malaysia, dengan kelonggaran ini bolehlah bangsa-bangsa lain selain Melayu mendapat kerja sebagai Pegawai Perubatan Kontrak. Kalau ini memang penulis bersetuju dengan dasar kesamarataan atas semangat 1Malaysia. Namun, penulis tidak bersetuju dengan cara melonggarkan syarat lulus Bahasa Melayu tersebut kerana bagi penulis ianya seolah-olah berlaku cubaan untuk meminggirkan bahasa kebangsaan kita. 

Akhir kalam, penulis menentang sekeras-kerasnya kelonggaran syarat yang bakal dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan kerana penulis melihat tindakan ini boleh diumpamakan sebagai langkah berundur ke belakang dan ianya sedikitpun tidak mendatangkan keuntungan kepada negara kita.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin