Kes Tetak Menjadi-jadi Apa Penyelesaianya?
Oleh: yieMEGA
DEWASA ini negara kita dilanda satu permasaalan baru dari sudut jenayah, sejak akhir-akhir kini kes tetak sudah menjadi-jadi ni negara kita. Terbaru satu kes melibatkan seorang remaja yang dijumpai mati dipercayai akibat ditetak di Kampong Pengkalan Nyireh Besut, Terengganu. Sebenarnya ini bukan satu-satunya kes tetak yang berlaku tetapi sebelum ini dilaporkan sudah banyak kali berlaku cuma berlainan tempat dan berlainan waktu sahaja.
Penulis tidak mahu membicangkan tentang kes tetak terbaru itu, penulis lebih suka untuk mengajak pembaca-pembaca setia blog ini sama-samalah kita menyumbang idea dalam membantu pihak berkuasa agar di masa-masa yang akan datang tidak berlaku lagi kes tetak yang penuh kezaliman ini. Penulis percaya sudah ramai pembaca mengetahui bahawa kes terbaru yang melibatkan insiden tetak menetak ini telah mengakibatkan kematian oleh itu kita sudah tidak mahu banyak lagi nyawa melayang akibat daripada insiden tetak menetak ini.
Pada pandangan anda semua bagaimana kita boleh membantu mengurangkan kes tetak ini agar ianya tidak terus berlaku lagi. Kita tidak mahu rakyat negara kita terus terkorban kerana insiden tetak menetak ini. Pihak berkuasa perlulah sesuatu agar kes seumpama ini tidak terus berulang setidak-tidaknya kalau tak dapat dihapuskan pun tak apa asalkan kita berjaya mengurangkan kes-kes seumpama ini.
Pada pandangan penulis, di dalam usaha-usaha kita untuk menyelesaikan permasaalahn ini kita hendaklah mengenalpasti apakah punca sebenar yang menjurus kepada manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang termasuklah menetak orang hingga mengakibatkan kematian. Tidakkah zalim bunyinya ini?
Ada yang mendakwa bahawa insiden seperti ini berlaku akibat daripada keenganan seseorang membayar hutang sehinggakan mendatangkan kemarahan si pemiutang akibatnya pemiutang mengambil tindakan melulu dengan menetak penghutang. Dakwaan ini mungkin ada kebenaranya namun kita patut tanya hutang apa? Adakah hutang duit semata-mata ataupun hutang bisnes haram. Jarang sangat berlaku insiden seumpama ini sekiranya disebabkan hutang duit semata-mata, lazimnya kebanyakkan kes yang berlaku melibatkan bisnes haram seperti pengedaran dadah.
Kenapa penulis berpandangan sedemikian? Jawapanya mudah ada sesetengah sindiket pengedaran dadah membenarkan pengedar di bawah naungan mereka mengambil stok-stok dadah secara kredit di mana mereka hanya perlu bayar selepas stok habis dijual atau lebih dikenali dengan 'modal angin' ada kemungkinan pengedar akan tidak membayar kredit diberikan kepada mereka kerana mungkin gagal dalam mengurus dan merancang kewangan mereka terutamanya pengedar yang dilantik itu juga turut terlibat di dalam penyalahgunaan dadah,
Penulis ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya mempergiatkan usaha-usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah ini dengan lebih aktif. Dalam masa sama, usaha-usaha memburu mereka-mereka yang terlibat di dalam sindiket pengedaran dadah ini, dan janganlah hanya mengheret anak-anak bilis ke muka pengadilan, adalah lebih bagus jerung-jerung besar turut diheret ke muka pengadilan dengan hukuman yang lebih keras.
Akhir kalam, tidak keterlaluan jika penulis mengatakan insiden tetak menetak ini sebenarnya berpunca daripada dadah. Oleh yang demikian, usaha-usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah adalah langkah terbaik yang mungkin membantu mengurangkan kes tetak-menetak ini.
No comments:
Post a Comment