Bilangan Pengunjung:

Friday, June 23, 2017

Di Penghujung Ramadhan

Di Penghujung Ramadhan
Oleh: yieMEGA

"Demi masa sesungguhnya manusia kerugian" begitulah kita hari ini begitu pantas masa berlalu sedar tak sedar kita sudahpun berada di penghujung Ramadhan. Jika anda melepaskan peluang mengandakkan ibadat di dalam bulan yang penuh keberkatan ini ternyata anda sememangnya sudah tergolong di kalangan orang yang rugi. 

Kita belum tahu adakah kita sempat untuk menghadapi Ramadhan yang akan datang jadi sia-sialah Ramadhan kali ini sekiranya kita tidak mampu untuk mengandakan ibadah kita. Kita tidak tahu adakah umur kita panjang dan sempat untuk merasai dan beribadah di Ramadhan yang akan datang. oleh yang demikian buatlah yang terbaik untuk Ramadhan kali ini dan kalau boleh buat umpama ianya adalah Ramadhan yang terakhir bagi anda. Janganlah kita menjadi antara manusia yang rugi kerana mensiasiakan masa Ramadhan yang diberi kepada kita pada hari ini.

Jika Ramadhan kali ini anda ditimpa kesusahan, jangan bimbang kerana setiap kesusahan itu ada kesenanganya. Banyak-banyakanlah berdoa ke hadrat Allah tuhan seru sekian alam dan In Shaa Allah doa anda akan dimakbulkan oleh Allah kerana Allah itu Maha Penyanyang. 

Kalau anda terjumpa dengan mereka-mereka yang berada di dalam kesusahan, jangan segan silu untuk membantu mereka. Kalaupun pertolongan anda tidak akan dibalas oleh mereka ia tetap dibalas pahala oleh Allah tuhan seru sekian alam. 



Setelah beberapa masa berlalu pergi, kini kita cuma hanya ada beberapa hari Ramadhan kali ini akan meninggalkan kita dan ini bermakna kita akan menyambut hari kemenangan kita dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Hari kemenangan yang dimaksukan ialah Hari Raya Aidilfitri hari di mana manusia kembali kepada fitrah.

Dalam keghairahan dan kemeriahan kita menyambut Aidilfitri kali ini jangan lupa pada yang tiada, jika ada kemampuan dari segi wang ringgit bantulah mereka kerana di dalam rezeki kita ada rezeki yang menjadi hak mereka. Bersama-samalah kita membatu mereka agar mereka turut gembira menyambut hari kemenangan ini. 

Akhir kalam, oleh kerana kita akan menyambut Aidilfitri tak lama lagi penulis selitkan video iklan raya Aidilfitri Petronas untuk tontonan pembaca sekalian. Seperti mana-mana iklan raya iklan ini juga mempunyai mesejnya yang sendiri, jadi cuba fahami dan dalami apakah mesej yang cuba disampaikan oleh iklan ini.


No comments:

Blog Widget by LinkWithin