Kerajaan Digesa Haramkan CTOS
Oleh: yiemega
NEGARA kita mempunyai dua jenis rujukan kredit yang biasa digunakan oleh syarikat kewangan tempatan pertama sekali di bawah Bank Negara Malaysia kita ada Sistem Rujukan Kredit Pusat atau ringkasnya CCRIS. Manakala satu lagi kelolaan swasta yang lebih dikenali dengan nama CTOS. Setuju atau tidak penulis berpendapat negara kita sepatutnya cukup dengan satu tempat untuk rujukan kredit, buat apa membenarkan pihak swasta membuat perkhidmatan rujukan kredit kerana bagi penulis swasta sebenarnya lebih berorientasi keuntungan semata-mata.
Oleh: yiemega
Kerajaan perlu mengambil langkah tegas dengan mengharamkan CTOS, kerana dikhuatiri kewujudan CTOS ini lebih diibaratkan umpama menanguk di air yang keruh yang mengambil kesempatan di atas masaalah orang. Sedangkan matlamat mereka hanyalah untuk mengaut untung semata-mata.
Daripada pengalaman penulis sistem rujukan kredit yang dikelolakan oleh CTOS tidak begitu efisien. Kenapa penulis berkata sistem rujukan kredit CTOS tidak efisien? Jawapanya mudah rekod-rekod yang ada di dalam CTOS lambat dikemaskini ada tu yang jelas hampir masih setahun masih ada di dalam rekod mereka, tidak seperti sistem rujukan kelolaan Bank Negara Malaysia yakni CCRIS yang lebih kedepan di dalam mengemaskini rekod mereka.
Kelambatan pihak CTOS mengemaskini data rekod rujukan kredit mereka sudah tentu menyusahkan orang ramai, kenapa tidaknya sepatutnya mereka sudah rekod bersih, tetapi di dalam senarai CTOS masih ada penyenaraian di dalam data CTOS akibatnya jika orang itu membuat permohonan pinjaman tetapi permohonan mereka sudah tentu akan ditolak kerana mereka mempunyai rekod di dalam CTOS sedangkan sepatutnya rekod mereka sudah lama bersih.
CTOS dilihat juga cuba mengaut keuntungan besar apabila menjual laporan kredit mereka dengan harga yang tinggi kepada orang yang nak membeli laporan termasuklah tuan punya laporan itu sendiri. Ini jelas sekali sememangnya CTOS lebih mementingkan keuntungan.
Dalam pada itu, penulis ingin mengesa syarikat-syarikat kewangan tempatan supaya menghentikan mengambil rujukan kredit daripada CTOS kerana negara kita sudah ada sistem rujukan kredit yang sah dan tidak boleh dipertikai lagi dari segi kredibilitinya jadi buat apa lagi kita nak melangkah ke belakang menggunakan sistem rujukan kredit yang tidak dikemaskini secara rapi.
Akhirkalam, penulis ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya mengharamkan terus penggunaan CTOS oleh syarikat-syarikat kewangan negara agar rakyat tidak terus teraniaya dengan syarikat yang lebih mementingkan keuntungan semata-mata padahal perkhidmatan mereka masih di takuk lama. Demi rakyat kerajaan haruslah mengharamkan CTOS dengan seberapa segera.
No comments:
Post a Comment