Bilangan Pengunjung:

Friday, June 16, 2017

Segala-Galanya Allah Yang Punya

Segala-Galanya Allah Yang Punya
Oleh: yieMEGA

"Ini harta Ahmad Albab Yang Punya" mungkin anda masih ingat lagi dialog ini bukan, dialog dalam filem Ahmad Albab yang dibintangi oleh seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Sudah tentu dialog tersebut diingati sampai sekarang. Namun, ianya hanyalah sebuah lakonan untuk menghiburkan kita semata-mata.

Apa yang penulis nak sampaikan di sini ialah "Ini harta bukan Ahmad Albab yang punya dan bukan juga punya sesiapa tetapi ianya Allah yang punya. Sekiranya kita hari seorang yang berada dan kaya raya, jangan lupa ianya bukan milik mutlak anda ianya milik Allah bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik balik kekayaan anda. Janganlah berbangga dengan kekayaan anda. Jangan jadi seorang kedekut gunakanlah harta anda di jalan Allah dan jangan lupa kepada fakir miskin kerana mereka turut berhak mendapat nikmat daripada kekayaan anda. Ingatlah sekiranya kita membantu fakir-miskin harta kekayaan kita tidak berkurang malah terus bertambah sekiranya terus mengamalkan sedekah dan jangan lupa zakat kerana zakat itu akan menyucikan harta kita.

Ada yang berbangga dengan pangkat mereka, jangan angkuh dan sombong kerana pangkat mereka itu tidak ke mana kerana pangkat itu pun Allah yang punya. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik daripada anda. Jika anda mempunyai pangkat dengan kedudukan yang tinggi laksanakan dengan penuh amanah dan bertangunggjawab. Sekiranya anda Perdana Menteri sekalipun pastikan orang bawahan anda senang bekerja dengan anda, jadilah fasilitator bukan seorang yang diktator dan belajarlah mendengar kritikan atau pandangan orang bawah kerana tanpa orang bawah kita tak akan dapat pangkat atau kedudukan seumpama hari ini. Belajarlah menjadi seorang ketua yang amanah, adil dan saksama dan ingatlah "Everything go up must be come down" maksudnya apa-apa sahaja yang naik ke atas pasti akan turun ke bawah. Jadi jangan berbangga dengan pangkat dan kedudukan anda kerana ianya sementara dan berkekalan ia cuma dipinjam dari Allah s.w.t tuhan seru sekian alam.

Populariti juga menjadi kebanggaan setiap artis-artis. Mereka berbangga dengan populariti mereka hingga mereka lupa bahawa populariti mereka bukanlah untuk selamanya dan juga bukan milik mereka tetapi ianya milik Allah. Bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik populariti yang ada pada mereka. Jadi kepada artis-artis di luar sana janganlah kamu berbangga dengan populariti kamu kerana ianya sementara dan tidak berkekalan. Jika Allah memberikan anda populariti gunakanlah ia sebaiknya dengan memberi contoh teladan yang baik terhadap penonton-penonton atau peminat setia anda. Jadilah seorang Idola yang berpewatakkan positif dan hindarilah perkara-perkara negatif.


Jika anda seorang yang pintar, jangan lupa bahawa kepintaran itu bukan anda yang punya tetapi Allah yang punya. Allah tuhan seru sekian alam kurniakan kita kepintaran untuk kita berbakti ke jalan Allah, oleh itu jangan berbangga dengan kepintaran kamu kerana ianya juga sementara bila-bila masa sahaja Allah boleh kepintaran kamu itu. Fikir-fikirkanlah berapa orang genius di negara kita akhirnya menemui kegagalan jadi jangan angkuh dengan kepintaran kamu. Gunakanlah kepintaran kamu untuk perkara-perkara yang positif janganlah yang negatif.

Jika umur anda panjang, jangan berbangga denganya kerana ia adalah anugerah Allah bila-bila masa sahaja Allah tuhan seru sekian alam boleh memerintahkan Izrail untuk mencaput nyawa anda bila-bila masa sahaja, ingat lagi dengan bait-bait lagu ni "Bila izrail datang memanggil...jasad terkujur di pembaringan" jadi sekiranya umur anda panjang sekalipun jangan lalai dan alpa gunakanlah sisa-sisa hidup anda ke jalan Allah. 

Akhir kalam, kita hidup di dunia hanyalah satu pinjaman, apa yang kita ada semuanya pinjaman, Allah menanti pembayaran kita sewaktu di akhirat kelak. Jangan berbangga dengan apa yang kita ada kerana ianya satu pinjaman yang diberikan Allah tuhan seru sekian alam untuk menguji kita sejauh mana cinta kita kepadaNya. Fikir-fikirkanlah demi kebaikan semua. Penulis pun bukan seorang yang maksum tetapi apa yang penulis lakukan ini adalah berdasarkan tuntutan "Berpesan-pesanlah di antara kamu ke arah kebaikkan.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin