Bilangan Pengunjung:

Thursday, June 1, 2017

Kalau Tak Sabar Baik Tak Payah Puasa

Kalau Tak Sabar Baik Tak Payah Puasa
Oleh: yieMEGA

HARI ini merupakan 6 Ramadhan menandakah bahawa sudah masuk hari keenam umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-mubarak ini. Penulis percaya pada masa ini pengunjung-pengunjung rumah Allah untuk menunaikan Solat Sunat Terawikh masih ramai. Diharap bilangan itu terus kekal hingga penghujung bulan yang penuh keberkatan ini. 

Hari ini penulis ingin berkongsi sedikit cerita mengenai pengalaman penulis beberapa hari yang lalu, perkara ini sememangnya berlaku di dalam bulan seribu makna ini iaitu pada waktu siang hari, di mana semua umat Islam berpuasa. Sebenarnya puasa sepatutnya mendidik kita untuk bersabar tetapi berdasarkan pengalaman penulis lalui ini ternyata ada juga hamba Allah yang sukar bersabar walhal dia sebenarnya berpuasa.

Kisahnya bermula begini, baru-baru ini penulis ke bandar untuk mengeluarkan wang untuk perbelanjaan penulis di sebuah bank yang penulis rasa tidak disebutkan nama bank tersebut. Hendak dijadikan cerita, sewaktu penulis ke bank tersebut kebetulan pula petugas-petugas bank sedang membuat kerja-kerja servis mesin pengeluaran wang automatik dan juga mesin deposit wang. Penulis bersabar menunggu hingga kerja-kerja mereka selesai. 

Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya tugas-tugas petugas bank tersebut selesai dan Pengawal Keselamatan bank tersebut mula membuka kunci pintu untuk masuk ke bahagian mesin-mesin tersebut. Penulis pun masuk untuk mengeluarkan wang, setelah selesai belumpun sempat penulis keluar daripada ruangan tersebut terjadilah satu peristiwa yang penulis rasakan tidak patut berlaku di bulan Ramadhan Al-mubarak ini. 


Hendak dijadikan cerita, ada seorang hamba Allah itu ingin mengeluarkan wangnya daripada ATM namun gagal kerana tiba-tiba mesin pengeluaran wang itu "Out Of Services", oleh kerana tidak mampu bersabar mungkin terlalu marah dengan mesin tersebut hamba Allah itu bertindak dengan memukul mesin tersebut dengan kuat sekali dengan menggunakan tanganya. Setelah beberapa kali memukul mesin tersebut dia terus meluru untuk mendapatkan petugas bank sambil marah-marah kepada petugas bank tersebut. Dengan nada yang tinggi kendengaran suara hamba Allah itu memarahi petugas bank tersebut dengan berkata "Tadi kan sudah servis kenapa out of services balik, kau ni pandai buat kerja ke tak ni, bodoh betul lah". 

Kata-kata hamba Allah itu telah membuatkan penulis merasa tidak senang, ikutkan hati nak saje pergi beli air ke makanan ke untuk diberi kepada hamba Allah itu, Ya Lah tak ada gunanya berpuasa kalau diri kita tak mampu bersabar sedangkan sabar itu kan separuh daripada iman. Tak sampai hati pula penulis nak berbuat demikian, apa yang penulis buat sebelum keluar daripada pintu ruangan tersebut penulis melepaskan kata-kata yang berbunyi begini "Sesungguhnya aku berpuasa pada hari ini", mendengar kata-kata penulis itu membuatkan hamba Allah itu terdiam mungkin berfikir dengan tindakanya yang kurang sabar itu. 

Harap kejadian itu dijadikan iktibar oleh kita semua, cubalah jadi orang yang sabar tambahan pula di bulan yang penuh keberkatan ini, ingatlah tak ada gunanya kita berpuasa sekiranya kita mampu bersabar kerana puasa itu sendiri mendidik kita untuk bersabar.

Akhirkalam, artikel ini bukanlah bertujuan untuk menghina sesiapa sebaliknya ia bertujuan untuk kebaikkan, tidak bermakna penulis seorang yang lebih baik daripada seseorang itu, apa yang penulis lakukan ini adalah sebagai salah satu tanggungjawab penulis untuk berpesan-pesanlah antara kamu ke arah kebaikkan.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin