Bilangan Pengunjung:

Sunday, May 28, 2017

Marhabban Ya Ramadhan 1438

Marhabban Ya Ramadhan 1438
Oleh : yieMEGA

ALHAMDULILLAH hari ini kita telah berjaya melalui hari pertama Ramadhan dengan jayanya hendaknya. Sebelum penulis terlupa ingin terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf di atas sudah lama penulis tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukkan dengan tugas-tugas rasmi penulis. 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini penulis berkesempatan untuk mengemaskini blog milik penulis ini selepas hari pertama Ramadhan sudah berlalu. Penulis percaya di bulan Ramadhan ini masing-masing belumba-lumba untuk mengejar dan melipatkan gandakan ibadah. Alhamdulillah kepada pembaca yang begitu kuat beribadah di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak ini, penulis akan menghentikan penulisan di dalam bentuk artikel-artikel berkaitan politik dan penulis gantikanya dengan artikel-artikel yang lebih menjurus kepada nasihat menasihati sesama kita demi memelihara kesucian bulan Ramadhan Al Mubarak ini.

Penulis berharap pembaca setia blog ini yang berada di luar sana dapat mengharungi bulan yang penuh keberkartan ini dengan jayanya kalau boleh dengan markah yang penuh, namun jika tidak setidak-tidaknya hampir-hampir markah penuh.


Kepada kanak-kanak di luar sana yang baru belajar untuk berpuasa, bersabarlah dan kuatkan semangat agar dapat kita menghabiskan bulan ini dengan penuh keberkatan dan kalau boleh dan mampu cukupkanlah sebulan berpuasa. 

Bagi mereka-mereka yang sudah dewasa tetapi tidak puasa, ingatlah bahawa kita bukan hidup untuk selama-selamanya, kiamat semakin hari semakin hampir sudah cukupkan bekalan amal ibadat kita untuk menghadapi Yang Maha Esa di hari muka kelak? Pilihan ada di tangan anda, penulis tidak mampu untuk mengubah anda tetapi andalah yang mampu mengubah diri anda sendiri. 

Belajarlah untuk cuba berpuasa dan mengandakan amal ibadat kita semoga kesucian bulan yang penuh keberkatan ini dapat memberi hidayah yang amat berguna kepada anda, ingatlah berpuasa ini dapat kita merasakan kehidupan orang-orang yang susah, oleh yang demikian hargailah kehidupan anda sekarang dan bersyukurlah dengan apa yang anda ada sekarang.

Akhir kalam, marilah bersama-sama kita jadikan Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang telah lalu, moga Islam terus maju dan Agung di Seluruh Dunia. Berusahalah mengandakkan ibadat sempena bulan yang penuh keberkatan ini. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin