MEMBEBASKAN MALAYSIA DARI CENGKAMAN BARISAN NAJIB
Oleh: yieMEGA
SUDAH agak lama juga penulis tidak mengemaskini blog ini kerana terlalu sibuk dengan tugasan harian penulis dan juga sepanjang penulis tidak mengemaskini blog ini penulis memilih untuk hanya menjadi pemerhati kepada arena politik tanah air kita buat sementara. Kini, penulis merasakan sudah tiba masanya untuk penulis bergiat aktif kembali di dalam arena penulis blog politik ini.
Terlebih dahulu penulis ingin ucapkan terima kasih kepada pembaca setia blog ini yang masih setia menjadi pembaca blog ini walaupun blog ini sudah lama tidak dikemaskini. "Membebaskan Malaysia Dari Cengkaman Barisan Najib menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini. Umum mengetahui pada masa ini Malaysia dikuasai oleh Barisan Najib di mana Najib adalah seorang Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO yang berkuasa.
Sudah bermacam-macam isu timbul sejak pemerintahan Najib Razak. Namun, dia masih dibela oleh pembodek-pembodek yang setia kerana 'dedak'. Inilah realiti kita perlu akui sekarang ini di dalam Barisan Najib, pembesar-pembesarnya dipenuhi dengan pemakan dedak. Oleh yang demikian, selagi mereka dapat dedak yang cukup sepertimana lembu yang dipelihara pengembalanya dia tidak akan ingkar atau melawan kehendak tuanya.
Maaf cakap jika terus kita membiarkan pembesar pemakan dedak terus berkuasa ia dikuatiri akan mengakibatkan kerugian yang amat besar kepada negara kita yang tercinta ini. Jadi, mulai sekarang kita perlu memastikan bahawa pembesar-pembesar pemakan dedak ini hendaklah di singkirkan segera, jika tidak mahu duit milik rakyat dihabiskan begitu sahaja.
Bagaimanakah caranya untuk kita menyingkirkan pembesar pemakan dedak ini? dan bagaimanakah pula cara untuk kita membebaskan Malaysia daripada cengkaman Barisan Najib? Pertama sekali, kita perlu aturkan strategi untuk membebaskan Malaysia daripada cengkaman Barisan Najib dan juga pembesar pemakan dedak.
Apa yang perlu kita buat ialah bersatu di dalam membebaskan Malaysia dari cengkaman Barisan Najib. Tiada pilihan lain yang kita ada, Kerajaan Barisan Najib hanya boleh ditumbangkan di dalam PRU akan datang, tetapi mampukah kita menumbangkan Kerajaan Barisan Najib? Jawapanya amat mudah selagi kita semua tidak bersatu, wujud dua blok parti pembangkang maknanya kita sukar untuk menang. Pendek kata tiada cara lain yang boleh digunakan pastikan kita tidak terbahagi kepada dua blok, tetapi kita perlu bersatu dalam satu blok sahaja.
Demi masa depan, anak cucu kita ayuhlah kita bertindak merapatkan saf dan bersama-samalah kita membebaskan Malaysia daripada cengkaman Barisan Najib dan pembesar pemakan dedak yang menjadi koncu-koncu najib razak. Kalau kita tetap dengan ego kita dan tidak mahu bersatu selama-lamanya Barisan Najib akan terus berkuasa, jadi pilihan ada di tangan anda, Terpulanglah kepada anda. Jadi fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment