Bilangan Pengunjung:

Friday, December 8, 2017

Perhimpunan Agung UMNO atau Perhimpunan Agung Pengampu?

Perhimpunan Agung UMNO atau Perhimpunan Agung Pengampu?
Oleh: yieMEGA

Perhimpunan Agung UMNO telahpun berlangsung bermula 5 Disember yang lalu dan dijangka berakhir pada 6 Disember. Acara tahunan sebuah parti yang berfahaman nasionalis dan kononya menjalankan pemerintahan negara berdasarkan Maqasid Syariah. Itulah yang dikatakan oleh Yang Amat Berkuasa Tuan Presiden Pahlawan Bugis Najib Anak Lelaki Tun Razak. 

Beberapa perbahasan yang dapat diikuti oleh penulis melihatkan betapa bersemangatnya para perwakilan di dalam melontarkan hujah-hujah mereka walaupun perbahasan mereka nampaknya senada dan membuktikan kebanyakkan perwakilan adalah 'Pengampu Tegar' Yang Amat Berkuasa Tuan Presiden Pahlawan Bugis. Mungkin mereka sudah selesa dengan 'dedak' Najib.

Kalau kita selalu beri 'dedak' kepada ayam-ayam kita apabila ayam sudah tersebut telah selesa dengan 'dedak' ayam itu berkemungkinan besar sudah tidak berapa selera dengan sisa makanan manusia lagi jadi kita sebagai tuanya yang selalu memberi 'dedak' akhirnya terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk membeli dedak bagi memastikan ayam kita berselera untuk makan agar berat mereka terus meningkat. Sama seperti 'pemakan dedak' di dalam UMNO ini untuk memastikan mereka terus berselera dengan UMNO kita hendaklah terus memberi 'dedak' walaupun perbelanjaan agak besar kita boleh cari sumber kewangan untuk terus memberi dedak kepada mereka. Namun, yang menjadi persoalan dari manakah sumber kewangan tersebut diperoleh? Adakah daripada 2.6B yang katanya diderma oleh Raja Arab dan kononnya sudah dipulangkan kembali kepada Raja tersebut, ataupun hasil kutipan GST atau cukai-cukai lain dengan kata lain menggunakan duit rakyat untuk memberi dedak kepada spesies pemakan dedak yang semakin ramai di dalam UMNO, di mana ianya diketuai oleh Presiden Diktator Yang Amat Berkuasa Tuan Presiden Pahlawan Bugis Najib Anak Lelaki Tun Razak. Siapa sahaja berada di dalam UMNO yang mengkritik Yang Amat Berkuasa Tuan Presiden Pahlawan Bugis Najib Anak Lelaki Tun Razak akan menerima 'balasan' yang kononya setimpal dengan perbuatan itu. Sememangnya demokrasi sudah mati di dalam UMNO.


Benarkan UMNO Membela Umat Melayu?

Jika dulu ya memang UMNO membela Umat Melayu tetapi sekarang tidak lagi, mereka hanyalah lebih kepada membela Yang Amat Berkuasa Tuan Presiden Pahlawan Bugis Najib Anak Lelaki Tun Razak. Tiada satu pun kita lihat tindakan UMNO yang membela Melayu cuma apa yang kita dapat lihat mereka berterusan membela Yang Amat Berkuasa Tuan Presiden Najib Anak Lelaki Tun Razak. Tak Kira apa lagi, Rakyat dikenakan GST ungkapan "We Love Najib" tetap kendengaran oleh para 'pengampu tegar' bagi mereka Yang Amat Berkuasa Tuan Presiden Pahlawan Bugis Najib Lelaki Tun Razak 'maksum; dan tidak pernah melakukan sebarang kesalahan.

Lihat sahaja apabila harga minyak naik, rakyat merungut dengan kos sara hidup mereka yang meningkat tapi para pengampu tegar tetap dengan "Kami Sayang Najib" pendek kata kalau ditakdirkan Yang Amat Berkuasa Tuan Presiden Pahlawan Bugis Najib Anak Lelaki Tun Razak mengarahkan rakyat untuk terjun ke lubang najis, para pengampu tegar tetap dengan "We love Najib". 

Kesimpulanya UMNO tidak lagi membela Melayu, usah tertipu dengan dakyah sonsang mereka. Mereka telah mempergunakan isu bangsa kita dan cuba menakut-nakutkan kita yang kononya hanya mereka sahaja yang mampu membela Melayu. Betulke mereka nak membela Melayu? Buat apa nak bela Melayu kalau Yang Amat Berkuasa Tuan Presiden Pahlawan Bugis sendiri bukan Melayu, dia sendiri dia adalah Pahlawan Bugis bermakna ia bukanya Melayu. 

Cuba tanya pada diri apa yang UMNO zaman kepimpinan Pahlawan Bugis Najib Anak Lelaki Tun Razak yang telah buat untuk membela Melayu? Tiada bukan? Tapi faktanya UMNO sekarang lebih kepada banyak menyusahkan Umat Melayu daripada membela umat Melayu. Wahai ahli-ahli UMNO usah tertipu lagi kerana anda sudah dipergunakan dengan memanipulasi kononya UMNO ingin membela Melayu. Sudah-sudahlah menipu rakyat, UMNO sekarang sudah tidak seperti dulu lagi. Lubang Kubur sudah digali, tunggu masa untuk kita kuburkan UMNO ini.

Najib atau Tun Mahathir yang mudah lupa?

Siang tadi Yang Amat Berkuasa Tuan Presiden Pahlawan Bugis telah membuat dakwaan bahawa Tun Dr. Mahathir adalah Melayu Mudah Lupa. Benarkah Ayahnda Tun Mahathir Melayu Mudah Lupa? Sebenarnya satu fakta yang tidak dapat dinafikan semua Melayu mudah lupa termasuklah Yang Amat Berkuasa Tuan Presiden Pahlawan Bugis Najib Anak Lelaki Tun Razak itu sendiri pun Melayu mudah lupa. Ya lah dia lupa kalau tak kerana Tun Dr. Mahathir dahulu beliau sekarang sudah masih bergelar Timbalan Perdana Menteri ataupun Timbalan Presiden, usaha-usaha Tun Dr. Mahathir yang membuat desakkan demi desakkan agar Tun Abdullah melepaskan jawatan telah membuahkan hasil sehinggakan kini beliau bergelar Perdana Menteri atau Yang Amat Berkuasa Tuan Presiden Pahlawan Bugis. Inilah yang dikatakan 'kacang lupakan kulit' ataupun dia sendiri sudah sedar bahawa Tun Dr. Mahathir sudah tidak berguna untuknya boleh iibaratkan habis madu sepah dibuang.

Sudahlah kacang lupakan kulit, beliau juga bersikap 'kurang ajar' dengan orang tua seperti Ayahnda Tun Mahathir. Mungkin Allahyarham Tun Razak dahulu yang mendidik beliau menjadi 'kurang ajar' dengan orang tua. Mana taknya dalam mengkritik Tun Mahathir dia boleh menggunakan perkataan "Kepala Bapak Dia" Adakah kita selaku rakyat Malaysia berbangga dengan Perdana Menteri Kurang Ajar? Adakah ahli UMNO berbangga dengan adanya Presiden UMNO yang kurang ajar seperti Yang Amat Berkuasa Tuan Presiden Pahlawan Bugis Najib Anak Lelaki Tun Razak. Berbanggalah dengan pemimpin yang kurang ajar seperti ini.

Najib Menentang Sekeras-kerasnya usaha-usaha jadikan Baitulmaqdis Ibu Kota Israel

Yang Amat Berkuasa Tuan Presiden Pahlawan Bugis Najib Anak Lelaki Tun Razak telah dengan bersemangat dan lantang menentang usaha-usaha untuk jadikan Baitumaqdis sebagai ibu kota Israel sampai bila-bila [boleh rujuk laporan ini]. Sebelum ini Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah membuat pengumuman bahawa Amerika mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel. [boleh rujuk laporan ini]. 

Baguslah kalau itu yang dikatakan oleh Yang Amat Berkuasa Tuan Presiden Pahlawan Bugis tapi rakyat tak lupa apa yang Yang Amat Berkuasa Tuan Presiden sebelum ini sewaktu membuat lawatan ke negara Uncle Sam itu tak berapa lama dahulu. Bukankah Malaysia nak membantu membangunkan infrakstruktur Amerika sebelum ini. Sekarang negara yang beliau nak bantu itulah yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel. Teringat penulis dengan dialog di dalam sebuah filem Melayu dulu-dulu 'dah kena dah, penyamun jumpa penyangak' inilah jadinya bila 'kera di hutan disusukan tetapi anak di rumah mati kelaparan. 

Kesimpulanya Perhimpunan Agung UMNO kali ini ialah Perhimpunan Agung Pengampu dan bukanya Perhimpunan Agung UMNO, kerana kebanyakan perwakilan terus menjadi pengampu tegar dan ungkapan "We love Najib tetap menjadi pujaan".

No comments:

Blog Widget by LinkWithin