Bilangan Pengunjung:

Thursday, April 7, 2016

Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN Sarawak)



PILIHAN raya negeri Sarawak akan diadakan tidak lama lagi. Sudah tentu rakyat Sarawak sudah tidak sabar-sabar lagi untuk memangkah kertas undi PRN tersebut. Mungkin PRN tersebut akan dijadikan oleh Najib Razak sebagai medium untuk mengukur sokongan rakyat kepada beliau. Pendek kata sekiranya BN menang dengan majoriti 2/3 di Sarawak maknanya ia menandakan rakyat masih menerima pemerintahanya walaupun sebenarnya iklim politik Sarawak adalah berbeza dengan semenanjung. 


Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN Sarawak)
Oleh: yieMEGA


Pilihan sudah tentu ada pada tangan rakyat Sarawak untuk memilih parti mana yang dikatakan layak untuk menerajui Kerajaan Negeri Sarawak. Cuma tepuk dada tanya iman. Sekiranya Sarawak mahukan perubahan kepimpinan di peringkat Pusat mereka perlu berbuat sesuatu untuk memastikan Sarawak mendapat lebih daripada Kerajaan Persekutuan. Jangan mudah tertipu dengan janji-janji pembangunanan yang sebenarnya hanya menguntungkan kroni-kroni pemakan dedak tertentu. 

Rakyat Sarawak perlu ingat, Kewujudan GST yang dibuat oleh kerajaan yang dipilih mereka dahulu benar-benar menyusahkan mereka dan juga telah merosakkan ekonomi negara. Kuasa beli rakyat juga berkurangan sejak GST diperkenalkan. Jadi gunakan hak anda sebagai rakyat untuk membantah GST dengan meterjemahkanya dengan tidak mengundi BN dan memberikan undi kepada pembangkang mahupun dengan memboikot PRN tersebut.

Kepimpinan Najib Razak perlu ditukar segera, jadi bersesuaian dengan PRN Sarawak ini adalah masa yang sesuai bagi rakyat Sarawak menyampaikan mesej yang mereka menolak kepimpinan Najib Razak. Marilah kita bersama-sama menafikan majoriti 2/3 Kerajaan BN Sarawak dan biarkan Kerajaan BN Sarawak dibentuk hanya dengan majoriti mudah. Jangan terpedaya dengan dedak-dedak pilihan raya, ingat anda adalah rakyat yang tidak makan dedak, yang makan dedak ialah binatang seperti lembu, ayam dan itik. 


Rakyat Sarawak perlu membuat undi protes terhadap Najib Razak kerana secara tidak langsung ia akan membantu kita untuk mendesak Najib Razak supaya meletak jawatan kerana tiada apa yang dia lakukan sejak menjadi Perdana Menteri yang boleh membanggakan kita, malah di zaman beliau negara kita mengalami kemelesetan ekonomi.

Janganlah kita mudah terpengaruh dengan Pemberian BR1M yang tak seberapa itu, kata orang hanya lekat celah gigi sedangkan kita terpaksa keluarkan duit berganda-ganda kepada Kerajaan Najib Razak. Bayangkan setahun hanya dapat berapa BR1M sedangkan kita terpaksa membayar GST setiap hari. Adilkah buat kita, baguskah Kerajaan yang kita pilih akhirnya menyusahkan kita, membebankan kita. Kenapa Kerajaan Najib Razak perlu membebankan kita dengan GST? Ini yang tidak kena kita pilih dia untuk kesenangan kita tapi akhirnya memberi kesusahan kepada kita. Cemerlangkah PM seperti ini. 

Jangan kita dengar kata-kata pemakan dedak kerana selagi dia mendapat dedak selagi itulah dia mengikut arahan tuanya sepertimana lembu yang diberikan dedak oleh tuanya. Adakah kita sanggup jadi macam lembu yang hari-hari makan dedak? Jadi fikir-fikirkanlah demi kebaikan Sarawak dan juga Malaysia.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin