UMNO akan dikuburkan di Kubur yang Digali Oleh Najib Sendiri
Oleh: yieMEGA
lama juga penulis menyepi di dalam arena penulisan blog ini kerana sebelum ini penulis memilih untuk mendiamkan diri dan tak mahu mengulas panjang lebar mengenai perjalanan arena politik tanah air. Namun, setelah muak dan bosan dengan perangai Najib dan Menteri Proksinya serta orang-orang Besar UMNO yang juga proksi Najib.
Para-para Pak Menteri Najib semakin kurang ajar apabila mereka terus melancarkan serangan bertali arus kepada Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad dengan bahasa-bahasa yang agak keterlaluan, sepatutnya sebagai orang yang menjadi public figure tidak boleh bertindak kurang ajar sedemikian rupa kerana mereka sepaptutnya menjadi role model untuk pemimpin-pemimpin pelapis yang bakal mewarisi kepimpinan negara. Mereka sepatutnya mempamerkan contoh yang baik untuk pemimpin pelapis kita bukanya dengan beraksi seperti budak hingusan yang tengah berebut alat mainan sesama mereka.
Kalau mereka bertegas mahu mempertahankan kepimpinan Najib terserah kepada mereka. Namun, penulis teramat bersetuju dengan pandangan Ayahnda Tun Dr. Mahathir agar Najib berundur demi menyelamatkan UMNO. Susahkah sangat untuk Najib berundur, kenapa nak dipertahankan lagi jawatan itu sedangnkan sudah terang lagi bersuluh Najib sememangnya Perdana Menteri yang gagal dan sekaligus ia boleh diumpamakan sebagai 'biawak hidup' buat UMNO. Apa perlu kita pelihara biawak hidup seperti Najib sedangkan rakyat semakin tertekan dengan keadaan ekonomi semasa disebabkan kegagalan Najib sebagai PM.
Terpulanglah kepada mereka-mereka yang ingin teruskan mempertahankan Najib dan memelihara biawak hidup itu, nanti sekiranya PRU14 kelak menyaksikan UMNO tumbang jangan kata kami tak cakap pula. Cukuplah setialah bersama Najib nanti pada PRU14 biarlah kita semua dikuburkan Najib, Najib selaku Penggali Kubur UMNO akan meninggalkan kita di dalam lubang kubur itu dan hanyalah kita berada dalam kubur, sebaliknya Najib terselamat keran dia adalah penggali kubur di mana tugas penggali kubur ini akan selesai setelah kerja-kerja pengkebumian selesai, setelah itu dia akan meninggalkan kita begitu sahaja, jadi fikir-fikirkanlah buat apa kita nak mempertahankan orang yang pada masa akan datang tak mungkin dapat menolong kita, jika sayangkan parti bersuaralah menentang pemerintahan Diktaktor Najib Tun Razak.
Penulis juga tertarik dengan Ketua Penerangan UMNO yang baru dilantik yang juga Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa, ternyata setelah beliau dilantik memegang jawatan tersebut, kenyataan-kenyataan beliau sejak akhir-akhir ini boleh dikatakan kalau mengikut kata orang Kelantan "Agah" atau dalam bahasa surat Angkuh dan Sombong.
Sebelum ini, penulis mengenali beliau sebagai seorang Pemidato Terbaik, namun kenyataan beliau sejak akhir-akhir ini langsung tidak melambangkan beliau seorang pemidato terbaik. Mungkin dia boleh dipersalahkan juga, ini semua terjadi mungkin kerana ia mendapat jawatan yang dianugerahkan Najib, sepertimana kera yang mendapat bunga seperti itulah juga TS Annuar Musa mendapat jawatan.
TS Annuar Musa kalau mengikut rekod PRU13 beliau memenangi Parlimen Ketereh dengan majoriti yang agak tipis, boleh dikatakan kemenangan beliau hanyalah kerana bernasib baik, tidak terfikirkah dengan bertindak keterlaluan membela Najib dan Mengkritik Tun Mahathir akan menyebabkan pengundi-pengundi BN di Ketereh menukar undi mereka besar kemungkinan sekiranya ini berlaku TS Annuar Musa hanya tinggal sejarah.
Penulis percaya Najib melantik beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baru itu hanyalah mempergunakan beliau kerana TS Annuar Musa ada kelebihan sebagai Pemidato Terbaik, namun TS Annuar Musa perlu fikir juga satu masa nanti anda akan dibuang begitu sahaja umpama sampah oleh Najib setelah dia merasakan tidak memerlukan lagi khidmat anda.
Ada dua pilihan buat TS Annuar Musa samaada meletak jawatan sebagai Presiden KAFA dan menumpukan kepada politik dengan terus menjadi Ketua Penerangan UMNO mahupun meletakan Jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO dan menumpukan kepada usaha-usaha untuk mempertingkatkan prestasi The Red Warrior.
Umum mengetahui prestasi The Red Warrior sejak akhir-akhir ini agak tidak memberangsangkan salah satu faktor ialah kegagalan beliau selaku Presiden KAFA untuk memberikan tumpuan sepenuh masa terhadap The Red Warrior akibat kekangan kerja-kerja politik beliau. Jadi penulis mencadangkan TS Annuar Musa memilih salah satu di antara dua iaitu bola sepak ataupun politik, pilihan di tangan anda.
Sejak akhir-akhir ini kita dapati semakin bertambah kaki kipas dan juga penasihat 25 percent di dalam UMNO, penulis percaya rakyat tidak suka dengan keadaan ini, budaya kipas mengipas inilah yang membawa kepada kehancuran UMNO sekiranya ianya tidak dapat diatasi nescaya satu masa nanti UMNO hanya jadi bahan pameran di Muzium.
Akhir kalam, penulis menyeru kepada semua ahli-ahli UMNO agar fikir-fikirkanlah sedalam-dalamnya, ingatlah mempertahankan parti adalah lebih baik daripada mempertahankan individu marilah bersama-sama berjuang menentang Najib dengan mengikut lunas-lunas undang-undang dan perlembagaan negara kita. Undur Najib Ekonomi Pulih.
No comments:
Post a Comment