Bilangan Pengunjung:

Friday, April 15, 2016

Jangan Tunggu Lama-Lama Zahid Hamidi

Jangan Tunggu Lama-Lama Zahid Hamidi
Oleh: yieMEGA

"JANGAN tunggu lama-lama nanti lama-lama ia diambil orang" itulah bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh Papa Rock Malaysia iaitu Ramly Sarip. Lagu ini memberi mesej yang berguna bukan sahaja bagi mereka yang sedang bercinta malah ia juga turut berguna bagi seorang ahli politik. Sepertimana ada perempuan yang kita minati tetapi kita lambat bertindak akhirnya ianya telah dikebas orang.

Sebagai Ahli Politik kita cepat di dalam membuat tindakan. Jangan merasa selesa dengan kedudukan kita sekarang kerana kedudukan kita sekarang belum menjamin kita akan menduduki hierarki tertinggi di dalam parti dan kerajaan di masa hadapan. Penulis berharap ianya tidak terjadi pada manusia yang bernama Zahid Hamidi. 

Zahid Hamidi perlu mengerakkan jenteranya mulai sekarang menuntut Najib Razak berundur daripada jawatanya sekarang bagi membolehkan jawatan itu di ambil alih oleh beliau. Penulis percaya kalau Zahid Hamidi lambat bertindak mungkin jawatan PM bukan lagi milikya di masa depan, malah dia sendiri akan kehilangan jawatan TPM serta akan tersisih daripada kepimpinan UMNO kerana mungkin akan ada orang yang akan cuba 'memintas' kedudukan beliau. 

Zahid Hamidi tak boleh menjadi Pak Turut dan sekadar mengikut apa sahaja arahan Najib Razak, kerana pada ini Zahid Hamidi diangkat menjadi TPM adalah kerana Zahid Hamidi lebih mudah dipergunakan kerana beliau seorang TPM "Saya menurut Perintah", mungkin juga sekiranya Najib Razak mengarahkan Zahid Hamidi untuk membasuh beraknya penulis percaya Zahid Hamidi akan sanggup membasuh berak Najib Razak. Zahid Hamidi dilantik menjadi TPM kerana Najib Razak percaya bahawa Zahid Hamidi ini boleh dicucuk hidung sepertimana lembu yang dicucuk hidungnya mengikut arahan tuanya. 

Zahid Hamidi tak boleh menunggu lama lagi kerana masa sudah begitu suntuk, beliau perlu merangka strategi berkesan bagi memastikan kerusi yang diduki PM Najib Razak sekarang tidak terlepas ke tangan orang lain. Beliau perlu mendesak Najib sekarang, penulis percaya sekiranya Zahid Hamidi lambat bertindak pasti akan ada orang yang akan cuba menjatuhkanya sebelum sempat beliau menjadi PM.


Janganlah jadi Pak Turut lagi, jangan jadi seperti lembu yang dicucuk hidung, bertindaklah sekarang kerana ini adalah masa yang sesuai bagi menuntut pengunduran Najib Razak selain membersihkan najis-najis yang akan ditinggalkan oleh Najib Razak yang sudah terpalit pada UMNO membuatkan parti ini sudah berbau sangat busuk dek kerana Najis-Najis Najib Razak.

Pendekatan "Playsafe" sudah tidak boleh digunakan sekarang kerana Najib Razak sendiri bila-bila masa daripada sekarang boleh mengugurkan jawatan Zahid Hamidi, Adakah Zahid Hamidi Najib Razak tidak akan tergamak mengunggurkanya? Jangan cepat yakin, sedangkan Muhyiddin orang yang bertanggungjawab menjadikanya PM satu ketika dahulu dengan membuat desakkan supaya Pak Lah berundur pun dibuang begitu sahaja bagaikan sampah, jadi mungkinkah orang yang tak ada jasa seperti Zahid Hamidi ini tidak digugurkan oleh Najib Razak? Jawapanya ialah mustahil.

Jangan duduk diam-diam Zahid Hamidi, anda kena jadi pemimpin berani bersuara. Inilah masa yang sesuai untuk menuntut pengunduran Najib Razak, Inilah masa yang sesuai untuk anda menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. Terpulanglah kalau anda mahu jawatan itu terlepas ke tangan orang lain. Ingatlah jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama ia ia di ambil orang. Pada waktu itu menyesal pun sudah tiada gunanya lagi, ini bermakna Najib Razak sudah berjaya memperbodohkan anda dengan jawatan yang diberikan kepada anda. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin