Kerajaan Najib Razak & Co terus membohongi rakyat?
Oleh: yieMEGA
Oleh: yieMEGA
KERAJAAN Najib Razak & Co terus membohongi rakyat dengan 'menjaja' keputusan PAC yang mengatakan bahawa Najib Razak tidak terlibat di dalam skandal 1MDB, Pengerusi PAC telah cuba membersihkan 'kekotoran' yang terlekat pada batang tubuh Najib Razak dengan mengatakan semua ahli PAC kononya semua ahli PAC bersetuju sebulat suara bahawa Najib tidak terlibat, namun perkara ini dinafikan oleh wakil pembangkang PAC malah mendakwa kenyataan Pengerusi PAC itu adalah bohong.
Tun Mahathir juga telah mengulas mengenai isu yang sama di dalam artikel blognya yang bertajuk "1MDB Jawab". Kata Tun Dr. Mahathir 1MDB sudah membuat banyak kenyataan tetapi satu pun tidak boleh dipercayai. Penulis tidak mahu mengulas panjang tentang apa yang dikatakan Tun Mahathir, cukup rasanya dengan memberikan pautan kepada artikel blog Tun Dr. Mahathir tersebut untuk rujukan pembaca-pembaca sekalian. Samaada pembaca setuju atau tidak dengan apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir bolehlah memberikan komen mereka di blog Tun Dr. Mahathir.
Kerajaan Najib Razak & Co sudah banyak menyusahkan rakyat, membebankan rakyat jadi apa perlunya kita mempertahankan beliau. Apa yang kita dapat jika mempertahankan jawatan beliau, kalau setakat BR1M yang dibayar ansur-ansur itu apa lah sangat kalau nak dibandingkan Gaji Bulanan beliau sebagai PM. Jika kita terus mengekalkan kedudukan beliau sebagai PM bermakna kita terus membazirkan duit rakyat untuk membayar gaji beliau. Berbaloikah duit rakyat digunakan untuk membayar gaji PM yang paling banyak menyusahkan dan membebankan rakyat.
Penulis pun naik hairan dengan menteri-menteri pemakan dedak ini, mereka seolah-olah selesa dengan hidup memakan dedak sepertimana lembu yang setiap hari diberi makan dedak. Tak tahu pula taraf menteri kita ni rupanya setaraf dengan lembu. Ye lah lembu kan suka makan dedak, hari makan dedak pun mendatangkan rasa selesa pada lembu. Begitulah juga dengan menteri pemakan dedak, setiap hari mereka perlukan dedak untuk dimakan.
Berbalik kepada isu Kerajaan Najib Razak & Co yang terus berbohong kepada rakyat dengan mempergunakan PAC untuk mengelabui mata rakyat agar dirinya yang sudah terlajak kotor itu dapat dibaptiskan (Meminjam perkataan MSO) dengan kenyataan PAC. Kenapa kerajaan Najib Razak & Co berterusan menipu rakyat. Janganlah menegakkan benang yang basah dan janganlah memperbodohkan rakyat sebegitu rupa.
Penulis pun hairanlah dengan manusia bernama Najib Razak ini kenapa nak dipertahankan sangat kedudukan beliau adakah beliau belum puas menikmati kemewahan sebagai seorang PM ataupun Rosmah tidak membenarkan beliau melepaskan jawatan PM? Persoalan ini sentiasa bermain di dalam benak fikiran penulis namun sampai sekarang persoalan ini belum terjawab mungkin jawapanya hanya ada pada Najib Razak dan Rosmah yang tahu.
Penulis masih ingat beberapa tahun yang lalu Najib Razak sering menekankan konsep "Wassatiyyah" iaitu besederhana di dalam Perhimpunan Agung UMNO tetapi kenapa Najib Razak sendiri tidak amalkanya, bersederhanalah di dalam memegang jawatan PM dan berikanlah jawatan kepada orang lain pula. Bagi memastikan 'orang yang dipimpin' selari dengan konsep Wassatiyyah, beliau sebagai pemimpin perlu menunjukkan sifat Wassatiyyah. Ingat satu perkara ketam tak akan dapat mengajar anaknya berjalan lurus kerana dia sendiri pun tidak berjalan lurus. Fikir-fikirkanlah.
1 comment:
Alo..
U tahu PAC tu sapa ahlinya?
Or saja buat tak tahu?
Terdiri dr Pembangkang separuhnya.. dan diaorg confirm najib tak terlibat...
Masalah najib nk stay sebabnya dia tak buat benda2 yg pembangkang crita tu.. benda tak betul, tipu.. so mcm mana dia nk rasa panas dan kena letak jawatan.. benda tk pernah wujud.. sengaja diwujudkan.. so dia buat bodo ja la.. sama mcm kita, kalau benda tak der kena mengena dgn kita, kenapa kita nk gelabah.. rilek ja la..
Tun yg frust skrg ni.. anak tak leh jadi PM nnt. So if muhyidin jadi pm.. mukriz ada peluang..
Post a Comment