Bilangan Pengunjung:

Thursday, December 17, 2015

Kerjasama UMNO-PAS

Kerjasama UMNO-PAS
Oleh: yieMEGA

BARU-baru ini berlangsung satu perhimpunan yang dianggap keramat oleh ahli UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) iaitu Perhimpunan Agung UMNO atau ringkasnya PAU. Di dalam perhimpunan tersebut Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun menghulurkan tangan mengeratkan silaturrahim dengan meminta PAS bersama-sama UMNO untuk membina Malaysia mengikut Syariat Islam. Sehingga kini ajakkan DS Najib itu terus dipolemikkan dan diperdebatkan terutamanya di antara media-media massa tempatan tak kiralah media cetak, media elektronik, mahupun media alternatif. 


Secara dasarnya penulis amat bersetuju sekali dengan cadangan DS Najib itu demi perpaduan umat Islam di Malaysia. Saban tahun umat Islam di Malaysia terus berpecah belah dek kerana doktrin politik yang berbeza. Keadaan ini menyebabkan ianya membuka peluang kepada bukan Islam terutamnya Kafir Harbi untuk menuntut perkara yang bukan-bukan dan kadang-kadang ianya tidak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras. 


Walaubagaimanapun, ajakkan Najib itu juga telah dipandang remeh oleh PAS selain ada juga yang menyangka saranan Najib itu hanyalah sebagai salah satu usaha UMNO untuk menyelamatkan kekuasaanya. PAS fikir UMNO tidak ikhlas di dalam seruan untuk bersatunya. PAS dilihat lebih berhati-hati dalam menangani isu ini, apa yang penting bagi mereka lebih selesa kekal bersendirian di samping bekerjasama dengan PKR tanpa melibatkan DAP dan juga PAN. 

Bagi penulis, adalah lebih baik PAS mencuba daripada terus menjadi parti yang disepak terajang oleh rakan pembangkang sendiri. Kata orang belum cuba, belum tau. PAS mungkin berfikiran positif dalam hal ini, janganlah angkuh dan sombong kerana itu kelak akan memakan dirinya sendiri. Penulis sendiri memang sudah lama mahukan penyatuan UMNO dan PAS dua parti yang majoritinya ahlinya adalah Umat Islam. 


Namun, daripada maklumbalas yang penulis terima, kebanyakkan pemimpin-pemimpin PAS lebih suka menghina UMNO dengan ajakkan tersebut. Paling sinis ada yang mengatakan bahawa UMNO ni merupakan biawak hidup dan penyatuan dengan UMNO ini akan membawa kepada pengekalan kekuasaan UMNO di Malaysia. Pesan penulis satu terpulanglah kepada PAS untuk menerima atau tidak pelawaan UMNO itu tapi perkara yang perlu PAS tahu mereka akan menghadapi kesukaran untuk menang sekiranya bersendirian. 

Malah kewujudan Parti Amanah Negara bakal menganggu-gugat kedudukan PAS, keadaan ini menyebabkan PAS tidak berseorangan dalam berjuang mereka perlu rakan seperjuangan. PAS tahu, PAN merupakan parti ciptaan DAP untuk memastikan umat Islam tidak akan bersatu. Mereka semua tak mahu umat Islam di Malaysia bersatu kerana mereka tahu kalau sekiranya kita bersatu, sudah tentu misi mereka untuk memerintah malaysia akan menemui kegagalan, lihat sahaja semasa penentangan Malayan Union dahulu, umat-umat Islam di Tanah Melayu masa tu memang bersatu padu dan sekaligus membuatkan penjajah merasa gerun. 

PAS perlu ingat gagal kerana mencuba adalah lebih baik daripada gagal daripada tidak mencuba. Apa salahnya lupakan sengketa, teruskan usaha, kita kan gagah di nusantara malahan dunia. Islam sendiri pun menyeru ke arah perpaduan, jadi kenapa tidak kita. Fikir-fikirkanlah.

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...


Perang Siber Bergegar 2017 - 'UMNO Perlu Ditanam'
>>> Klik Di Sini <<<
'UMNO Wangi Hingga Ke Tahi' - Penjilat Tegar
>>> Klik Di Sini <<<


Anak Muda Selangor Makin SAYANG Azmin - Utusan Mengaku Salah
>>> Klik Di Sini <<<
UMNO BODOHKAN PAS - PAS Tiada Dlm Kabinet Baru UMNO-PAS
>>> Klik Di Sini <<<


Pukulan Maut Anak Johor - Kami Tak KEBULUR Jawatan Dlm UMNO!
>>> Klik Di Sini <<<
UMNO Terengganu Kekal Perjuangan TerBODOH Spjg Zaman - Tun M
>>> Klik Di Sini <<<


Rakyat RAYU Anwar Dibebaskn & Pbunuh Antartuya DiTANGKAP!
>>> Klik Di Sini <<<

Blog Widget by LinkWithin