Menggali Kubur UMNO
Oleh: yieMEGA
MENGGALI kubur UMNO menjadi tajuk pilihan penulis pada artikel penulis pada kali ini. Tajuk yang penulis pilih ini bersesuaian dengan keadaan semasa kini. Beberapa isu yang terpalit pada UMNO sejak kebelakangan ini telah menyebabkan UMNO mula goyah. Realitinya sokongan akar umbi kepada UMNO telah pun merosot disebabkan beberapa isu yang terus menghantui UMNO.
Daripada isu derma 2.6B, isu 1MDB dan terbaru isu YAPEIM telah sedikit sebanyak mengugat kedudukan UMNO sebagai parti pemerintah Malaysia. Kredibiliti kerajaan pimpinan rejim Najib Razak juga terjejas teruk sehinggakan semakin ramai akar umbi UMNO sudah melafazkan ketidakpercayaan mereka pada Najib Razak.
Isu-isu yang timbul sepertimana penulis sebutkan tadi secara terang lagi bersuluh telah menganggu gugat UMNO merupakan sebuah parti yang meneruskan legasi Tengku Abdul Rahman. Imej UMNO sememangnya tercalar-balar disebabkan isu-isu yang penulis sebutkan tadi.
UMNO perlu mengambil langkah pemulihan bagi memastikan kesinambungan pemerintahan kerajaan pimpinan UMNO di Malaysia. Penulis bersetuju kepada pandangan Mantan Perdana Menteri Ayahnda Tun Mahathir bahawa UMNO sememangnya memerlukan perubahan.
Apa yang penulis dapat lihat ialah perubahan paling mandatori UMNO kena buat ialah menukar pucuk pimpinan yang sedia ada. UMNO memerlukan presiden baru untuk membuat 'transformasi' pada UMNO, di samping membersihkan nama UMNO agar rakyat terus menerasi legasi pemerintahan UMNO.
Sememangnya perubahan Nakhoda bagi membawa UMNO penting bagi memastikan UMNO terus diterima oleh rakyat marhaen. Tiada gunanya mengekalkan nakhoda yang melayarkan bahtera dengan arah tuju yang carca merba tersilap langkah bahtera tersebut boleh karam kerana terlanggar bongkas ais dan akhirnya anak-anak kapal pun turut karam bersama bahtera sedangkan nakhoda mempunyai pilihan untuk menyelamatkan diri menggunakan bot penyelamat. Fahamilah dengan jelas apa yang penulis ingin terangkan di sini.
Bagi penulis, sekiranya kita memilih untuk mengekalkan nakhoda yang sama untuk bahtera kita yang sudah hampir karam dipandu oleh nakhoda sekarang ini bermakna kita sudah bersedia untuk menggali kubur UMNO yang kita sendiri gali bukanya pembangkang.
Dalam pada itu, penulis melihat pada masa ini Nakhoda Bahtera UMNO perlu digantikan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin ataupun buat sementara bagi membimbing Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah lebih elok YBM Tengku Razaleigh Hamzah dilantik menjadi Presiden dan Tan Sri Muhyiddin Yassin timbalanya bagi membantu membimbing Tan Sri Muhyidin menjadi seorang Presiden merangkap Perdana Menteri yang berwibawa.
Mungkin kedudukan kedua-dua orang yang penulis sebutkan tadi pada masa ini tergugat kerana kemungkinan akan dikenakan tindakan daripada Lembaga Disiplin UMNO, namun ia tiada masalah bagi akar umbi UMNO sepertimana kata pepatah Melayu "Tak dapat rotan akar pun jadi". Sekiranya kedua-dua calon tadi terpaksa berdepan tindakan Lembaga Disiplin UMNO, hari ini dengan sukarela penulis ingin Isytiharkan bahawa penulis bersedia untuk bertanding jawatan Presiden UMNO menentang Najib Razak.
Sekiranya pertandingan itu menjadi kenyataan. Penulis akan mendedahkan manifesto penulis bagi memudahkan ahli-ahli UMNO membuat pertimbangan yang sewajarnya. Dalam pada itu, penulis berharap agar ahli-ahli UMNO dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya demi memastikan kesinambungan pemerintahan UMNO di Malaysia.
No comments:
Post a Comment