Negara Dikuasai Politik Pegampu
Oleh: yieMEGA
Oleh: yieMEGA
ARTIKEL penulis pada kali ini berkisar tentang suatu fenomena baru yang timbul di arena politik tanah air kita. Fenomena yang penulis gelarkanya sebagai 'Politik Pengampu'. Menurut Kamus Pelajar Dewan Bahasa Pengampu bermaksud orang yang suka mengampu atau memuji-muji seseorang.
Dewasa ini semakin banyak lahir pemimpin-pemimpin yang suka jadi pengampu. Paling melampau lagi pegampu ini akan menyerang sesiapa sahaja yang menyerang orang yang di ampunya. Sebenarnya pada pandangan penulis pengampu sememangnya tidak layak untuk bergelar pemimpin kerana mereka juga mungkin bergelar pemimpin kerana 'kuat mengampu'.
Kewujudan Pengampu dalam dunia politik hari ini tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan. Pengampu selalunya tidak mengambil peduli apa orang bawah kata tetapi mereka lebih kepada mengambil tindakan sendiri dengan menyokong 100% orang yang disokongnya walaupun kredibiliti orang yang disokongnya itu diragui oleh akar umbi.
Tidak keterlaluan kewujudan pengampu dalam politik ini boleh mendatangkan bahaya besar kepada parti-parti politik di tanah air. Kewujudan golongan pengampu ini jugalah menyebabkan masalah-masalah rakyat peringkat bawahan gagal diselesaikan dengan baik. Permasalaahan rakyat di peringkat bawahan gagal diterjemah dengan baik dan hasilnya rakyat memberi undi kepada parti lawan. Itu hakikat yang kita kena akui.
Sejak kebelakangan ini pengampu ini juga bukan wujud di kalangan pemimpin-pemimpin politik sahaja tetapi telah menular di kalangan pemimpin kerajaan. Tidak hairanlah kalau dewasa ini semakin banyak ketua-ketua jabatan yang menjadi pengampu. Malah ada yang sanggup menghina orang lain dek kerana kononya berhujah kerana mempertahankan tindakanya. Sedar atau tidak ada ke patut hujah seorang peguam dibalas dengan "Jahil Undang-undang". Mana mungkin seorang peguam jahil undang-undang kerana sudah sekian lama Peguam sudah sebati dengan undang-undang boleh dia kata jahil undang-undang. Pada pandangan penulis jawapan seperti ini bukanlah jawapan yang sepatutnya keluar daripada Ketua Jabatan tetapi jawapan seperti ini sama seperti jawapan yang diberikan budak tadika yang hingusnya masih meleleh.
Sepatunya sebagai ketua jabatan beliau perlu memberikan jawapan menggunakan fakta yang lebih kukuh dan disokong oleh hujah-hujah yang benar-benar melambangkan beliau seorang Ketua Jabatan yang efektif. Pada pandangan penulis, ketua jabatan yang memberikan jawapan seumpama budak tadika ini tidak layak untuk menjadi ketua jabatan. Adalah lebih elok beliau meletak jawatan sahaja kerana dia telah meletakkan dirinya setaraf dengan budak tadika.
Berbalik kita kepada politik pengampu, hari ini semememangnya negara kita sudah dikuasai oleh Politik Pengampu. Politik pengampu telah menenggelamkan kebenaran dan telah menjadi satu sindrom yang berbahaya di negara ini. Bagi penulis pegampu boleh merosakkan negara.
Oleh yang demikian sama-samalah kita berganding bahu menentang Sindrom Politik Pengampu ini. Mari kita pastikan bahawa pengampu tidak layak menjadi pemimpin di tanah tumpahnya darah kita ini. Marilah bersama kita bersatu menentang Pengampu dan juga pemimpin yang kredibilitinya diragui.
No comments:
Post a Comment