Bilangan Pengunjung:

Thursday, November 17, 2011

WUJUDKAN KEMBALI AMANAH SAHAM NEGERI

WUJUDKAN KEMBALI AMANAH SAHAM NEGERI
Oleh: yieMEGA

AMANAH Saham negeri-negeri suatu masa dahulu merupakan santu instrumen pelaburan yang cukup popular suatu masa dahulu. Tentu para pembaca yang budiman sekalian masih ingat dengan Amanah Saham Darul Iman atau ringkasnya ASDI dan Amanah Saham Johor (ASJ).

Memang suatu ketika dahulu Amanah Saham yang disebutkan di atas begitu popular dan mungkin kebanyakkan rakyat memilih Amanah Saham tersebut sebagai instrumen pelaburan mereka selepas Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Penulis merasakan di dalam menjayakan visi negara kita untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi adalah elok sekiranya Amanah Saham Negeri-Negeri ini diwujudkan kembali bagi membantu rakyat menambahkan pendapatan daripada pelaburan ke atas amanah-amanah saham negeri tersebut.

Sekiranya Amanah Saham Negeri-negeri ini diwujudkan kembali, kerajaan perlu memastikan pelabur-pelabur akan mendapat dividen yang kompetitif bagi memastikan pendapatan rakyat daripada pelaburan ini terjamin dan juga selamat kerana pendapatan daripada pelaburan ini boleh mengurangkan bebanan yang di alami oleh rakyat.


Wujudnya Amanah Saham Negeri ini mungkin akan menambahkan opsyen pelaburan terhadap rakyat negara kita dan dalam masa yang sama ia juga dapat membantu Kerajaan Negeri mendapat dana untuk melibatkan gandakan pelaburan negeri mereka di samping menjana pendapatan kepada Kerajaan Negeri.

Penulis menyarankan sekiranya ada syarikat-syarikat Amanah Saham negeri yang telah dijual oleh Kerajaan Negeri hendaklah dibeli balik oleh kerajaan negeri dan dijenamakan semula bagi membolehkan rakyat di negeri masing-masing mendapat peluang untuk melabur di Amanah Saham Negeri-negeri. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin