Bilangan Pengunjung:

Saturday, November 12, 2011

Kemelut PBSNT

Kemelut PBSNT
Oleh: yieMEGA

PENULIS percaya umum sudah mengetahui mengenai isu terbaru yang timbul di dalam arena bola sepak tanah air. Isu yang penulis maksudkan ialah isu kemelut yang melanda Naib Juara Piala Malaysia 2011 iaitu Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Isu berkenaan ini sedikit panas apabila ada kumpulan penyokong membuat satu protes umum menuntut Presiden PBSNT meletak jawatan dan meminta campur tangan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said supaya mendesak Datuk Che Mat Jusoh meletak jawatan.

Kebetulan pula, penulis mendapat satu email bertanyakan hal yang sama oleh yang demikian, pada hari ini penulis memilih untuk membincangkan hal tersebut dengan semua pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia.

Pada pandangan penulis, sememangnya Datuk Che Mat Jusoh perlu meletakkan jawatanya sebagai  Presiden PBSNT berkuatkuasa serta merta kerana kepimpinan beliau sudah tidak lagi membantu meningkatkan prestasi skuad penyu dan sepatutnya sudah tiba masanya PBSNT diterajui oleh orang lain.

Mengenai, campur tangan Menteri Besar, sepertimana umum mengetahui yang Datuk Ahmad Said enggan campur tangan pada pandangan penulis sememangnya ia tidak memerlukan campur tangan Menteri Besar kerana dalam hal ini campur tangan MB sekalipun tidak akan membantu tambahan pula beliau merupakan seorang Menteri Besar yang paling tidak berprestasi dalam sejarah Menteri Besar Terengganu.

Lupakan saja mengenai campur tangan Menteri Besar itu, berbalik kepada isu utama iaitu kemelut yang melanda PBSNT. Khabar sudah bertiup kencang bahawa bahawa beberapa kepincangan yang timbul di dalam PBSNT ada kaitan dengan Datuk Che Mat Jusoh jika benar tindakan paling relevan yang perlu di ambil oleh Datuk Che Mat Jusoh ialah meletakkan jawatanya sebagai Presiden PBSNT.

Beliau perlu sedar bahawa beliau tidak boleh menjadi Presiden PBSNT seumur hidup, berilah peluang kepada orang lain pula untuk menjadi peneraju baru PBSNT. Perlu diingatkan bahawa kemelut dalaman boleh mempengaruhi prestasi yang ditunjukkan oleh pemain skuad penyu.

Mengenai calon yang terbaik bagi menggantikan Datuk Che Mat Jusoh, penulis merasakan yang paling layak menggantikan Datuk Che Mat Jusoh adalah Datuk Seri Idris Jusoh. Idea dan kepakaran yang ada pada beliau memang berguna dalam membangunkan semula prestasi PBSNT.

Kesimpulan yang boleh dibuat di sini, kemelut ini tidak akan selesai selagi Datuk Che Mat Jusoh tidak melepaskan jawatanya. Oleh yang demikian, jalan terbaik buat Datuk Che Mat Jusoh ialah meletakkan jawatanya sebagai Presiden PBSNT.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin