Menunggu Keberangkatan Pulang DYMM Sultan Selangor
Oleh: yieMEGA
BARU-baru ini PAS telah membuat keputusan untuk menarik balik sokongan mereka terhadap Menteri Besar Selangor Dalam Jawatan Sekarang iaitu Khalid Ibrahim secara automatik sokongan terhadap Menteri Besar dalam penantian Dr. Wan Azizah bertambah. Namun keputusan PAS tersebut belum dapat meredakan krisis MB Selangor secara total selagi DYMM Tuanku Sultan Selangor tidak memberikan keputusan muktamad.
Sampai hari ini polemik siapa yang dapat jadi MB masih berterusan sehiggakan bermacam-macam teori diberikan oleh penulis-penulis politik, ahli akademik dan juga rakyat marhaen seperti penulis. Teori paling popular ialah berkenaan dengan kemungkinan diadakan satu Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi menentukan siapakah sebenarnya yang layak menerajui kepimpinan kerajaan negeri Selangor.
Mungkin ada yang berpendapat mengadakan PRN tidak praktikal kerana kosnya amat mahal dan ianya ternyata akan memaksa kerajaan menggunakan duit rakyat hanya kerana memilih seorang MB. Penulis bersetuju dengan kenyataan ini tetapi apa yang penulis dapat lihat ada baiknya sekiranya kita memberi pilihan kepada rakyat untuk menentukan siapakah MB pilihan mereka bukanya MB dipilih mengikut kemahuan seseorang pemimpin yang boleh diragui maksudnya.
Semua orang tahu bahawa pemilihan Dr. Wan Azizah mengantikan Khalid Ibrahim adalah atas kehendak Ketua Umum PKR bukanya tuntutan bersifat lokal. Walaupun mendapat tentangan daripada akar-umbi Anwar nampaknya berdegil beliau tetap dengan keputusan untuk meletakkan Dr. Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru.
Kedegilan Anwar mengingatkan penulis dengan cerita dongeng Sang Kancil, Kura-Kura dan Monyet suatu ketika dulu. Masihkan anda ingat dengan kartun klasik tersebut? Cuba anda ingat kembali di dalam cerita itu di mana Sang Kancil telah melarang si monyet daripada makan cili tetapi ia tidak dipedulikan monyet. Kancil berkata "Jangan Monyet, Jangan Monyet" namun si monyet tidak mengedahkan larangan sang Kancil sebaliknya terus makan cili itu dengan rakus sekali dengan tidak semena-mena keluar asap di kedua-dua telinga monyet dan muka monyet bertukar menjadi merah padam dan kemudian ia lari bertempiaran.
Apakah signifikan cerita monyet ini dengan cerita Anwar? Ingat kembali dialog dalam cerita monyet tersebut. Anwar Kata nak letak Azizah jadi MB Selangor, Akar Umbi kata "Jangan Anwar, Jangan Anwar" tetapi Anwar tetap berdegil nak letak Azizah. Apa akan jadi selepas ini adakah cerita Anwar ini akan jadi sama seperti Cerita Monyet ataupun tidak. Nantikanlah jawapanya sekiranya ceritanya sama seperti cerita monyet ini bermakna tiada bezanya Anwar dengan monyet.
Berbalik kepada Menunggu Keberangkatan Pulang DYMM Sultan Selangor. Di sini ingin penulis tegaskan bahawa apa sahaja yang diputuskan oleh DYMM Sultan Selangor penulis akan terima dengan hati terbuka kerana penulis percaya keputusan Tuanku merupakan keputusan yang terbaik buat rakyat Selangor. Penulis berharap tiada yang menentang keputusan yang telah dibuat Tuanku itu jangan pula yang sanggup derhaka demi merealisasikan cita-cita politik mereka.
Akhir kalam, penulis berharap krisis MB Selangor ini dapat diselesaikan dengan segera kerana rakyat mahu kerajaan yang mereka pilih berfungsi dengan baik dan bukanya Kerajaan yang penuh dengan permasalahan. Jangan sia-siakan harapan rakyat dengan hanya kuasa yang ada pada MB.
No comments:
Post a Comment