KRISIS JAWATAN MB SELANGOR
Oleh: yieMEGA
TERLEBIH dahulu sebelum penulis meneruskan artikel ini adalah lebih baik bagi penulis terutamanya sewaktu kita masih berada di dalam bulan, di mana kita merayakan kemenangan kita selepas kita berpuasa selama sebulan mengawal segala jenis nafsu yang ada di batang tubuh kita. Penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca setia blog ini.
Lama juga blog ini penulis tidak dapat kemaskini ekoran daripada sejak kebelakangan ini, penulis kesuntukkan masa sehinggakan tiada masa untuk mengemaskini blog ini. Selepas ini penulis akan cuba mengemaskini dengan lebih kerap lagi blog ini. Sebelum penulis terlupa, ada baiknya penulis memohon maaf kepada semua pembaca setia blog ini sempena bulan Syawal ini sekiranya ada penulis membuat salah dan silap.
Oh ya , sebelum terlupa penulis juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada bulan Ramadhan yang baru sahaja meninggalkan kita. Penulis merasa simpati terhadap mangsa dan juga keluarga mangsa yang menyambut Aidilfitri kali ini dengan penuh kehibaan. Penulis berharap mereka bersabar kerana kejadian itu adalah sebahagian daripada Qada' dan Qadar' Allah s.w.t. tuhan seru sekian alam.
Berbalik kepada isu yang sedang hangat diperkatakan kini iaitu isu usaha-usaha untuk menjatuhkan MB Selangor sekarang yakni Khalid Ibrahim daripada menggalas tugas sebagai MB. Perkataan "kajang move" keluar hampir setiap hari mengisi cerita bukan sahaja media cetak malah ia turut di warwarkan oleh media elektronik.
"Kajang Move" merupakan satu usaha untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim daripada menjawat jawatan MB Selangor dengan menukarkanya dengan pemimpin baru, di mana ada dua calon yang disebut-sebut bakal mengganti Khalid Ibrahim iaitu Isteri Anwar Ibrahim yakni Dr. Wan Azizan dan juga Azmin Ali yang juga diperkatakan calon yang layak untuk menggantikan Khalid Ibrahim.
Usaha-usaha untuk menukar MB Selangor ini ternyata membuat salah satu parti subahat Pakatan Rakyat iaitu PAS 'tidak senang duduk" dengan usaha-usaha untuk menukar MB Selangor yang sedia ada ini dengan MB yang baru. Malah beberapa pemimpin utama PAS juga nampak 'kurang setuju' dengan usaha-usaha ini termasuklah Mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Mereka berdua mempunyai alasan sendiri mengapa mereka tidak bersetuju dengan pemecatan Khalid Ibrahim sepertimana yang mereka telah jelaskan di media massa.
Pendekatan Yang Bakal Diguna Oleh PR untuk menukar MB Selangor.
Penulis meramalkan ada beberapa pendekatan yang bakal digunakan oleh PR untuk menukar MB Selangor yang sedia ada. Pertama sekali ialah meminta Khalid Ibrahim meletak jawatan secara terhormat dan sebenarnya telah berlaku sekarang tetapi beberkalkan prinsip 'lawan tetap lawan' Khalid Ibrahim tidak berganjak untuk berundur walaupun sekian hari semakin banyak beliau diberi tekanan oleh pucuk pimpinan PR.
Cara kedua yang mungkin akan digunakan oleh PR untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim ialah melalui usul undi tidak percaya terhadap Khalid Ibrahim. Namun, penulis melihat cara ini mungkin akan mendatangkan implikasi atau musibah yang besar terhadap PR kerana ia dikhuatiri akan menguntungkan 'musuh' kerana jika cara ini digunakan insiden yang berlaku di DUN Perak baru-baru ini tidak mustahil akan juga berlaku di Selangor sekiranya PR memilih cara ini untuk mengugurkan Khalid.
Penulis merasakan cara paling terbaik untuk PR mengugurkan Khalid ialah dengan melakukan "Pembubaran DUN" bagi membolehkan satu Pilihan Raya diadakan di Selangor. Namun cara ini sukar dilaksanakan kerana kuasa pembubaran DUN ada pada MB manakala pada waktu ini MB Selangor adalah Khalid Ibrahim.
Cara terakhir yang mungkin akan digunakan PR ialah dengan membuat laporan atau tuduhan bahawa MB Selangor sekarang yakni Khalid terlibat dengan aktiviti yang dianggap korupsi dan apabila Khalid Ibrahim diisytiharkan sebagai bersalah maka terlucutlah jawatan Khalid secara automatik sebagai MB Selangor.
Apa yang penulis dapat lihat sekarang ialah PR lebih suka menggunakan pendekatan mengaitkan Khalid dengan korupsi yang melibatkan jawatan yang disandang oleh Khalid sekarang. Satu persoalan yang penulis ingin lontarkan kepada semua pembaca iaitu tidakkah ini dikatakan "habis madu sepah dibuang" ? Fikir-fikirkanlah....ingat kita manusia biasa tak lekang daripada melakukan kesilapan mungkin hari ini Khalid silap esok lusa siapa tahu anda pulak silap....Kita bukan hidup menongkat langit di bumi Allah ini, jika hari ini anda menzalimi orang tak mustahil satu masa nanti anda akan dizalimi.
No comments:
Post a Comment