Bilangan Pengunjung:

Friday, August 22, 2014

1Malaysia Berkabung

1Malaysia Berkabung
Oleh: yieMEGA

PADA hari ini tanggal 22 Ogos 2014, hari Jumaat merupakan hari yang penuh bersejarah bagi rakyat Malaysia seluruh negara kerana hari ini 1Malaysia bersedih menyambut kepulangan jenazah mangsa insiden pesawat MH17 dibedil pada 17 Julai yang lalu di kawasan yang berhampiran dengan Russia.

Kerajaan Malaysia sebelum ini telah mengisytiharkan bahawa pada hari ini 22 Ogos 2014 bersamaan hari Jumaat merupakan hari perkabungan negara bagi berkongsi rasa sedih dan simpati kepada mangsa dan juga keluarga mangsa tragedi penuh tragik itu.

Boleh dikatakan pada hari ini rakyat-rakyat kita di seluruh Malaysia turut berkabung bagi melahirkan rasa simpati terhadap mangsa-mangsa tragedi yang penuh menyayat hati ini. Sebagai tanda simpati marilah bersama-samalah kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada semua mangsa agar roh-roh mereka ditempatkan di kalangan para syuhadah. Al-Fatihah !.

Penulis turut sama merasa sedih di atas kehilangan mereka semua kerana memikirkan kenapa mereka menerima nasib sedemikian rupa sedangkan mereka semua hanyalah insan yang tidak berdosa tetapi mereka terpaksa menyahut seruan Ilahi dek kerana kerakusan manusia yang berebut 'kekuasaan'. Walaubagaimanapun penulis akur bahawa ini semua adalah Qada' dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah.

Di hari perkabungan negara ini, sebelum penulis menulis artikel ini penulis telah membuat rondaan sendiri untuk menyaksikan adakah rakyat negara kita benar-benar turut serta di dalam Hari Perkabungan negara ini, ternyata boleh dikatakan hampir 90% rakyat kita telah turut sama memberi sumbangan di dalam Hari Perkabungan Negara ini apabila hampir kesemua tiang bendera Jalur Gemilang dipasang sekerat tiang. Alhamdulillah rakyat negara kita ternyata peka dengan hari perkabungan ini.

Akhir kalam, penulis bersimpati dengan pemergian semua mangsa-mangsa insiden MH17 dibedil dan kepada keluarga mereka diharap supaya tabah menempuh dugaan ini dan terimalah semua ini adalah Qada' dan Qadar Allah s.w.t.




No comments:

Blog Widget by LinkWithin