Nasib Khalid Ibrahim Ditentukan Hari Ini...
Oleh: yieMEGA
Oleh: yieMEGA
NASIB Kedudukan Menteri Besar Selangor yang sedia ada iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim akan diketahui selepas sidang media yang dijadualkan akan berlangsung pada pukul 2 petang ini. Pagi tadi TS Khalid telahpun selesai bermesyuarat dengan Dewan Diraja Selangor mengenai kedudukan beliau sebagai MB setelah beliau telah pun dilucutkan keahlian oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Setakat ini butir-butir dan hasil daripada mesyuarat tersebut masih lagi dirahsiakan dan ianya hanya akan didedahkan selepas sidang media yang bakal diadakan pada pukul 2 petang ini sepertimana yang dilaporkan Utusan. Buat masa ini penulis masih belum menerima maklumat daripada sidang media tersebut walaupun pada waktu artikel ini ditulis jam di dinding telah menunjukkan pukul 2.16 petang. Namun, pembaca jangan bimbang mungkin kalau ada kesempatan maklumat itu penulis akan kemaskini pada malam ini atau keesokan hari.
Penulis percaya ramai yang berada di luar sana ternanti-nanti apakah kesudahan isu ini tidak kiralah mereka di pihak Pakatan Rakyat mahupun di pihak Barisan Nasional. Penulis juga ternanti-nanti adakah apa-apa kejutan dalam sidang media yang akan dikendalikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim itu. Penulis merasakan kemungkinan besar ada kejutan semasa sidang media tersebut namun ada baiknya kita nantikanya dengan penuh sabar.
Penulis mendapat maklumat ada juga orang yang diluar sana meramalkan akan ada usul undi tak percaya untuk memudahkan proses pemecatan MB Selangor dan juga sekaligus membolehkan satu Pilihan Raya Negeri diadakan bagi membolehkan MB baru dilantik. Seperti mana yang penulis katakan sebelum ini sekiranya TS Khalid Ibrahim disingkir melalui undi tak percaya kemungkinan besar ia akan mendatangkan risiko yang sungguh berat buat Pakatan Rakyat.
Tak kurang juga ada yang meramalkan bahawa TS Khalid Ibrahim akan menyertai PAS bagi membolehkan beliau terus kekal sebagai MB Selangor. Tindakan ini dilihat kurang berisiko, namun, ia juga akan memberi kesan kepada kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Kemungkinan besar sekiranya ini berlaku ia akan mengundangkan perpecahan di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat.
Satu lagi ramalan yang sungguh menarik ialah kemungkinan juga PAS dan Khalid Ibrahim bukan sahaja bergabung malah cuba untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional bagi mewujudkan Kerajaan Perpaduan di Selangor secara tidak langsung ini bermakna pemerintahan Barisan Nasional akan dikembalikan di Selangor dan Pakatan Rakyat tersungkur di Selangor.
No comments:
Post a Comment