Banjir Besar 2014 Kelantan
Oleh: yieMEGA
MUNGKIN agak terlewat sedikit penulis mengulas mengenai satu bencana besar yang berlaku di Kelantan baru-baru ini. Untuk rekod Kelantan merupakan negeri yang terjejas teruk ekoran daripada banjir besar tersebut, penulis percaya ramai yang sudah mengetahui bahawa kemusnahan yang dashyat yang berlaku di beberapa tempat di Kelantan ekoran banjir tersebut.
Terlebih dahulu penulis ingin melahirkan rasa simpati penulis kepada mereka-mereka yang kehilangan harta benda terutamanya rumah yang menjadi tempat mereka berteduh daripada terik cahaya matahari dan juga kesejukan air hujan yang membasahi bumi. Melihat keadaan mereka ini dengan tidak sengaja air mata penulis keluar dan terus membasahi pipi.
Penulis ingin menyifatkan bahawa Banjir Besar 2014 adalah lebih buruk jika dibandingkan dengan Banjir Besar 2004. Dengan erti kata lain kehadiran Banjir Besar 2014 ini sekaligus telah memadamkan rekod Banjir Besar 2004. Ternyata banjir kali ini boleh disifatkan sebagai bencana besar.
Ekoran daripada banjir besar ini ada teori-teori yang keluar mengenai kenapa banjir kali ini lebih besar jika dibandingkan dengan 2004. Ada yang kata ada kaitan dengan pembalakkan haram dan ada juga yang menafikanya.
Penulis sebenarnya tidak mahu masuk sama dengan pertelingkahan teori ini tetapi apa yang penulis ingin sampaikan ialah pandangan peribadi penulis berdasarkan pengetahuan penulis serba sedikit. Untuk rekod beberapa jambatan di Kelantan runtuh semasa banjir baru ini? Adakah kesemua jambatan ini runtuh disebabkan air banjir semata-mata? Daripada maklumat yang penulis perolehi sebahagian daripada jambatan runtuh ini disebabkan oleh kayu-kayu balak hanyut yang tersekat pada jambatan tersebut sehingga memberi momentum yang tinggi terhadap air tersebut dan sekaligus membuatkan jambatan tersebut runtuh.Oleh yang demikian penulis berpendapat bahawa ada kemungkinan bahawa banjir besar kali ini disebabkan oleh pembalakkan haram.
Cadangan Kerajaan Campuran
Ekoran daripada banjir besar ini, lahir satu cadangan agar UMNO dan PAS membentuk sebuah Kerajaan Campuran untuk membangunkan semula Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir besar baru-baru ini. (Sila rujuk laporan SINAR HARIAN di sini).
Penulis berpendapat penubuhan kerajaan campuran untuk membangunkan semula Kelantan salah satu idea yang bijak kerana proses pembangunan semula Kelantan akan menjadi lebih mudah apabila Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan sehaluan dengan ini membolehkan rumah rakyat yang musnah dapat dibina dengan cepat.
Oleh yang demikian penulis menyokong 100% cadangan ini demu survival anak-anak Kelantan di masa hadapan terutamanya kawasan-kawasan yang terjejas teruk ekoran banjir besar baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment