Bilangan Pengunjung:

Friday, April 3, 2015

Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST)

Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST)
Oleh: yieMEGA

TANGGAL 1 April 2015 satu lagi perkara yang dipahatkan di dalam sejarah Malaysia apabila pada tarikh ini Cukai Barang Dan Perkhidmatan atau dalam Bahasa Inggerisnya berbunyi "Good and Services Tax" mula dilaksanakan di seluruh negara. 

Hari ini merupakan hari ketiga GST telah dilaksanakan di negara kita, penulis tidak mahu mengutarakan lagi sama ada penulis bersetuju atau tidak dengan GST, apa yang penulis ingin cuba sampaiakan kepada semua rakyat pada kali ini ialah adakah mereka benar-benar faham dengan apa yang dikatakan dengan GST?

Persoalan ini sentiasa menjadi persoalan kepada lubuk hati penulis setiap kali penulis mendengar orang ramai bercakap mengenai GST. Namun, apa yang penulis dapat sahkan di sini ialah kebanyakkan rakyat Malaysia masih belum betul-betul faham mengenai GST. Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya kerajaan memberi penerangan yang secukupnya mengenai GST. Tidak akan timbul salah faham jika kerajaan membuat penerangan GST secara habis-habisan .

Ramai yang berada di luar sana masih belum faham dengan GST termasuklah golongan peniaga sendiri. Kenapa penulis berkata sedemikian? Penulis cuba huraikan sepertimana di bawah ini:


CONTOH

Sebelum GST harga 1 Tin Susu Pekat Manis RM 2.30

Selepas GST ramai peniaga yang bertindak dengan menjual susu tersebut dengan harga RM2.30+6% (sebenarnya ini bukanlah GST Sebenar kerana RM2.30 sudah mengandungi cukai SST)

Sepatutnya Selepas GST Harga 1 Tin Susu Pekat diturunkan 10% kemudian barulah ditambah dengan GST 6%. 
(Kenapa ini berlaku? Cukai SST sudah dimansuhkan jadi peniaga tidak perlu lagi menambah cukai SST dalam jualan mereka)

Adakah Peniaga akan rugi? Jawapanya tidak kerana mereka boleh menuntutnya daripada kerajaan.

Kesimpulan yang boleh dibuat bahawa Harga selepas GST sepatunya LEBIH MURAH dan bukannya LEBIH MAHAL jadi adalah perlu bagi kerajaan supaya memberikan pendidikan mengenai GST secara berterusan kepada peniaga agar mereka benar-benar faham mengenai GST. 

Kadang-kadang terfikir juga dalam benak fikiran penulis adakah peniaga ni sememangnya tidak faham ataupun mereka sengaja buat-buat tak faham untuk mengaut keuntungan yang lebih dengan menyalahkan kerajaan menjadi punca sedangkan puncanya datang daripada mereka sendiri.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin