Bilangan Pengunjung:

Friday, May 1, 2015

PRK ROMPIN DAN PERMATANG PAUH

PRK ROMPIN DAN PERMATANG PAUH
Oleh: yieMEGA

CUMA tinggal beberapa hari aje lagi Piihan Raya Kecil Parlimen Rompin dan Permatang Pauh akan melabuhkan tirainya, di kesempatan masa terluang yang penulis ada ini tidak mahu penulis sia-siakanya sehingga ia berlaku begitu sahaja dimamah waktu. Penulis tidak mahu ketinggalan untuk mengulas kedua-dua pilihan raya kecil ini.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin diadakan ekoran kematian penyandangnya sebelum ini disebabkan terbabit dengan nahas Helikopter terhempas iaitu Allahyarham Datuk Dr. Jamaluddin Jarjis. Manakala PRK Parlimen Permatang Pauh dibuat kerana penyandangnya sebelum ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijatuhkan hukuman penjara di atas pertuduhan liwat yang dikemukakan oleh bekas pembantu peribadinya. 

Beberapa isu cuba dijadikan modal untuk parti-parti bertanding di dalam kedua-dua PRK ini. Isu perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menjadi senjata yang cukup tajam bagi pembangkang di dalam menghadapi PRK kali ini. Manakala isu 'Parti Keluarga' juga dijadikan BN sebagai senjata di Permatang Pauh. 

Apa yang penulis ingin ramalkan di sini, kemungkinan besar Isu GST akan memberikan kesan yang besar terhadap kedua-dua PRK ini, Kenapa penulis berkata sedemikian? Rakyat akan berterusan membayar cukai GST ini, secara tidak langsung ia akan juga menjadi bebanan harian rakyat yang terpaksa mereka tanggung hampir setiap hari.


Rakyat sebenarnya telah tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat saban hari ditambah pula mereka perlu membayar cukai GST ini setiap kali mereka membeli belah sedangkan ada di antara mereka yang pendapatan mereka masih di takuk lama. 

Kesempatan ini akan digunakan oleh pembangkang untuk mengekploitasikan isu ini menjadi 'senjata tajam' mereka ini berkemungkinan BN akan mempunyai peluang yang kelam untuk memenangi kedua-dua PRK tersebut, sekiranya ini berlaku bermakna BN perlu mengambil pendekatan drastik untuk memansuhkan cukai GST ini. 

Walaubagaimanapun di Permatang Pauh kemungkinan besar PKR akan menang dengan majoriti yang berkurangan sekiranya BN berjaya mengekploitasikan isu "Parti Keluarga" yang sedang hangat diperkatakan, namun oleh sebab terkesan dengan isu GST tidak mungkin BN boleh memenangi Parlimen Permatang Pauh, apa yang penulis dapat lihat BN hanya mampu mengurangkan majoriti yang dimenangi oleh PKR di Permatang Pauh. 

Secara peribadinya penulis meramalkan bahawa BN akan berjaya mengekalkan kerusi Rompin dengan majoriti yang berkurangan begitu juga dengan PKR akan berjaya mengekalkan kerusi Permatang Pauh dengan juga majoriti yang berkurangan. 

Akhir kalam, kalah dan menang ialah adat dalam pertandingan, oleh yang demikian terimalah seadanya keputusan pasca kedua-kedua PRK nanti, janganlah ada yang membuat onar selepas keputusan diumumkan, sebaliknya sepatutnya kita kembali bersatu menuju kejayaan.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin