Najib, saya juga tidak gentar
Oleh: yieMEGA
Oleh: yieMEGA
TADI penulis ada pembaca sebuah laporan akhbar di Harian Metro online, di mana laporan tersebut menyebut najib berkata "Saya tidak Gentar" laporan tersebut boleh dibaca di sini. Nampak begitu berani sekali Najib pada kali ini walaupun bermacam-macam isu timbul berkenaan dengan pemerintahan beliau saban hari. Mungkin juga dia ingin menunjukkan beliau bukanlah PM yang lemah lantas mengeluarkan ungkapan sebegitu rupa.
Pada hari ini Isnin 11 Mei 2015 penulis ingin mengiytiharkan bahawa penulis akan memulakan perjuangan penulis untuk mendesak agar DS Najib meletak jawatan dengan seberapa segera bagi memulihkan sokongan terhadap UMNO. Penulis juga tidak gentar dengan Najib sebegaimana Najib yang tidak gentar. Dalam masa yang sama penulis akan berusaha untuk mewujudkan Gerakan Undur Najib (GUN) bagi memperhebat usaha-usaha untuk mendesak DS Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Penulis merasakan sudah tiba masanya untuk kita meminta DS Najib berundur daripada jawatan nombor satu negara itu. Setelah beberapa isu yang timbul penulis sehinggakan menjejaskan imej UMNO di mata rakyat, penulis merasa kita tidak perlu membuang masa dengan terus memberi sokongan kepada beliau untuk mengekalkan kerusi empuk Perdana Menteri di Putrajaya untuk terus menjadi miliknya.
Apa yang penulis bimbang, sekiranya kita terus memberi sokongan kepada beliau untuk terus jadi PM sokongan rakyat terhadap BN akan terus berkurangan dan tidak mustahil pada PRU yang akan datang BN akan jadi pembangkang di Malaysia. Untuk apa kita membela seorang sedangkan ramai yang ternaniaya sekiranya kita terus memberi sokongan terhadap Najib.
Adakah kita sanggup kita lihat BN menjadi pembangkang pada PRU akan datang? Jika kita tidak sanggup ayuhlah ahli-ahli akar umbi BN marilah kita bersatu menuntut persaraan DS Najib agar BN tidak kehilangan kuasa pada PRU akan datang. Ayuh bangkitlah saudara-saudaraku, bersama-sama kita minta DS Najib meletakkan jawatanya secara terhormat, jika beliau masih enggan diharap ada ahli Parlimen yang mencadangkan usul undi tidak percaya terhadap DS Najib, sebenarnya jawapanya ada pada DS Najib sendiri terpulang kepadanya untuk berhenti secara terhormat mahupun sebaliknya.
Kalau kita lihat, PRK Rompin merupakan 'amaran awal' diberikan rakyat kepada BN. Ini bermakna rakyat sudah menunggu masa untuk menghukum BN mungkin juga ia akan dilakukan di dalam PRU yang akan datang. Untuk apa kita melafaz setia kepada Ketua yang langsung tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada parti, demi rakyat marilah bersama-sama penulis untuk mengerakkan usaha-usaha untuk mengudurkan DS Najib daripada jawatan Perdana Menteri (PM) yang disandangnya kini.
Kepada pengampu-pengampu di luar sana, usahlah mengampu lagi kita sudah terlalu panas jadi tak kan kita mahu orang lain hilang panas kerana usaha-usaha kita sedangkan kita sendiri kepanasan yang keterlaluan. Penulis merasakan kaki ampu ini merupakan 'parasit' bagi parti golongan seperti ini harus dihapuskan dengan segera oleh kita.
No comments:
Post a Comment