Bilangan Pengunjung:

Thursday, May 16, 2019

SELAMAT HARI BELIA NEGARA

SELAMAT HARI BELIA NEGARA
Oleh: yieMEGA

HARI ini tanggal 15 Mei 2019 merupakan hari belia negara, di kesempatan ini penulis ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Belia Negara kepada semua belia dan beliawanis negara. Peranan belia memang cukup besar di dalam pembangunan negara, dan dikatakan peranan belia jugalah kepimpinan negara kini berjaya dijajah oleh Pakatan Harapan. Kini setelah lebih setahun Pakatan Harapan menjajah Malaysia apa yang dapat kita lihat Ekonomi negara menjadi semakin teruk, pelabur ramai yang sudah tidak berminat untuk melabur di Malaysia malah sudah ramai pelabur sedia ada lari dari Malaysia.

Malah belia-belia yang menganggur semakin meningkat, tawaran sejuta pekerjaan untuk belia kini hanya tingal impian. Begitulah belia yang mudah terpengaruh dengan janji-janji manis bulan dan bintang. Padahal ia hanya sekadar bertanam tebu di pinggir bibir sahaja. Setelah setahun Pakatan Harapan menjajah Malaysia, kini belia sudah mula sedar kesilapan mereka memilih Rejim Penjajah Pakatan Harapan yang diketuai negarawan yang kononya ulung Mahathir. 

Dalam pada itu, penulis ingin ucapkan tahniah kepada semua belia di negara kita kerana belia merupakan aset paling bernilai pada negara. Belia bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara. Banyak juga sumbangan belia pada negara kita yang tercinta ini. Malah ada di antara mereka menjadi wira tidak didendang di dalam menyumbangkan di dalam proses pembangunan negara kita bernama Malaysia ini. 

Apa yang kita dapat lihat belia yang memilih jalan politik 'diangkat' kononya menjadi wira, kononya menjadi paling muda dalam sejarah. Kononya ingin buat perubahan untuk golongan belia. Walhal sebenarnya tiada apa pun yang dibuat oleh Menteri Paling Muda Dalam Sejarah untuk golongan belia. Malah masalah pengangguran pun masih tak dapat di atasi oleh menteri itu. Menjadi semakin parah apabila belia yang sudah bekerja kini kehilangan kerja kerana ekonomi negara kita jatuh menjunam. Matawang Malaysia terus merudum. Walau katanya matawang kita tidak turun tapi matawang USD yang naik. Tolonglah nak tipu orang bodoh boleh lah. Akui sahaja kegagalan kerajaan kerana Menteri-Menteri PH sedia menjadi kambing hitam, sekaligus reputasi ekonomi PM tidak akan terjejas. 


Terima kasih juga kepada belia-belia di luar sana yang pernah berjumpa dengan penulis menyatakan kekesalan mereka mengundi Pakatan Harapan di dalam PRU14 yang lalu. Kata mereka mereka mengundi dahulu dengan harapan dapat apa yang mereka nak, namun setelah setahun ternyata inanya hanya tinggal harapan. 

Tak apa lah barang yang lepas jangan dikenang, tapi PRU15 marilah bersama-sama kita ajar cukup-cukup Penjajah Pakatan Harapan. Biar harapan seseorang itu nak jadi Perdana Menteri tinggal harapan, peduli apa kita pada cita-cita individu, apa yang lebih penting Rakyat Marhaen yang hari-hari kerja macam babi tanah demi untuk mendapat sesuap nasi. 

Mari kita buktikan pada mereka bahawa Malaysia hari ini bukanlah "MALAYSIA BARU" yang kita inginkan. Ayuh belia-dan beliawanis di luar sana bersama-samalah kita berjuang untuk kita kuburkan PENJAJAH PAKATAN HARAPAN ini. Allahuakbar. Allahuakbar....Allahuakbar.


No comments:

Blog Widget by LinkWithin