Bilangan Pengunjung:

Sunday, October 28, 2018

Misi Rahsia Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Misi Rahsia Parti Pribumi Bersatu Malaysia 
Oleh: yieMEGA

AGAK lama juga penulis tidak mengemaskini blog milik penulis yang tak seberapa ini. Mungkin kerana kesibukkan tugas penulis menyebabkan penulis kesuntukkan masa dan tidak mempunyai masa untuk menulis, akhirnya hari ini Allah tuhan seru sekian alam memberi sedikit masa terluang pada penulis bagi membolehkan penulis mengemaskinikan entri terbaru blog penulis ini. 

Hari ini penulis memilih untuk membicarakan "Misi Rahsia Parti Pribumi Bersatu Malaysia".  Umum sudah mengetahui salah seorang pemimpin UMNO dari Kelantan telah belot dan pengkhianat kepada parti dan akar umbi. Orang itu adalah Datuk Seri Mustapha Mohamed atau lebih dikenali dengan nama Tok Pa. Dimulakan dengan pengumuman Tok Pa untuk keluar UMNO menjadi Ahli Parlimen Bebas dan tak berapa lama selepas itu beliau mengumumkan untuk menyertai Bersatu kerana katanya pada masa ini Bersatu lebih relevan berbanding UMNO. Maklum sahaja Bersatukan salah satu parti komponen Pakatan Harapan yang berjaya menjajah Malaysia pada PRU14 yang berlalu pergi. Dengan erti kata lain, peluang untuk menjadi Menteri Kabinet yang sebelum ini terhenti seketika memandangkan UMNO khasnya dan BN amnya sudah bertukar posisi menjadi pembangkang dan tidak mungkin seorang ahli Parlimen Pembangkang akan dipilih menjadi Menteri Kabinet. Pelahap jawatan macam Tok Pa harus ada di dalam Bersatu bagi merealisasikan Impian Utama Mahafiraun eh silap Mahathir.

Penyertaan Tok Pa ke dalam Bersatu membuatkan kerusi Parlimen Bersatu bertambah lagi satu, dan sekaligus membuatkan Pakatan Harapan mendapat kerusi sulung Dewan Undangan Negeri Kelantan. Mungkin selepas ini semakin ramai "Pelahap Kuasa"di dalam UMNO akan murtad menjadi Ahli Bersatu. Dengan semakin meningkatnya bilangan kerusi Bersatu di Parlimen akan menjadikan Bersatu semakin lebih berkuasa di dalam KERAjaan Malaysia, pada waktu itu kemungkinan telah terlambat bagi Parti komponen PH yang lain seperti PKR, DAP untuk menangani apakah kemungkinan yang akan timbul sekiranya Bersatu makin kuat, PKR boleh lupakan impianya untuk menobatkan Anwar Ibrahim dan DAP pula boleh lupakan hasratnya untuk membina Malaysia untuk Malaysia kerana apabila Bersatu sudah kuat, berkemungkinan kedua-dua parti ini akan ditendang keluar sepertimana BN menendang Keluar PAS suatu ketika dulu.


PKR dan DAP sememangnya perlu berhati-hati mulai sekarang, ingatlah Mahathir bukan pemimpin yang biasa-biasa, dia adalah luar biasa dan juga dia merupakan seorang pemimpin licik, untuk mencapai cita-cita peribadi dia boleh lakukan apa sahaja. Perlu diingat kita sukar membaca apa yang terlintas di benak fikiran pemimpin yang bertaraf Mahafiraun ini. Rakyat pernah tertipu dengan tangisanya sebelum ini, tidak mustahil selepas ini PKR dan DAP menangis kerana tertipu dengan manusia bernama Mahathir seorang tua yang tak sedar diri yang rumah sudah kata pergi kubur sudah kata mari yang masih kemaruk kuasa untuk meninggalkan legasi keluarganya di dalam Pemerintahan KERAjaan Pakatan Harapan.

Penulis menasihatkan kepada DAP dan PKR baik beringat sebelum kena ianya bersesuaian dengan satu pepatah Melayu yang berbunyi "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian nanti tiada gunanya". Jangan nanti sudah terhantuk baru nak tergadah. Jangan pula lepas ini kalau terjadi apa-apa pada mereka kata penulis ingatkan mereka, penulis sudah menunaikan tanggungjawab penulis untuk memberi amaran kepada mereka.

Sebenarnya mungkin ramai di luar sana tidak mengetahui sebenarnya Bersatu adalah Jelmaan dari UMNO, oleh sebab itulah mereka berhempas pulas mendapatkan pemimpin-pemimpin UMNO yang kononya bersih walhal mereka sebenarnya pemimpin yang Pelahap Kuasa, maklum sahajalah sebelum ni mereka ada dalam kerajaan dan berkuasa, apabila Allah tuhan seru sekian alam uji mereka sedikit dengan menarik kuasa daripada mereka menjadi tak tentu arah bagaikan kera kena belacan.

Untuk Rekod, sebelum ini Mahathir pernah menubuhkan UMNO baru selepas UMNO asli telah diharamkan kerana beberapa ahli UMNO asli tidak berpuashati dengan beberapa tindakan beliau di dalam Pemilihan UMNO telah mengheret UMNO ke Mahkamah sehingga akhirnya UMNO diharamkan. 

Misi BERSATU sekarang ialah menghapuskan UMNO dan memperkuatkan Bersatu dengan memgambil peranan untuk mengantikan UMNO. Inilah yang penulis panggil UMNO Baru 2.0. Adalah lebih baik PKR, DAP dan Amanah mencari jalan untuk menendang keluar Bersatu daripada PH sebelum mereka menjadi kuat dan menganggu kedudukan parti komponen lain di dalam Pakatan Harapan. 

Ayuh bertindak segera PKR, DAP dan Amanah sebelum nasi menjadi bubur, sebelum Kerajaan Pakatan Harapan diruntuhkan dari dalam oleh Bersatu yang mungkin satu masa nanti akan menjadi Gunting dalam lipatan Pakatan Harapan. 

Ingatlah kemasukkan ahli-ahli UMNO di dalam PH melalui Bersatu boleh diibaratkan seperti Kuda Trojan yang dihantar musuh untuk meruntuhkan Pakatan Harapan dari dalam. Kalau ini berlaku Kuda Trojan tersebut boleh memporak perandakan Pakatan Harapan. Ayuh bertindak sekarang usirlah mereka keluar dari Pakatan Harapan ketika mereka masih belum kuat ini, jika sesudah mereka kuat baru kita nak usir ianya tidak bermakna lagi silap-silap mereka yang mengusir PKR, DAP dan Amanah dan membuat gabungan dengan parti-parti pembangkang yang lain. Tidak mustahil satu masa nanti akan terpahat di dalam lipatan sejarah politik tanah air kita bahawa Kerajaan Pakatan Harapan adalah kerajaan yang hanya mampu bertahan dalam masa yang singkat sahaja.

Ayuh mari bersama kita bertindak sebelum terlambat. Bersatu perlu di usir keluar daripada Pakatan Harapan dengan seberapa segera, mungkin kita boleh meminta bantuan daripada pembangkang dengan membentuk gabungan dengan mereka. Perkara ini kalau tak dibendung mulai sekarang dikhuatiri semakin ramai Pemimpin Pelahap Kuasa menyusup masuk ke dalam Pakatan Harapan melalui Bersatu untuk meruntuhkan pemerintah Kerajaan Pakatan Harapan dari dalam. 

Akhir kalam, mari bersama kita sekat "Pemimpin Pelahap Kuasa" daripada terus menyelinap masuk ke dalam Pakatan Harapan sebelum mereka berjaya meruntuhkan Kerajaan Pakatan Harapan dari dalam. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin