Bilangan Pengunjung:

Thursday, September 25, 2008

Bantahan Penangguhan Pemilihan Agung UMNO

Official logo of United Malays National Organi...Image via WikipediaDiberitakan bahawa Majlis Tertinggi UMNO akan bermesyuarat lagi esok di dalam Persidangan Khas Majlis Tertinggi UMNO hanya beberapa hari selepas Mesyuarat MT diadakan baru-baru ini. Mengikut sumber-sumber yang diketahui penulis Mesyuarat tersebut dikatakan akan membincangkan untuk menangguhkan Pemilihan Agung UMNO yang dijadual berlangsung oktober ini sehinggalah Disember.

Penulis turut diberitahu bahawa mesyuarat MT UMNO Khas itu juga akan membincangkan mengenai isu "Peralihan Kuasa" yang dijadualkan akan dilakukan pada Jun 2010 dan mungkin akan diawalkan kepada Jun 2009. Namun, begitu maklumat ini masih dikira desas-desus tetapi sebagai langkah menyediakan payung sebelum hujan jadi penulis perlu mengulasnya dengan seberapa segera.

Penulis percaya ramai ahli UMNO akar umbi tidak begitu senang dengan cadangan menangguhkan Pemilihan Agung UMNO ini tambahan pula ia seperti menyekat kemaraan calon-calon yang akan bertanding di Pemilihan Agung UMNO yang bakal berlangsung.

Kenapa Presiden AAB mahu menagguhkan Pemilihan Agung UMNO?

Kelmarin, penulis ada mendengar kenyataan NGO yang ditubuhkan untuk menyelamatkan Presiden AAB berkata yang "akar umbi masih mahukan Presiden AAB" tapi mengapa pula Presiden AAB takut hendak berhadapan dengan Pemilihan ini? Tiga patah perkataan keramat mungkin dapat menerangkan keadaan ini iaitu "Berani Kerana Benar" dan "Takut Kerana Salah".

Tindakan Presiden AAB dilihat oleh penulis sebagai tindakan tergesa-gesa untuk menyelamatkan kedudukanya dan menambah peluang dia terus berkuasa untuk 9 Bulan lagi sekiranya "Peralihan Kuasa" yang begitu popular dan sering keluar dari mulut birat Presiden AAB.

Adakah Presiden AAB, dapat merasakan dia bakal tewas dalam Pemilihan Agung UMNO Disember nanti dan menyebabkan beliau terpaksa memanggil Mesyuarat MT UMNO Khas ini untuk menangguhkan Pemilihan tersebut. Adakah kenyataan seorang negarawan yang juga "Putera Raja" membuatkan Presiden AAB takut untuk menghadapinya?.

Sekiranya Presiden AAB takut untuk menghadapinya ternyata Presiden AAB seorang Presiden UMNO yang dayus, bacul dan pengecut. Sepertimana yang kita tahu, Putera Raja ini pernah bertanding untuk jawatan yang sama satu masa dahulu dengan mantan Presiden UMNO yang sanggup berhadapan dengan pertandingan jawatan no 1 di dalam UMNO itu.

Adakah Presiden AAB memerlukan masa untuk menyembunyikan sesuatu? Mungkinkah cubaan Presiden AAB untuk menangguhkan Pemilihan tersebut adalah disebabkan beliau ingin menyembunyikan sesuatu? Jika benar, lupakan saja kerana tindakan itu seolah-olah "menyorokkan gumpalan kertas di bawah karpet" lambat laun orang akan tahu jua.

Sekiranya Presiden AAB berani menghadapi Pemilihan Agung UMNO dalam tempoh yang telah ditetapkan mungkin kita boleh beri sedikit pujian kepadanya kerana mungkin dia berani kerana benar, tetapi jika sebaliknya sudah tentu dia salah.

Penulis tetap dengan pendirian penulis, Pemilihan Agung UMNO hendaklah dibuat mengikut seperti mana yang telah dijadualkan dan tidak perlu di tangguh-tangguh lagi. Berapa kali nak ditangguh, selepas tangguh terus tangguh kemudian diteruskan dengan penangguhan. Perlu ingat UMNO bukan parti tangguh menangguh.

Sedikit Nasihat Kepada Ahli UMNO akar umbi!

Suarakan bantahan anda mengenai penangguhan Pemilihan Agung UMNO Kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi agar mereka dapat mengekalkan Pemilihan Agung UMNO sepertimana yang telah dijadualkan menerusi SMS terus kepada nombor-nombor Telefon Bimbit mereka:

012-3083000
012-2888899
012-3072151
012-7169559
012-2777111
019-2010000
019-6844444
019-5115005
019-7000007
019-5788888
019-4545111
0197000007

Hantarkan bantahan kepada mana-mana nombor yang anda suka, sekiranya mampu hantar kepada semua sekali. Beranikan Diri Anda untuk bersuara walaupun kita bukan NGO tetapi Perjuangan Kita Masih Belum Selesai. Selamat Berjuang, Berjuanglah selagi hidup!
Reblog this post [with Zemanta]

2 comments:

Generasi Pejuang Bangsa said...

jgn percaya khabar angin ....ini no sapa hang bagi utk kita kritik ???

jgn percaya ini semua..pemilihan umno tetap on track. aku rasa ini propaganda pembangkang utk melemahkan parti dan membuat kita pecah belah..

zeme said...

Salam saudara yie,

Penangguhan Persidangan Agung UMNO buat kali ke-2 kali ini amat tidak relevan bahkan akan bakal menambahkan lagi masalah dalaman UMNO yang sedia ada.

"Najis yang kotor jika tidak dicuci awal-awal malahan ditangguh-tangguhkan akan memudaratkan. Najis yang kotor sekadar ditutup dengan kertas, tetapi tidak dicuci bersih bau busuknya tetap ada."

Wasalam.

Blog Widget by LinkWithin